Hit enter after type your search item
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

Home / Aku Sembang Lebih / Bahaya Berkata-Kata

Bahaya Berkata-Kata

/
/
/

Bercakap benar adalah tuntutan, tetapi di saat yang tidak akan menguntungkan dan juga dalam masa yang sama tidak akan merugikan sesiapa, adalah wajar kita tidak berkata apa-apa.

Sembang kosong adalah harus untuk mengeratkan hubungan dengan jiran dan rakan – itulah beramah mesra. Jangan pula kesempatan itu diambil untuk mengumpat, mengeji dan memfitnah.

bahaya berkata kataSampaikan kepada orang lain hanya perkara yang benar atau sahih. Perkara yang ada keraguan eloklah diabaikan sahaja. Sekiranya perkara yang diragukan itu boleh memudaratkan kita atau keluarga atau orang ramai, wajar dipastikan kebenarannya sebelum dihebahkan. Itu juga bermaksud sekiranya tidak akan memudaratkan sesiapa, abaikan sahaja perkara yang diragukan itu.


Apa yang aku cuba amalkan?

Aku cuba seboleh-bolehnya bertindak rasional dan cuba mengamalkan pendirian ‘dengar dan fikir’ dulu. Kadangkala aku terpaksa berpura-pura mendengar keluhan insan lain demi menjaga hatinya. Aku tidak mahu dituduh sudah berpihak sebelum mengadili cerita mereka. Aku coretkan contoh-contoh yang biasa aku alami dan aku percaya keadaan yang sama berlaku kepada diri kau.

Contoh 1 – si A meminta aku mengesahkan sesuatu perkara berkenaan dengan perihal si B, aku akan membuat pertimbangan seperti berikut:

  • Sekiranya si A telah atau akan mengalami kemudaratan apa sahaja disebabkan kelakuan si B. Aku akan bercakap benar kepada si A.
  • Sekiranya si A tidak akan mengalami apa-apa kemudaratan apa sahaja disebabkan kelakuan si B. Aku akan kata ‘aku tidak tahu’ kepada si A.

Contoh 2 – si A meyampaikan sesuatu perkara yang benar atau sahih berkenaan dengan perihal si B, aku akan membuat pertimbangan seperti berikut:

  • Sekiranya perihal si B itu akan memberi kemudaratan kepada aku dan keluarga dan orang ramai (contohnya pencuri, perogol, kaki fitnah atau pengadu domba) – aku akan ambil peduli dan memberitahu kepada sesiapa yang berurusan dengan si B supaya berhati-hati.
  • Sekiranya perihal si B itu tidak akan memberi kemudaratan kepada aku dan keluarga dan orang ramai (contohnya dia peminum arak, penggemar filem lucah, kaki nombor ekor atau perbuatan lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi) – aku tidak akan ambil peduli.

Apa bahaya berkata-kata?

blah blah blahBukan semua kata-kata tidak bermanfaat dan begitu juga sebaliknya. Kerapkali semasa berkata-kata, akan bercampur-baur diantara fakta, andaian dan fitnah. Kita pula dianjurkan hidup bermasyarakat, beramah mesra dengan semua insan dan mengambil-tahu kehidupan jiran.

Mesti diingat!

  1. Hidup bermasyarakat bukannya lesen untuk menempek seharian di rumah jiran. Hormati privasi jiran.
  2. Beramah mesra bukannya lesen untuk bergaul tanpa batas. Belajarlah maksud aurat dan kehormatan.
  3. Mengambil tahu kehidupan jiran bukannya lesen untuk masuk campur urusan peribadi jiran. Bezakan samada urusan itu melibatkan kita juga atau hanya keluarga mereka.

Berkata-kata yang membahayakan kehidupan adalah bilamana ada unsur menokok-nambah, memfitnah, mengeji, mengutuk, mengadu domba dan apa sahaja unsur yang boleh memudaratkan (baca semula panduan seperti Contoh 1 dan 2 di atas).


Akibat daripada berkata-kata, pasti akan mendatangkan satu daripada dua hasil berikut iaitu:

  1. Kebaikan kepada kau dan orang lain.
  2. Keburukan kepada kau dan orang lain.

Oleh yang demikian, berhati-hati semasa berkata-kata. Sesungguhnya kita semua adalah hambaNya yang lemah tidak terlepas daripada kesalahan dan keterlanjuran. Sikap memberi kemaafan adalah sangat mulia tetapi jangan sampai orang memijak kepala kita.


Bahaya Berkata-Kata

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar
Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :