Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / 34 Perkara Mengenai Youtube

34 Perkara Mengenai Youtube

/
/
/

Semua pengguna internet tahu melayari Youtube tetapi tidak ramai yang tahu bahawa Youtube dilancarkan pada 14hb February, 2005 oleh Steven Chan, Chad Hurley dan Jawed Karim. Sekarang ini Youtube adalah laman web yang ketiga paling ramai dilayari di dunia. 34 Perkara Mengenai Youtube.

Fakta Dan Angka

  1. Video Youtube yang pertama telah di-upload pada 23hb April 2005.
  2. Jumlah keseluruhan pengguna Youtube adalah 1,300,000,000 iaitu 1 bilion.
  3. 300 jam video di-upload pada setiap minit.
  4. Hampir 5 bilion video ditonton di Youtube pada setiap hari.
  5. Laman web Youtube menerima lebih daripada 30 juta pengunjung sehari.
  6. Purata setiap bulan, 8 daripada 10 orang yang berusia 18-49 tahun menonton Youtube.
  7. Pada 2025, separuh daripada penonton yang berusia di bawah 32 tahun tidak akan melanggan saluran television berbayar seperti Astro.
  8. 6 daripada 10 orang lebih menyukai platform video online daripada siaran television.
  9. Jumlah jam video yang ditonton di Youtube pada setiap bulan adalah 3.25 bilion jam.
  10. Sejumlah 10,113 video di Youtube telah mendapat jumlah tontonon melebihi 1 bilion.
  11. 80% penonton di Youtube adalah mereka yang menetap di luar Amerika.
  12. Jumlah tontonan video di Youtube melalui peranti mobile adalah 1,000,000,000.
  13. Pengguna peranti mobile menonton video di Youtube dengan purata masa tontonan selama 40 minit.
  14. Purata masa 40 minit tontonan melalui peranti mobile adalah peningkatan 50% daripada tahun sebelumnya.
  15. Pengguna Youtube adalah 38% perempuan dan 62% lelaki.
  16. Peratusan usia pengguna Youtube adalah 18-24 tahun (11%), 25-34 tahun (23%), 35-44 tahun (26%), 45-54 tahun (16%), 55-64 tahun (8%), melebihi 65 tahun (3%) dan usia yang tidak diketahui (14%).
  17. Lebih daripada separuh tontonan video di Youtube adalah melalui peranti mobile.
  18. Pendapatan Youtube melalui peranti mobile meningkat 2 kali ganda daripada tahun sebelumnya.
  19. Tontonan video di Youtube bagi kategori penonton berusia 18-34 dan 18-49 tahun, melebihi daripada mana-mana saluran television di Amerika.
  20. Jumlah jam yang dihabiskan untuk menonton video di Youtube meningkat 60% daripada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan paling mendadak di dalam masa 2 tahun kebelakangan ini.
  21. Bahasa yang boleh digunakan di laman web Youtube adalah berjumlah 76 bahasa iaitu meliputi 95% daripada jumlah populasi internet di dunia.
  22. 9% daripada peniaga kecil di Amerika menggunakan Youtube.
  23. Lebih kurang 20% daripada penonton akan beralih kepada video lain pada 10 saat yang pertama video dimainkan.
  24. Kos tahunan untuk mengendalikan laman web Youtube adalah USD 6,350,000,000.
  25. Pendapatan tahunan Google melalui laman web Youtube adalah USD 4,000,000,000.
  26. 6% daripada pendapatan Google daripada segment pengiklanan disumbangkan oleh Youtube.
  27. Sejak 2007, Youtube telah membayar USD 1,250,000,000 kepada pemegang hakcipta.
  28. Google membayar USD 1.65 bilion untuk mendapatkan hak pemilikan Youtube daripada pemilik asalnya pada November 2006.
  29. Sequocia Capital hanya melabur USD 11.5 juta di dalam Youtube pada November 2005 sebelum Google membeli Youtube pada November 2006.
  30. Pendapatan pembikin video di Youtube meningkat 50% setiap tahun sejak 3 tahun lepas.
  31. Bintang-bintang ternama pembikin video Youtube menerima pendapatan keseluruhan USD 54.5 juta dalam tahun 2015.
  32. Pembikin video yang menerima pendapatan paling tinggi daripada Youtube adalah PewDiePie dengan pendapatan tahunan menjangkau USD 12 juta pada tahun 2015.
  33. Jumlah saluran di Youtube yang menerima pendapatan 6 angka setahun meningkat 50 peratus daripada tahun sebelumnya.
  34. Jumlah pengiklan di Youtube meningkat melebihi 40% daripada tahun sebelumnya.
sumber : https://fortunelords.com/youtube-statistics/

34 Perkara Mengenai Youtube

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar