Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / 10 Kerjaya Bergaji Tinggi di Malaysia

10 Kerjaya Bergaji Tinggi di Malaysia

/
/
/

Adakah kerja kau sekarang ini antara yang terbaik di Malaysia dari segi gaji bulanan? Berapa yang kau bawa pulang setiap bulan setelah kau menghabiskan masa sekurang-kurangnya 8 jam memerah otak dan ada yang membanting tulang setiap hari demi helaian kertas yang kita panggil wang. Walau apa pun, ada yang akan kata bahawa kita kena bersyukur dengan apa yang ada dan ada pula yang akan kata itu sahaja rezeki kita dan tidak sedikit pula yang kata itu bukan rezeki kita. 10 Kerjaya Bergaji Tinggi di Malaysia Mungkin bab rezeki ini memang boleh kita bahaskan panjang lebar, sebab masing-masing memang kebiasaannya akan berkata benar berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang lain masalah dan lain tanggungjawab di dalam keluarga masing-masing. Dengan gaji yang diterima itu, ada yang akan menyuap 10 mulut atau 5 mulut atau tidak kurang juga yang akan hanya menyuap mulut masing-masing.

Jadi, sebelum aku tersalah sembang, kita lihat apakah kerjaya di Malaysia ini yang menerima ganjaran bulanan dalam bentuk gaji, dengan nilai yang tinggi. Ini cerita pasal orang makan gaji, bukan cerita pasal orang yang berniaga sendiri (kita akan bersembang di bab lain).

Ianya adalah satu fakta bahawa 53% rakyat Malaysia berpendapat gaji dan imbuhan sebagai perkara yang terpenting apabila memilih bidang pekerjaan, menurut The 2016 Hays Asia Salary Guide. Dengan kata lain, 5 daripada 10 rakyat Malaysia berpandangan gaji adalah faktor utama bila memilih kerjaya.

Selain itu, rakyat Malaysia juga melihat kepada peluang untuk meningkatkan kerjaya dan cabaran-cabaran baru sebagai faktor kedua dan faktor ketiga semasa memberikan pertimbangan semasa memilih kerja.

Walaupun gaji dilihat sebagai faktor terpenting bagi rakyat Malaysia, terdapat lebih daripada satu survey untuk menyokong fakta yang rakyat Malaysia secara umumnya tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima. Satu survey daripada Salary Explorer mendedahkan bahawa rakyat Malaysia hanya score 2.42 mata di dalam kepuasan terhadap gaji yang diterima, mata yang hanya lebih sedikit daripada purata sedunia iaitu 2.36. Nampaknya seluruh dunia merasakan gaji mereka tidak sepadan dengan beban kerja yang ditanggung untuk melangsaikan komitmen asas mereka setiap bulan.

Survey daripada JobStreet bagi Kepuasan Kerja Kakitangan di Malaysia menunjukkan bahawa dari segi gaji, 61% daripada orang awam merasakan gaji mereka rendah atau tidak cukup untuk mereka hidup dengannya.

Jadi, siapa pula yang menerima gaji dan imbuhan yang tinggi di Malaysia ini?

Salary Explorer pada tahun lepas mendedahkan ranking Kerja Yang Berpendapatan Tinggi 2016, yang mana menyimpulkan pekerjaan-pekerjaan terbaik di dalam negara berdasarkan purata gaji bulanan. Tidaklah menghairankan, semua kerjaya tersebut memberikan imbuhan gaji 6 angka sebulan.

Jika dilihat kepada kerjaya 10 teratas ini, ianya ada sedikit persamaan iaitu kelayakan pendidikan yang tinggi, kemahiran yang tinggi, bertahun-tahun pengalaman kerja dan kurang persaingan.

10 Kerjaya Bergaji Tinggi di Malaysia kauinsanmulia

 

71467261465_freesize
10 Kerja Bergaji Tinggi di Malaysia

Bagaimanapun, jangan lupa bahawa mereka yang dibayar dengan gaji yang sebegitu tinggi adalah disebabkan alasan-alasan yang ketara seperti waktu kerja yang panjang, tanggungjawab yang besar, kekerapan perjalanan yang tinggi, waktu kerja stand-by yang lama – atau dengan kata lain, tekanan kerja mereka yang bertambah.

Walaupun gaji adalah salah satu faktor bila memilih kerjaya, adalah mustahak untuk memilih kerja berdasarkan minat yang tinggi kepada kerjaya tersebut. Sekiranya kau melakukan sesuatu yang kau memang berminat kepadanya, secara semulajadinya kau akan melakukan kerja tersebut dengan lebih  bagus sekali.

Keseimbangan di antara kedua-duanya adalah kunci kepada peningkatan kerjaya dan diharapkan pendapatan akan meningkat dengan peningkatan kerjaya itu. Harus diingat bahawa walau berapa tinggi pun gaji yang diterima, duit tidak boleh membeli kegembiraan.


10 Kerjaya Bergaji Tinggi di Malaysia

Apakah pandangan kau tentang perkara ini? Berapa pula yang kau bawa balik setiap bulan? Sila nyatakan di ruangan komen di bawah atau Hantar Artikel sekiranya kau ada artikel untuk aku siarkan di blog ini.

Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

Artikel asal ini disumbangkan oleh iMoney.my kepada Astro Awani.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar