Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / 5 Lagi Tip Mengulangkaji Pelajaran

5 Lagi Tip Mengulangkaji Pelajaran

/
/
/

5 Lagi Tip Mengulangkaji Pelajaran. Artikel ini adalah sambungan daripada 5 Tip Untuk Mengulangkaji Pelajaran iaitu artikel sebelum ini, di mana telah dinyatakan tip-tip yang pertama hingga kelima. Berikut adalah 5 lagi tip mengulangkaji pelajaran iaitu terjemahan daripada sebuah artikel daripada laman web Youth Central .

6. Berehat sebentar

berehat tips belajar kauinsanmulia
www.freepik.com

Adalah mustahak untuk berehat sebentar di dalam masa kau mengulangkaji pelajaran, terutamanya apabila kau rasa penat dan rasa buntu. Membuat tugasan dengan terlalu lama sebenarnya boleh mengurangkan prestasi.

Apabila berehat, pastikan kau meninggalkan meja atau ruang tempat kau mengulakaji. Sedikit aktiviti fizikal walaupun berjalan mengelilingi rumah boleh membantu kau melihat masalah daripada sudut yang lain dan berkemungkinan membolehkan kau menyelesaikannya.

7. Minta bantuan

Sekiranya kau tersekat pada sesuatu subjek, kau boleh saja meminta bantuan. Dapatkan penjelasan daripada guru atau pensyarah berkaitan perkara yang kau tidak faham. Berbincang dengan kawan-kawan dan rakan sekelas atau sekuliah juga.

8. Kekal bermotivasi

motivasi workh hard kauinsanmulia
www.freepik.com

Bila kau sedang belajar, adalah sangat membantu sekiranya kau semat di dalam fikiran tentang alasan yang membuatkan kau bersungguh-sungguh mengulangkaji, seperti matlamat yang sedang kau impikan (berjaya di dalam hidup, membeli rumah besar dan lain-lain).

Kau juga boleh menghias ruang belajar dengan kata-kata hikmat atau gambar-gambar idola kau atau gambar-gambar keluarga yang kau mahu membuatkan mereka merasa bangga dengan kau.

9. Gunakan aplikasi telefon atau tablet

5 Lagi Tip Mengulangkaji Pelajaran kauinsanmulia
edudemic.com

Terdapat berbagai aplikasi yang boleh membantu pelajar seperti kau di dalam berbagai aspek pembelajaran. Bualkan dengan kawan-kawan untuk mengetahui aplikasi mana yang mereka cadangkan.

10. Jaga kesihatan

 

jaga kesihatan chicken kauinsanmulia

Kau akan belajar dengan lebih baik lagi sekiranya kau rasa sihat. Pastikan pemakanan yang seimbang dan tidur yang cukup serta buat aktiviti senaman. Jangan beri imbuhan kepada diri sendiri dengan makanan yang tinggi gula dan lemak atau memaksa diri mengulangkaji sehingga lewat malam. Ianya juga adalah idea yang bagus untuk minum air yang banyak ketika sedang mengulangkaji.

Kesimpulan

10 tip tersebut adalah hanya sebahagian perkara yang bermanfaat semasa kau mengulangkaji. Kau mungkin telah ada tip-tip lain yang lebih sesuai dengan diri sendiri. Walaubagaimanapun, apa sahaja strategi yang kau ada, apabila didapati sesuai dengan diri kau, segeralah lakukannya.


5 Lagi Tip Mengulangkaji Pelajaran

Sila kongsikan tip-tip yang kau ada semasa mengulangkaji pelajaran. Sila gunakan ruang komen atau Hantar Artikel supaya ianya dapat aku terbitkan di blog ini. Jangan lupa follow blog ini di Twitter dan Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar