Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / 7 Melayu Terkaya di Malaysia

7 Melayu Terkaya di Malaysia

/
/
/

7 Melayu Terkaya di Malaysia. Berbagai usaha dan ikhtiar kita buat untuk mengumpul duit dan harta, menjana pendapatan yang semestinya dapat memberi kelebihan untuk berbelanja dan untuk dibuat apa sahaja. Ikhtiar dan usaha bersungguh-sungguh mestilah ada sebelum berserah dan berdoa kepada Tuhan.

Laman web Forbes yang disiarkan pada tahun ini telah menyenaraikan 50 rakyat Malaysia terkaya pada tahun 2017 yang majoritinya berbangsa Cina, namun terselit 7 orang Melayu di dalamnya.Berikut adalah 7 rakyat Malaysia berbangsa Melayu terkaya tahun 2017, menurut senarai yang disiarkan Forbes.

7 Melayu Terkaya di Malaysia kauinsanmulia
Kamarudin Meranun

(1) Nombor 7 – iaitu nombor 38 daripada 50 rakyat Malaysia terkaya.

  • Nama : Kamaruddin Meranun
  • Nilai Bersih : USD 340 juta
  • Umur : 56 tahun
  • Sumber Pendapatan : Syarikat Penerbangan

2 orang di belakang AirAsia adalah Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia, bersama rakan perniagaaannya Tony Fernandes, Pengerusi Eksekutif Kumpulan. Pada January 2016 mereka membeli kesemua 559 juta saham baru syarikat AirAsia dengan harga USD 228 juta. Pasaran suka dengan aktiviti tersebut dan nilai sahamnya telah melonjak. Mereka berdua sekarang ini memiliki hampir 1/3 daripada saham AirAsia, iaitu syarikat penerbangan tambang murah terbesar dari segi jumlah penumpang.

Mereka berdua juga mengasaskan Tune Group pada 2001, iaitu perniagaan yang terlibat dalam aktiviti ‘hospitality, finance, telecom, sports and education‘.


Mokhzani Mahathir kauinsanmulia
Mokhzani Mahathir

(2) Nombor 6 – iaitu nombor 34 daripada senarai 50 rakyat Malaysia terkaya.

  • Nama : Mokhzani Mahathir
  • Nilai Bersih : USD 420 juta
  • Umur : 56 tahun
  • Sumber Pendapatan : Oil & Gas

Anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Mokhzani Mahathir telah bekerja sebagai seorang jurutera petroleum sebelum menjadi usahawan melalui Kencana Petroleum, sebuah syarikat pembuatan peralatan minyak. Beliau telah menggabungkan syarikat tersebut dengan Sapura Crest untuk membentuk Sapura Kencana Petroleum. Ia adalah syarikat terbesarnya tetapi beliau juga melabur di dalam syarikat kerjasama berkaitan minyak yang lain.


416x4162
Shahril & Shahriman Shamsuddin

(3) Nombor 5 – iaitu nombor 32 daripada senarai 50 rakyat Malaysia terkaya.

  • Nama : Shahril & Shahriman Shamsuddin
  • Nilai Bersih : USD 475 juta
  • Umur : 55 & 47 tahun
  • Sumber Pendapatan : Oil & Gas

Kedua-dua adik beradik ini bersama Mokhzani Mahathir memiliki Sapura Kencana Petroleum, sebuah syarikat operasi dan khidmat di dalam bidang ‘oil & gas’. Shahril & Shahriman Shamsuddin memiliki lebih daripada 20 buah syarikat dengan 13,000 kakitangan. Shahril (abang) menguruskan Sapura Kencana manakala adiknya Shahriman menguruskan Sapura Group’s (aviation, auto parts and property business).


Azman Hashim
Azman Hashim

(4) Nombor 4 – iaitu nombor 31 daripada senarai 50 rakyat Malaysia terkaya.

  • Nama : Azman Hashim
  • Nilai Bersih : USD 490 juta
  • Umur : 77 tahun
  • Sumber Pendapatan : Perbankan

Azman Hasim mengepalai AmBank Group, Bank ke lima terbesar di Malaysia dari segi aset, yang beliau asaskan dalam tahun 1976 sebagai Arab-Malaysia Merchant Bank. Beliau juga memiliki saham di dalam bank pelaburan ECM Libra, RCE Capital dan Amcorp Properties, yang mana diuruskan oleh anak perempuannya Shalina Azman. Beliau mendakwa akan bersara pada tahun 2019.


no-pic_416x416
Ahmayuddin Ahmad

(5) Nombor 3 – iaitu nombor 27 daripada senarai 50 rakyat Malaysia terkaya.

  • Nama : Ahmayuddin Ahmad
  • Nilai Bersih : USD 570 juta
  • Umur : 60 tahun
  • Sumber Pendapatan : Pelabuhan

Ahmayuddin Ahmad adalah pengasas Westports Holdings bersama-sama G. Gnanalingam. Beliau adalah salah seorang pengarah Wesport Malaysia, sebuah syarikat persendirian pelaburan kumpulan, iaitu sebuah syarikat yang menguruskan operasi pelabuhan dan projek pembangunan.


416x4164
Syed Azman Syed Ibrahim

(6) Nombor 2 – iaitu nombor 26 daripada senarai 50 rakyat Malaysia terkaya.

  • Nama : Syed Azman Syed Ibrahim
  • Nilai Bersih : USD 600 juta
  • Umur : 57 tahun
  • Sumber Pendapatan : Pengangkutan / Kenderaan Motor

Bekas pegawai tentera, Syed Azman Syed Ibrahim memulakan perniagaan sebagai kontraktor di dalam bidang pertahanan. Beliau mempelbagaikan perniagaannya ke dalam bidang kenderaan motor dan juga bidang ‘oil & gas’. Syed Azman Syed Ibrahim adalah pemilik West Star Aviation iaitu sebuah syarikat yang memiliki armada helikopter terbesar di rantau Asia Tenggara. Selain itu beliau memiliki perniagaan sewaan jet peribadi yang beroperasi sehingga di rantau benua Afrika dan Timur Tengah.


Syed Mokhtar AlBukhary
Syed Mokhtar AlBukhary

(7) Nombor 1 – iaitu nombor 10 daripada senarai 50 rakyat Malaysia terkaya.

  • Nama : Syed Mokhtar AlBukhary
  • Nilai Bersih : USD 1,800 juta
  • Umur : 65 tahun
  • Sumber Pendapatan : Kejuruteraan / Tenaga / Pembinaan

Dengan pesanan tempahan bernilai USD 4.5 bilion di dalam bidang pembinaan untuk syarikat utamanya MMC Corp, Syed Mokhtar AlBukhary menduduki tangga ke 10 daripada senarai 50 rakyat Malaysia terkaya dan tempat pertama bagi rakyat Malaysia berbangsa Melayu terkaya. Di dalam tahun 2016, bersama sebuah syarikat lain, MMC Corp dianugerahi kontrak usahasama 50:50 untuk pembinaan terowong sistem transit di Lembah Klang. Pada Januari 2017, MMC Corp membeli 70% saham KMB Seaport, yang menguruskan operasi pelabuhan Tanjung Bruas di Melaka. MMC Corp juga telah menyenaraikan ke Bursa Saham, syarikat Gas Malaysia pada tahun 2012 dan Malakoff pada 2015.


7 Melayu Terkaya di Malaysia

Apa komen kau pasal artikel ini, nyatakan pendapat atau luahan perasaan kau yang terbuku di dalam hati ke dalam ruangan komen di bawah.

Follow aku di Facebook dan Twitter dan Instagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar