Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / Benar atau Palsu? Sudah Tergelincirkah Aku?

Benar atau Palsu? Sudah Tergelincirkah Aku?

/
/
/

Benar atau Palsu? Sudah Tergelincirkah Aku? Kebenaran dan kepalsuan ibarat aur dengan tebing, api dan air, laut tenang dan bergelora, lelaki dan perempuan, cawan kosong dan berisi, masam dan manis, lautan dan tanah, bulan dan matahari, malam dan siang. Semuanya berpasang-pasangan, daripada apa yang kau saksikan atau daripada apa yang kau tidak ketahui.

Benar atau Palsu? Sudah Tergelincirkah Aku?

Minda kita telah didoktrin sejak dilahirkan, dengan sesuatu amalan, kepercayaan dan juga adat resam yang kemudiannya menjadi tabiat dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini. Bangun pagi kita terus mandi dan semasa mandi kita tak pernah terlupa untuk gosok gigi. Lepas mandi pula kita sembahyang dan semasa sembahyang kita taat mengikut rutin yang ditetapkan samada seperti berpadukan sunnah semata-mata atau berpegang panduan sesuatu mazhab. Kemudian kita pergi ke sekolah atau ke tempat kerja untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

doktrin maksud
Kamus DBP Online

Bukti dan Penjelasan

Petang pun muncul perlahan-lahan, lalu sang matahari yang akur perintah, taat menuruti laluan orbitnya terapung pergi dan tiba-tiba kita berada dalam gelap gelita. Malam ditakdirkan menyelubungi siang, supaya kita dapat beribadat dan berehat untuk kesinambungan hari seterusnya. Hakikatnya selagi kita hidup, tabiat harian diulang-ulang sehingga ke mati. Tiada kita di bumi ini melainkan untuk beribadah kepada Sang Pencipta. Belajar, bekerja dan segala perlakuan yang baik adalah ibadah tetapi seringkali kita terlupa untuk melaksanakan tuntutan supaya memerhati dan berfikir kepada tanda-tanda dan ciptaanNya.

Kita hanya menelan ilmu yang diajar tanpa banyak pertanyaan, malah menjadikan sebuah teori sebagai fakta seolah-olah mahu menukar mitos menjadi sejarah. Tanpa rasa bersalah, kita menggenggam bara api hingga menjadi arang dan beriltizam biar mati anak jangan mati adat. Pernah ketikanya juga tanpa membantah kita bertemasya beramai-ramai mandi Safar kerana beriman ianya menolak bala.

Tanpa dikaji dan diteliti sewajarnya, kita terus percaya apa sahaja yang diajar dan tanpa perasaan ragu-ragu menjadikannya suatu kepercayaan dan amalan. Tanpa berfikir panjang dan menyelidiki bukti, sebab dan musabab, kita menelan apa sahaja hingga kenyang menjadi darah daging.

Kitab suci bukanlah seperti sebuah syair yang gayanya berbahasa bersulam kiasan. Kitab suci adalah penceritaan kisah benar dan pemberian tanda-tanda terang yang dapat dilihat, difahami dan diyakini masyarakat biasa tanpa mengira era. Ia tetap relevan daripada jahilliyah hingga ke millennium, seterusnya sampai ke bila-bila masa.

Percaya Adanya Tuhan

Muncul sekarang ini berbagai isu dan maklumat yang boleh dikaji dan diteliti, bersama penjelasan nyata yang sudah dirungkai dan dibuktikan, seumpama yang sudah terang lagi bersuluh. Wajar bagi kita untuk bersama-sama mengambil pengetahuan daripada ilmu-ilmu yang didedahkan oleh mereka. Mereka hanyalah golongan yang mengajak manusia kembali berpegang kepada prinsip hidup bertuhan. Hanya keterbukaan dan kesungguhan saja yang kita perlukan, sambil mengambil pengajaran daripada sikap para ilmuan masa lampau yang berbalas-balas hujah bersama fakta dan hasil penelitian.

Masa berlalu begitu pantas, rasanya. Tiba-tiba dunia menjadi terlalu kecil walhal suatu masa dahulu amat besar, rasanya. Teknologi pengangkutan dan komunikasi memendekkan masa. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan dan satu hari seperti seminggu.

Nilai kemanusiaan dan kekeluargaan pula beransur hilang, anak-anak terabai dek mengejar ‘overtime, all the time’. Memenuhi keperluan anak dan isteri adalah keutamaan tanpa sedikitpun harus menghilangkan kemurnian konsep kekeluargaan. Semoga harta dan pangkat tidak menyekat pandangan kita kepada keburukan dan kesingkatan masa yang ada di dunia.

evolusi maksud
Kamus DBP Online

 

Tidak dinafikan juga yang prinsip pertama rukun negara ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ mula beransur-ansur hilang daripada sanubari. Kewajipan seharian beribadah sebagai hamba hanya ditunaikan seumpama melakukan tabiat seharian yang dijelaskan tadi di pembukaan. Saban tahun muncul filem-filem hebat yang dulunya disebut sebagai fiksyen dan fantasi, tetapi kemudian telah menjadi seperti realiti hakiki. Idea evolusi telah diketengahkan. Cerita UFO berwarna hijau digendangkan ke dalam gegendang telinga, padahal pengkisahan kehidupan di dalam kitab suci dan hadis hanya berkisar tumbuhan, haiwan, manusia dan jin, disamping Dajal dan Yakjud Makjud serta Malaikat dan Iblis.

Tempat penginapan dan kebangkitan manusia hanyalah di bumi, alam kubur, padang mahsyar, akhirat serta syurga dan neraka. Kita pula diwar-warkan dengan misi penerokaan angkasa lepas tanpa graviti dan juga mencari kehidupan di Marikh.

Teori Bukannya Sains

Mujur dengan adanya kepesatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan juga komunikasi, era digital sekarang dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak seperti di zaman-zaman sebelumnya, cendikiawan dan saintis serta pemikir dan pemerhati di era ini menggunakan kecanggihan teknologi terkini untuk berkongsi ujikaji melalui gambar dan video berdefinasi tinggi. Sebagaimana watak Habil dan Qabil, begitulah kisah pertembungan dua kumpulan; satu kumpulan mendakwa tentang penemuan itu ini dan begitu begini, manakala yang lain mematahkan dakwaan tadi dengan hujah dan bukti yang amat berbeza sekali.

Maka bermulalah kembali kisah dan lembaran lama tentang golongan yang telah sengaja dipinggir dan dilupakan. Golongan kecil yang membawa kembali kisah dan pandangan daripada sisi lain terhadap kisah-kisah yang dianuti masyarakat dulu dan sekarang.

Haiwan didakwa telah berevolusi sejak jutaan tahun dulu. Bumi dikatakan tercipta daripada letupan kosmos, akibatnya semua beriman kepada Big Bang Theory. Muncul juga cerita bumi dihuni dinasour dan penemuan fosil tulang dinasour yang kemudiannya juga dipertikaikan. Apa yang pasti adalah teori hanya menerangkan tentang sesuatu fakta sains tetapi hakikatnya jangan dilupakan bahawa sebuah teori tetap kekal sebagai teori. Ianya boleh berubah-ubah bergantung kepada penemuan baru yang berbeza, bergantung juga kepada siapa saintisnya dan apa motif di sebalik sesuatu teori itu.

Berbeza dengan fakta sains yang disokong dengan hasil penelitian dan ujikaji yang terkawal, teori pula yang sekadar berpandukan kepercayaan dan anggapan cukup merbahaya dan merosakkan minda iman, apalagi bila ia bertentangan dengan kehidupan beragama dan menyalahi ayat-ayat Kitab Suci.

Maksud Teori, Teorem dan Fakta

teori maksud
Kamus DBP Online
teorem maksud
Kamus DBP Online
fakta maksud
Kamus DBP Online

Kitab Suci vs Teori

Kaedah penelitian adalah sepatutnya mengkaji kebenaran terhadap tanda-tanda dan kisah-kisah yang terkandung di dalam kitab suci. Kitab suci memperjelaskan sesuatu kisah dan tanda-tanda kebesaran Sang Pencipta, dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat pada masa itu.

Berbagai-bagai hujahan dan tafsiran yang boleh kita baca berkaitan satu-satu ayat daripada Kitab Suci, lebih-lebih lagi ayat pengkisahan seperti kisah Zulkarnain. Para cendikiawan yang warak dan terkenal mentafsirkannya dengan penuh adab, berbagai nahu bahasa, fakta, sejarah dan riwayat diketengahkan dalam mendokong tafsiran mereka. Baca, teliti dan bandingkan hujahan mereka dan kemudian barulah nilaikan yang mana satu mahu kau terima.

Berbeza pula dengan sebuah teori yang dicipta dan diandaikan, dibuktikan dengan khayalan dan sangkaan dan kemudian diulang-ulang di media massa supaya diserap oleh minda dan jiwa masyarakat. Ada asalnya sebuah teori tetapi akhirnya menjadi fakta yang tidak tersangkal apabila didokong oleh ujikaji, pemerhatian dan sebagainya. Walaupun begitu, apabila semua teori dianggap masyarakat umum sebagai fakta yang tidak boleh dicabar, maka yang demikian berjayalah misi pendoktrinan minda.

Malang sungguh apabila sebuah teori lebih dipercayai bulat-bulat tanpa soal dan kajian, yang mengakibatkan ayat-ayat Kitab Suci diragui tanpa disedari akal fikiran.


Ke Mana Kita?

History is written by the victors‘. Sejarah ditulis oleh pihak yang menang. Sejarah juga ditulis oleh pihak yang berkuasa sekarang ini.

Semua pandangan adalah milik individu itu sendiri dan tiada sesiapa yang boleh memaksa sesiapa pun untuk bersetuju dengannya. Apa yang penting adalah menyampaikan ilmu walaupun sepotong ayat. Menuntutlah ilmu daripada bayi hingga ke liang lahat. Gunakan kurnia dan anugerah yang kita ada untuk menilai baik buruk dan benar ataupun palsu. Percaya atau tidak adalah milik individu tetapi Dia Maha Mengetahui, Maha Pemurah lagi Mengasihani.

Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa kau insan mulia.

Follow aku di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar