Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / 5 Tip Untuk Mengulangkaji Pelajaran

5 Tip Untuk Mengulangkaji Pelajaran

/
/
/

Mengulangkaji bukan sahaja untuk dibuat di waktu malam sebelum tugasan perlu diserahkan atau sebelum satu-satu peperiksaan. Tiada yang terlalu awal atau terlalu lambat untuk memupuk sikap yang bagus untuk mengulangkaji. 5 Tip Untuk Mengulangkaji Pelajaran.Lebih cepat kau memupuk sikap yang betul, lebih mudah semuanya akan jadi dan lebih tinggi peluang untuk kau mendapatkan keputusan yang bagus.

1.Pilih tempat dan masa

5 Tip Untuk Mengulangkaji Pelajaran kauinsanmulia Semua orang ada idea sendiri mengenai tempat dan masa yang sesuai untuk mengulangkaji. Ianya sepatutnya memberikan kau rasa selesa dan penuh inspirasi.

  • Hiaskan tempat itu dengan gambar-gambar dan objek-objek, atau sekiranya perlu lengkapi dengan barang-barang elektronik seperti komputer dan radio.
  • Ada orang yang selesa untuk belajar di awal pagi, manakala yang lain pada sebelah malam. Fikirkan masa yang sesuai dengan kau. Jangan belajar sehingga terlalu lewat daripada masa yang kau biasanya masuk tidur bagi mengelakkan hilang tumpuan dek kepenatan dan rasa mengantuk.

2.Ulangkaji setiap hari

 

ulangkaji setiap hari kauinsanmuliaSekiranya kau belajar sedikit setiap hari, fikiran kau akan sentiasa aktif dengan perkara-perkara berkaitan. Ia juga akan mengelakkan tekanan sekiranya mengulangkaji di minit-minit terakhir.

Bermula awal tahun, sejam atau dua pada sebelah malam sudah cukup untuk menjadikan fikiran sentiasa aktif dengan pelajaran. Di akhir tahun sebelum peperiksaan, barulah menambah tempoh masa sebab jumlah pelajaran yang perlu diulangkaji telah meningkat.

Sekiranya berasa sukar untuk mendapatkan masa bagi mengulangkaji, korbankan beberapa aktiviti harian (tetapi bukan kesemuanya). Memberi keutamaan kepada sesi ulangkaji bermaksud mengurangkan waktu kerja lebih masa atau berhenti sementara daripada aktiviti lain di hujung minggu.

3.Rancang masa kau

checklist kauinsanmulia

Ianya amatlah membantu di dalam perancangan masa untuk mengulangkaji supaya masa yang ada tidak menjadi sia-sia.

  • Set penggera – Set penggera di telefon bimbit atau jam tangan untuk mengingatkan kau mengenai masa untuk mengulangkaji dan menjadikan kau sentiasa di atas trek yang telah dirancang.
  • Tampal jadual di dinding – Tampalkan kalendar atau jadual di dinding supaya kau sentiasa perasan dan tahu tentang jadual semasa. Tandakan tarikh-tarikh penting seperti tarikh peperiksaan dan tarik tamat tempoh tugasan.
  • Buat to-do list – Senaraikan semua tugasan menjadi tersusun. Pada setiap awal minggu, senaraikan perkara-perkara ayng perlu dilangsaikan sebelum tibanya hujung minggu. Sebelum bermulanya sesi ulangkaji, buat juga senarai perkara yang perlu dilakukan untuk sesi ulangkaji tersebut supaya kau nampak jelas apa yang perlu dilakukan pada sesi ulangkaji tersebut.
  • Set tempoh masa – Sebelum mengulangkaji, lihat kepada to-do list tadi dan set tempoh masa untuk setiap satunya. Sekiranya tersekat pada satu-satu perkara itu, pertimbangkan samada perlu meneruskan atau beralih sahaja kepada perkara berikutnya.

4.Ketahui gaya pembelajaran kau

visual auditory kinesthetic kauinsanmuliaKebanyakan daripada kita mempunyai gaya yang sendiri semasa mengulangkaji. Ketahuilah apa kaedah atau gaya pembelajaran diri kau yang paling selesa dan sesuai, yang akan menjadikan sesi ulangkaji kau lebih berkesan.

  • Pembelajaran melalui suara – sekiranya kau berada di dalam kategori ini, kau akan lebih suka belajar dengan cara mendengar. Oleh itu, baca dengan kuat nota-nota pelajaran kau dan bincangkannya dengan orang lain. Kau mungkin boleh merekod maklumat-maklumat penting dengan perakam suara dan mendengarnya semula.
  • Pembelajaran melalui penglihatan – sekiranya kau berada di dalam kategori ini, kau akan lebih suka belajar dengan cara melihat. Oleh itu, gunakan warna-warna di dalam nota-nota dan lukis diagram semasa merekod maklumat-maklumat penting. Tukarkan idea-idea atau maklumat ke dalam bentuk diagram atau gambar.
  • Pembelajaran melalui perbuatan – sekiranya kau berada di dalam kategori ini, kau akan lebih suka belajar dengan cara melakukannya sendiri. Tukarkan maklumat-maklumat penting ke dalam bentuk model (daripada tanah liat atau LEGO atau kertas atau kayu) adalah teknik yang berkesan untuk mengingati sesuatu maklumat.

5. Semak dan tambah-baik

flashcard kauinsanmulia

Sekurang-kurangnya sekali seminggu, kau perlu menyemak semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Memikirkan dengan mendalam tentang apa yang telah dipelajari akan membantu kau memahami dan mengingati semula sesuatu konsep apabila diperlukan.

  • Tanya kepada diri sendiri – Minta rakan atau ahli keluarga untuk menyoal maklumat-maklumat atau konsep-konsep utama sesuatu perkara. Tawarkan kaedah yang sama kepada rakan-rakan kau juga. Bertanya soalan sebegitu adalah cara yang baik untuk mendapatkan keyakinan tentang apa yang kau tahu dan mengetahui apa yang kau perlu belajar lebih lagi.
  • Buat sendiri bahan ulangkaji – Cipta sendiri bahan ulangkaji seperti menulis soalan-soalan di atas kad-kad kecil (flash card) untuk membantu kau mengulangkaji. Cara tersebut menjadikan kau belajar sesuatu itu dua kali; sekali semasa kau membuat kad-kad tersebut dan sekali lagi semasa kau menggunakannya untuk mengulangkaji.

5 Tip Untuk Mengulangkaji Pelajaran

Apakah pandangan kau tentang perkara ini? Apakah tip yang kau ada untuk dikongsi bersama? Sila komen di dalam ruangan di bawah. Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar