Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Celcom First

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Celcom First

/
/
/

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Celcom First. Setiap tahun semua Syarikat Telekomunikasi (Telco) di Malaysia, bersaing dalam menawarkan kepada umum peranti-peranti mobile terkini yang ada di pasaran. Persaingan telco-telco ini menjadi hangat sejak U Mobile memulakan ‘perang data’ beberapa tahun kebelakangan ini. Terima kasih U Mobile! Pengenalan ‘Unlimited data’ bersama ‘Unlimited call’ dan ada juga telco yang menawarkan ‘Unlimited SMS’, dengan harga yang memberangsangkan amat berbaloi kepada pengguna. 

2 Cara Pembelian iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Celcom

Celcom menawarkan pembelian iPhone 8 | iPhone 8 Plus melalui pembayaran secara penuh dan juga pembayaran secara ansuran bulanan (EasyPhone™).

  • Pembayaran secara penuh
    • Beli secara online atau beli di Digi Center
    • Bayar dengan kad kredit / kad debit atau secara tunai
  • Pembayaran secara ansuran bulanan (EasyPhone™) – Beli iPhone 8 | iPhone 7 | iPhone 6 bersama Celcom EasyPhone™
    • Beli di Celcom Blue Cube atau Celcom Certified Partner
    • Bayar bulanan dengan ‘auto-billing’

Celcom First

Celcom pula, dengan pelan yang mudah difahami dan agak ‘straight forward’ menawarkan 5 pelan Postpaid Celcom First. Bagaimanapun, hanya pelan First Gold Plus ke atas sahaja yang boleh kau pilih untuk digandingkan dengan iPhone 8 | 8 Plus.

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Celcom First - Pelan Postpaid Celcom First
Pelan Postpaid Celcom First

Harga iPhone 8 | iPhone 8 Plus Dengan Celcom First

Tanpa pelan yang berbeza untuk pemilikan peranti mobile seperti Digi dan U Mobile, pemilikan iPhone 8 | 8 Plus bersama Celcom adalah dengan melanggan salah satu daripada pelan Postpaid Celcom First bersama kontrak langganan selama 24 bulan.

Sambil tu kau boleh bandingkan harga rasmi iPhone 8 | 8 Plus yang dijual oleh Apple Store Malaysia seperti di dalam artikel sebelum ni.

Bandingkan juga harganya dengan pelan

  1. Postpaid Digi,
  2. Postpaid MaxisONE
  3. Postpaid U Mobile iPlan dan UPackage.
Harga iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Celcom First
Harga iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Celcom First

Update: Pembelian di Lazada Malaysia

Selain daripada Apple Store Malaysia yang menetapkan harga RRP (Recommended Retail Price) kepada semua produknya, kau juga boleh membeli produk Apple di Pengedar Rasmi Apple seperti Lazada Malaysia.

Apa faedahnya?

Pengedar-pengedar rasmi seperti Lazada melancarkan berbagai promosi dengan harga diskaun kepada semua barang jualannya. Kau juga boleh membeli dengan ansuran bulanan daripada kad kredit terpilih. Klik butang yang aku sediakan di bawah dan kau akan di bawa terus ke webstore rasmi Apple di Lazada Malaysia.

Lazada vs Apple
Lazada vs Apple

Pastikan 2 perkara ini sebelum kau membuat pembelian:

Local Manufacturer Warranty dan Sold & Fulfilled by Lazada
Local Manufacturer Warranty dan Sold & Fulfilled by Lazada
  1. Pastikan 1 Year Local Manufacturer Warranty.
  2. Fullfiled by Lazada dan Sold by Lazada.

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Celcom First

Guna ruang komen kat bawah ni untuk soalan lanjut sekiranya kau tak faham. Aku akan tolong jelaskan sampai kau faham, itupun kalau aku faham apa yang kau tak faham tu.

Follow aku di Facebook dan Twitter dan Instagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

49 Comments

    • Assalamu’alaikum. Saya betul2 tak faham. Sepuluh artikel saya baca pun saya still tak faham. Hahahaha Okay contoh lah kalau saya dah pakai first gold, and then saya ambil iphone 8. So sebulan sebenarnya saya kena bayar 98 atau 98+98? Confuse.

      • Wassalam. Sejak 1 Jun 2018, Celcom EasyPhone terbahagi kepada 2, EasyPhone Rent (sewa) dan EasyPhone Own (milik).

        Anda perlu bayar ansuran telefon selama 24 bulan iaitu RM 82 (EasyPhone Rent) atau RM 110 (EasyPhone Own).

        Selain itu anda perlakan pelan Celcom First (misalnya Gold Plus) RM 98 selama 24 bulan.

        Bayaran bulanan anda adalah ansuran telefon dan pelan Celcom First untuk selama 24 bulan.

        Saya akan buat artikel mengenai EasyPhone terbaru ini.

        Sementara tu Whatsapp saya sekiranya ada soalan https://wa.me/601120585645

  1. hi. kalau bukan customer celcom and bukan customer postpaid, how much i need to pay to get the 8+ ? i kena tgu for 3 months juga ?

      • ohh okay. lepas bayar pendahuluan tu, next month bayar harga rm188 tu or bayar keseluruhan harga telefon dan plan ? thank you kerana sudi menjawab soalan sya 🙂

        • Pergi celcom center, bayar full harga tipon dan terus ambil tipon. Bulan-bulan bayar bil pelan Celcom First. Kalau nak installment sila tengok artikel Celcom EasyPhone.

  2. ohh okay. lepas bayar pendahuluan tu, next month bayar harga rm188 tu or bayar keseluruhan harga telefon dan plan ? thank you kerana sudi menjawab soalan sya 🙂

    • Bayaran pendahuluan tu adalah 3 x nilai ansuran bulanan telefon (tak termasuk pelan Celcom First). Jumlah tu akan di kredit semula kedalam 3 bil bulanan kita. Maksudnya 3 bulan pertama tak perlu bayar ansuran telefon, hanya bayar nilai pelan Celcom First yg kita langgan. – sorry lambat balas, sibuk dengan fesyenterbaru.my

  3. Kalau dah sedia pakai plan celcom gold plus yg bayar RM90++ setiap bulan and lepastu nak beli ip7(RM98 setiap bulan) guna plan yg sama, kena lagi ke bayar RM90++ yg biasa dibayar setiap bulan? Maksudnya lepasni akan bayar bil bulanan RM90++ tambah installment ip7 RM98 ?? Sebab kan dah disediakan free internet free call.

  4. Masa daftar nanti pilih satu pelan Celcom First. Kalau First Gold Plus RM 98. Jumlah bayaran bulanan adalah RM98 (First Gold Plus) + ansuran bulanan iphone.

  5. 18 tahun ke atas.

    Bagi iPhone bersama Celcom First, bayaran dengan tunai atau debit / credit card.

    Bagi program ansuran EasyPhone mesti ada kad credit.

    Kalau takde kad kredit, ada pelan EasyPhone Xpax, maklumat lanjut pergi ke Celcom Center antau BlueCube berdekatan.

  6. Hai. Saya cuma pelanggan celcom yg menggunakan plan prepaid sahaja. So saya nk apply iphone 8 plus easyphone ni dan terus gunakan plan postpaid. Boleh ke klu takde bayar apa apa upfront payment ? Kira mcm nk apply kosong sahaja. Cuma bayar bulan bulan nanti. Atau mmg wajib bayar upfront paymnet dahulu ?

  7. hi assalam. selepas saya dah daftar dah bayar pendahuluan dan lulus apa semua, berapa lama ye nak kena tunggu untuk dapatkan phone nya?

  8. Boleh contact 019 601 1111 atau terus 1111 bagi pengguna Celcom.

    Rasanya akan ada sms suruh ambil telefon di celcom Center yang kita pilih masa pendaftaran.

    Apapun, contact customer service.

  9. Assalamualaikum , sy nk tanya sekarang ni sy dah guna plan First Gold Plus , then kalau sy nk apply Easy Phone untuk Iphone X 64GB dngn celcom macam mana ehh ? Umur dah 20 Tahun . Dokumen apa yg diperlukan untuk saya apply permohonan pelan ansuran telefon tersebut ? Adakah celcom blh luluskan dengan senang atau susah ? Mengambil masa yang lama tak untuk celcom luluskan ?

        • Bayar dengan kad kredit atau tunai sahaja.

          Program Celcom EasyPhone – Jika anda pengguna Celcom Postpaid melebihi 1 tahun, anda mungkin tidak perlu bayar sebarang wang pendahuluan (seperti yg berlaku kepada rakan saya baru-baru ini yang terus ambil telefon tanpa sebarang bayaran pendahuluan).

          Program Celcom Xpax EasyPhone – Terdapat juga program Celcom Xpax EasyPhone yg menggunakan pinjaman Aeon, sila ke Celcom Center untuk maklumat lanjut.

          • nak tanya, kalau takde kena bayar wang pendahuluan tu maksud dia tak bayar satu sen pun lah masa dapat telefon tu?

          • Ya betul. Contohnya Huawei Mate 20 dengan pelan Celcom First Platinum Plus adalah percuma bagi pengguna Postpaid Celcom sedia ada yang telah melebihi 6 bulan langganan Postpaid.

  10. Nak tya….. .klu sy beli iphone 8plus + rm98 pelan celcom first ( sbg pelanggn celcom melebihi setahun) sy layak lg x dpt free smartphone spt dlm table pKage kau insan mulia tu?

  11. Saya nak tanya umur tu macam mana . Dia ikut tahun or bulan birthday . I mean kalau ikut tahun saya dah 19 tapi birthday saya lambat lagi . Sebab certain plan ikut tarikh birthday

    • kalau ikut tahun anda telah berumur 19 tahun. syarat program ini adalah 18 tahun ke atas. tahniah! anda layak memohon 🙂

  12. Saya nak tanya.. contohnya nak beli ip 8 dan nak bayar bulan2 bukan bayar yg banyak terus.. and ambik plan rm98.. macam mana ye.. bayar bulan2 plan dan harga telefon

  13. salam , nak tnya kalau yang sblm ni pernah beli fon kat celcom semua dah abis bayar ,kan boleh ambil fon baru lg , sekiranya saya ambil iphone 8+ .. dikenakan lg tak bayaran deposit????

    • Wassalam.

      1. Bagi pelan Celcom Device Bundle – pengguna celcom lebih 6 bulan, tak peeu bayar deposit. Anda hanya perlu bayar harga telefon setelah diskaun.
      Contoh Huawei P20 dengan Celcom Platinum Plus = RM 0 dan deposit RM 1500. So, jika anda pengguna Celcom Postpaid melebihi 6 bulan, anda tak perlu bayar deposit, terus ambil telefon tanpa bayat apa-apa.

      2. Bagi pelan EasyPhone, jika anda pengguna Celcom Postpaid melebihi 12 bulan, anda tak perlu bayar upfront payment. Pergi ke Celcom, pilih telefon dan pelan, sign contract dan terus ambil telefon. Cukup bulan bayat ansuran telefon dan bayar pelan Celcom.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar