Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / 5 Perkara Yang Wanita Mahu

5 Perkara Yang Wanita Mahu

/
/
/

Lelaki adalah makhluk yang simple, sebenarnya. Sekiranya seseorang wanita itu nampak menarik, memang lelaki mahu bersua dengannya. Tambah pula kalau dia itu mempesonakan atau bijak mahupun lucu, lebihlah keinginan lelaki untuk berkenalan dengannya. Apa 5 Perkara Yang Wanita Mahu?

5 Perkara Yang Wanita Mahu

Wanita pula adalah sebaliknya, lebih complicated sikit. Wanita mencari sifat-sifat yang menarik pada seseorang lelaki sepertimana mereka melihat keutamaan daripada senarai keperluan dapur, samada ianya bagus dan perlu dibeli atau tidak; di dalam konteks lelaki pula, adakah sesuai untuk berpacaran ataupun tidak. Bukan itu sahaja, kriteria yang dicari oleh wanita adalah lebih detail, bukan seperti lelaki yang hanya mencari wanita yang ‘baik’, ‘hot‘ dan ‘bijak’.

Berikut adalah 5 perkara yang wanita mahu daripada lelaki.

1.Berdikari

 

5 perkara yang wanita mahu - berdikari

Wanita mahukan lelaki yang boleh menjaga diri sendiri. Mereka mahukan seorang lelaki yang berkemampuan dan berdikari, boleh membuat keputusan sendiri, boleh membayar sewa rumah dan memasak untuk diri sendiri. Bercanggah dengan kepercayaan seseorang lelaki, sebenarnya wanita itu tidak mahu menjadi seperti seorang emak. Wanita mahukan lelaki yang boleh memikul beban di dalam sesuatu perhubungan, bermakna wanita akan mengelak daripada berhubungan dengan lelaki yang selalu perlukan motivasi, pertolongan dan nasihat ataupun yang tidak berdikari.

2.Rupa

 

5 perkara yang wanita mahu - rupa

Semulajadinya wanita memang mempunyai daya tarikan tersendiri berbanding seorang lelaki. Ia adalah sesuatu yang semulajadi tetapi memang pelik, bilamana seorang wanita sanggup menghabiskan masa menemani seorang lelaki yang berketrampilan kusut dan tidak terurus.

Walaupun begitu, wanita juga mengambil berat kepada ketrampilan yang ada pada lelaki. Oleh itu, seseorang lelaki perlulah meluangkan masa untuk ‘berdandan’ supaya nampak kemas dan menarik, pakai pakaian yang sesuai dan tunjukkan kesungguhan dan usaha untuk memastikan bentuk badan yang ‘tough‘.

3.Positif

 

5 perkara yang wanita mahu - positif

Menyindir dan memperli memang perlu tetapi tiada siapa yang mahu bersama dengan orang yang kaki sindir dan kaki perli sepanjang masa. Hakikatnya, bila bersama dengan orang yang positif dari segi fikiran dan tindak-tanduk adalah lebih menghiburkan dan meyakinkan kita. Seseorang yang optimis di dalam hidupnya akan membuatkan orang disekitarnya menerima aura yang sama juga dan wanita memang suka dengan sifat dan sikap yang positif.

4. Kemahiran komunikasi

 

5 perkara yang wanita mahu - kemahiran berkomunikasi

Lelaki selalu kaitkan wanita dengan kebolehan berkomunikasi, tetapi lelaki mengabaikan kemahuan wanita untuk berbicara dengannya. Wanita mengutamakan lelaki yang boleh berkomunikasi dengan mereka, lelaki yang mereka boleh luahkan pandangan mereka dan lelaki yang sekurang-kurangnya mahu mendengar keluhan, harapan dan celoteh mereka.

Kemahiran komunikasi yang utama adalah kebolehan untuk mendengar. Kadang-kadang wanita hanya mahukan lelaki mendengar cerita atau keluhan mereka. Memang tidak dinafikan bahawa lelaki memang susah bab ‘mendengar’ ini sebab lelaki adalah semulajadinya lebih kepada ‘aksi’ atau ‘action-oriented’.

Sekiranya kau menunjukkan kebolehan kau untuk mendengar, ianya akan menceriakan perhubungan.

5. Boleh bersosial

crowd-464571_640.jpg

Wanita mahu lelaki yang boleh berbual dengan rakan-rakan sekerja mereka di jamuan makan malam atau di majlis-majlis lain serta yang tahu untuk mengawal dan mengelak mengeluarkan perkataan kesat di depan orang ramai. Mereka tidak mahu lelaki yang pendiam bila berada di dalam sesuatu majlis atau sesi perjumpaan dengan rakan-rakan.

Apa pandangan kau di dalam hal ini? Nyatakan di ruangan komen di bawah.


5 Perkara Yang Wanita Mahu

Jangan lupa follow blog ini di Twitter dan Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini. Sekiranya kau berminat untuk mengirimkan sebarang artikel untuk tatapan pembaca lain, pergi ke menu Hantar Artikel di atas.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar