Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / 30 Perkara Mengenai Malaysia

30 Perkara Mengenai Malaysia

/
/
/

MALAYSIA. Tanah tumpahnya darahku. Berapa banyak perkara yang kau tahu pasal Malaysia? Aku bawakan artikel ini, iaitu terjemahan daripada satu artikel berbahasa Inggeris yang akan aku namakan kemudian. Tanpa berlengah masa cuba kau hayati fakta-fakta ini yang berkemungkinan kau telah mengetahuinya dan mungkin juga tidak.

  1. Satu daripada nama terawal Malaysia adalah Aurea Chersonesus yang bermaksud ‘Semenanjung Emas’. Gelaran ini diberikan oleh ahli geografi Greco-Roman yang bernama Ptolemy di dalam bukunya Geographia, ditulis pada tahu 150 Selepas Masihi. Malaysia sebenarnya lebih dikenali sebagai pengeluar timah kedua terbesar di dunia.

Siapa Ptolemy? https://ms.wikipedia.org/wiki/Ptolemy

  1. Nama Malaysia mungkin diambil daripada perkataan Malay, atau Melayu, yang juga berkemungkinan berasal daripada Sungai Melayu di Pulau Sumatera. Nama sungai itu pula diambil daripada perkataan Tamil Dravidian, ‘malai’ yang bererti bukit.
  2. Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang jajahannya terdiri daripada sebahagian Benua Asia dan sebahagian lagi daripada pulau-pulau yang merentasi di antara benua Asia dan Oceania.
oceania
Negara-negara yang digelar sebagai ‘Oceania’
  1. Borneo adalah pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New guinea. Tiga buah negara berkongsikan pulau tersebut iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia.
1
Pulau-pulau di dunia – wikipedia.org
  1. Daerah Kuala Kangsar, Perak adalah tempat di mana hidupnya pokok getah baka asal daripada baka asal yang terakhir, yang dibawa oleh lelaki Inggeris H.N. Ridley daripada London’s Kew Garden di dala tahun 1877.
getah-malaysia
Pokok getah tertua di Malaysia – di Kuala Kangsar, Perak
  1. Waktu Tempatan di Semenanjung Malaysia telah diselaras sebanyak 8 kali. Kali terakhir ianya dilaras berlaku pada 1 Januari, 1982 bila Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu, membuat keputusan bahawa seluruh negara mesti mengikut Waktu Tempatan di Sabah dan Sarawak. Sebelum itu Waktu Tempatan di Sabah dan Sarawak mendahului Semenanjung Malaysia dengan masa 30 minit.
  2. Malaysia mempunyai lebih daripada 116,000 km jaringan jalanraya berturap iaitu melebihi ukur lilitan bumi yang hanya 40,075 km.
circumference-of-the-earth
image : kuriositas.com
  1. Roudabout terbesar di dunia terletak di Putrajaya iaitu dengan diameter berukuran 3.5 km.
putrajaya-roundabout-1024x709
Roundabout Putrajaya
  1. Tongkat Ali digelar Viagra Melayu disebabkan hasil ujian yang telah menunjukkan kesan seperti testosterone.
tongkatali
Pokok Tongkat Ali
  1. Daun pokok yang sempurna dan terbesar di dunia, Alocasia Macrorrhiza ditemukan di Sabah pada tahun 1966 berukuran 3.02 meter panjang dan 1.92 meter lebar.
giant-taro
Alocasia Macrorrhiza – treeofthai.com
  1. Tentera Jepun merempuh Tanah Melayu pada 6 Disember, 1941 iaitu hari yang sama mereka mengebom Pearl Habor, Hawaii. Mereka mendarat di Kota Bharu dan mencuri basikal di setiap pekan yang dilewati menghala ke Singapura, dalam perjalanan yang mengambil masa 45 hari.
756a5f474ed680253037c9846898342f
Tentera Jepun menakluk Malaya
  1. Sebelum abad ke 19, para Sultan di Semenanjung Tanah Melayu akan mengarahkan hukuman mati dilaksana dengan menggunakan keris. Lelaki yang melaksanakan hukuman akan berdiri di belakang pesalah sambil memegang keris panjang. Hukuman dilaksanakan dengan menikam jantung pesalah melalui tulang bahu.
  2. Perak Man, yang diketemukan pada tahun 1991 adalah satu-satunya rangka manusia yang dijumpai masih sempurna. Rangka tersebut berusia 11,000 tahun.
dscn0298
Perak Man
  1. Asal matawang Malaysia dengan nama ‘ringgit’ dikatakan merujuk kepada permukaan bergerigi matawang dollar Sepanyol yang digunakan secara meluas suatu ketika dahulu.
philip_v_coin
Contoh dollar Sepanyol
  1. Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun bernama Kok Shoo Yin adalah penerima pertama kerakyatan Malaysia pada 14 November, 1957.
birth-cert
Contoh Surat Beranak
  1. Malaysia dilaporkan mempunyai lebih daripada 1000 jenis spesis tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri perubatan yang digunakan untuk menyembuhkan bermacam penyakit daripada sakit kepala hinggalah penyakit malaria dan kolera. Pokok Bintangor yang hanya boleh didapati di Sarawak dikatakan mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu kepada penyembuhan penyakit AIDS.
mount-kinabalu-malaysia-rainforest-100917-02
Hutan Hujan Tropika
  1. Kuala Lumpur merekodkan hujan di dalam 200 hari setahun manakala Bandaraya Kuching pula mempunyai rekod dengan hujan sejumlah 253 hari di dalam masa satu tahun.
  2. Menara bekembar Petronas adalah bangunan tertinggi di dunia daripada tahun 1998 hingga 2004 dan masih lagi bangunan berkembar tertinggi di dunia. Kedua-dua menara dihubungkan dengan sebuah jambatan pada tingkat 41 di setiap bangunan iaitu setinggi 170 meter dari permukaan bumi.
tallest_buildings_in_the_world
Perbandingan bangunan tinggi di dunia.
  1. Servis Sidek di dalam permainan badminton dicipta oleh anak-anak Sidek iaitu pemain-pemain badminton negara. Servis yang sebegitu hebat sehingga mengelirukan pihak lawan dan juga pegawai-pegawai sukan sehingga ianya diharamkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa.
  2. Makanan kebangsaan adalah Nasi Lemak iaitu nasi yang dimasak bersama santan kelapa, biasanya dibungkus dengan daun pisang dan dimakan sebagai sarapan pagi.
  3. Ruang gua yang terbesar di dunia adalah di Gunung Mulu, Sarawak dengan ukuran 1.6 km panjang iaitu ukuran yang boleh memuatkan 5 buah kapal terbang Boeing 747 jika diaturkan hujung ke hujung.
  4. Kesultanan Kedah adalah kesultanan yang tertua di dunia yang ditubuhkan pada tahun 1136 Selepas Masihi.
  5. Malaysia mempunyai 9 kesultanan iaitu yang terbanyak di dunia di dalam sebuah negara. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan 9 kesultanan tersebut untuk tempoh 5 tahun sebagai Ketua Negara Malaysia.
  6. Bario di Tanah Tinggi Kelabit, Sarawak adalah kediaman yang paling terpencil di Malaysia dan hanya boleh dihubungkan dengan pengangkutan udara sahaja.
  7. Bukit Nenas di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan seluas 11 hektar adalah kawasan Hutan Hujan Simpan Paling kecil di dunia.
  8. Taman Negara Kinabalu adalah tempat tinggal spesis tumbuhan parasit Rafflesia Arnoldii. Badannya tertanam didalam perumahnya dan yang kelihatan hanyalah bunganya. Bunganya ketika mekar boleh berukuran sehingga 1 meter lebar dengan berat 6.8 kg.
rafflesia-arnoldii
Rafflesia Arnoldii
  1. Taman Negara Malaysia adalah salah satu hutan hujan yang tertua di dunia. Hutan hujan yang berusia 130,000 juta tahun ini adalah lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon dan Congo Basins. Taman Negara Malaysia mengandungi lebih daripada 10,000 spesis tumbuhan, 1,000 jenis rama-rama, 140 jenis haiwan, 350 spesis burung, 100 jenis ular dan 150,000 jenis serangga.
  2. Malaysia adalah pengeluar getah asli ketiga di dunia dan juga pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia.
  3. Orang Utan hanya boleh didapati di Borneo dan Sumatera.
skeletons
Perbandingan.
  1. Perkatan Inggeris ‘ketchup’ atau kicap, dikatakan berasal daripada perkataan Hokkien ‘ke-tsiap’ iaitu sos yang dibawa oleh pedagang China ke Melaka, di mana ia pertama kalinya dijumpai oleh pedagang Eropah.

Itulah adalah 30 fakta berkenaan Malaysia. Sekiranya ada fakta-fakta lain yang kau ingin kongsikan, sila nyatakan di ruangan komen di bawah atau Hantar Artikel sekiranya kau ada artikel untuk aku siarkan di blog ini.

Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar