Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid

/
/
/

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid. Ciri-ciri pelan untuk pakej pembelian telefon oleh Digi adalah sangat berbeza berbanding Pelan Postpaid Digi biasa mereka, apalagi jika dibanding dengan pelan promosi seperti Digi Postpaid 150 Infinite (masih ada lagi), Digi Postpaid 100 Infinite (dah tamat) dan Digi Postpaid 80 Inifinite (juga dah tamat), yang menawarkan data yang tanpa had dan panggilan suara tanpa had. Tidak seperti Celcom dan Maxis yang menggunakan set pelan yang sama, syarikat telekomunikasi Digi (telco) menetapkan 3 pelan lain yang berbeza sekiranya kita membeli telefon daripadanya.

Ciri-ciri Pelan Postpaid Digi

Adakah harga pelan-pelan ini berbaloi? Lihat perbezaan ciri-ciri pelan yang ditawarkan oleh telco lain di Malaysia untuk pembelian telefon daripada mereka.

  1. Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Postpaid Celcom First
  2. Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan MaxisONE
  3. Beli iPhone 8 | 8 Plus Bersama U Mobile iPlan dan UPackage

 

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid - Pelan Digi Postpaid untuk iPhone
Pelan Digi Postpaid untuk iPhone

Seperti telco-telco lain, pembelian iPhone 8 | iPhone 8 Plus (atau telefon model lain) dengan harga diskaun, mestilah bersama dengan salah satu pelan yang ditawarkan seperti di atas dan kau akan terikat kepada kontrak langganan selama 24 bulan, seperti juga telco-telco lain.

Sekiranya kau tidak mahu terikat dengan mana-mana kontrak dan mahu bebas menukar pelan Postpaid atau Prepaid kepada telco yang menawarkan promosi menarik, kau boleh lihat artikel mengenai harga rasmi iPhone 8 | 8 Plus seperti dipamerkan di dalam laman web Apple Store Malaysia dan membuat pembelian di situ.

Pemilikan iPhone secara ansuran, kebiasaannya akan melibatkan pihak ketiga seperti pihak bank (kad kredit) dan pihak pemberi hutang (AEON). Untuk mengetahui kredibiliti kewangan kau, sila lihat artikel CTOS di sini.

2 Cara Pembelian iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Digi

Digi memudahkan pengguna dengan menawarkan pembelian iPhone 8 | iPhone 8 Plus melalui pembayaran secara penuh dan juga pembayaran secara ansuran bulanan (EPP).

  • Pembayaran secara penuh
    • Beli secara online atau beli di Digi Center
    • Bayar dengan kad kredit / kad debit atau secara tunai
  • Pembayaran secara ansuran bulanan (EPP)
    • Beli secara online atau beli di Digi Center
    • Bayar dengan kad kredit

Harga iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid

iPhone 8 Bersama Digi Postpaid
iPhone 8 Bersama Digi Postpaid

Harga iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid dan Ansuran Bulanan EPP

Harga iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid
Harga iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid

Update: Pembelian di Lazada Malaysia

Selain daripada Apple Store Malaysia yang menetapkan harga RRP (Recommended Retail Price) kepada semua produknya, kau juga boleh membeli produk Apple di Pengedar Rasmi Apple seperti Lazada Malaysia.

Apa faedahnya?

Pengedar-pengedar rasmi seperti Lazada melancarkan berbagai promosi dengan harga diskaun kepada semua barang jualannya. Kau juga boleh membeli dengan ansuran bulanan daripada kad kredit terpilih. Klik butang yang aku sediakan di bawah dan kau akan di bawa terus ke webstore rasmi Apple di Lazada Malaysia.

Lazada vs Apple
Lazada vs Apple

Pastikan 2 perkara ini sebelum kau membuat pembelian:

Local Manufacturer Warranty dan Sold & Fulfilled by Lazada
Local Manufacturer Warranty dan Sold & Fulfilled by Lazada
  1. Pastikan 1 Year Local Manufacturer Warranty.
  2. Fullfiled by Lazada dan Sold by Lazada.

Beli iPhone 8 | iPhone 8 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid

Sila kongsikan artikel ini atau selitkan keraguan kau (sekiranya ada) di ruangan komen di bawah. Aku akan tolong jelaskan apa yang patut, mengikut kefahaman aku.

Follow aku di Facebook dan Twitter dan Instagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

13 Comments

    • Setahu saya semua yang mempunyai kontrak seperti pelan iPhone Digi dan lain-lain mesti menggunakan IC. Itupun belum tentu diluluskan kerana bergantung kepada rekod CTOS, CCRIS yang akan disemak terlebih dahulu. Bagaimanapun anda boleh telefon Digi Customer Service 016 2211 800 untuk kepastian.

  1. Sekiranya ingin membayar ansuran tapi tiada kad kredit , bolehkah ? mcm mana ? Klau pegi digi center boleh apply ka ?

    • Bayaran ansuran mesti guna kad kredit. Ada cara lain iaitu dengan buat ansuran di Seng Heng.

    • Dengan Digi anda tak perlu tunggu 3 bulan sebab telefon tu perlu dibayar sebelum boleh diambil. Terus daftar line (jika perlu) dan buat pembayaran gunakan Kad Debit/Kredit atau FPX online banking. Atau bayar tunai di Digi Center berdekatan.

      Yang perlu 3 bulan langganan pelan Postpaid adalah seperti program EasyPhone Celcom atau Zerolution Maxis atau UMobile UPackage sebab telefon ambil dahulu dan bayar ansuran setiap bulan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar