Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / Bijak atau Pandai?

Bijak atau Pandai?

/
/
/

Kita memuji kawan, kita kata kawan tu pandai sebab selalu dapat jawab soalan cikgu dengan lancar dan lancarnya itu seolah-olah dia sedang meneguk air ketika kehausan – pandai sungguh kau. Bijak atau Pandai?bijak atau pandaiKita memuji kawan, kita kata kawan tu bijak sebab selalu dapat melepaskan diri daripada soalan cikgu dengan berbagai alasan, seolah-olah cikgu memang bergantung kepadanya untuk mendapatkan air ketika kehausan – bijaknya kau.

Jadi persoalannya di sini adalah, apa itu maksud bijak dan apa itu maksud pandai?

Pandai

Bila kau boleh melakukan sesuatu perkara atau kerja setelah berlatih dengan berulang-ulang kali, maka kau memang PANDAI.

  • Kalau kau rajin membaca dan mentelaah pelajaran, kau akan menjadi pandai.
  • Kalau kau rajin berlatih menunggang kenderaan mahupun kapal terbang, kau akan menjadi pandai.
  • Kalau kau rajin belajar selok-belok perniagaan, kau akan jadi pandai.
  • Kalau kau rajin belajar sesuatu yang kau pada asalnya kurang tahu atau tidak tahu langsung, akhirnya kau akan pandai.

Baiklah sekarang aku nak tanya kau. Apakah beza kau (dan aku) dengan seekor burung kakak tua yang setelah dilatih berulang-ulang kali akhirnya PANDAI berkata-kata.

Mahukah kau akui bahawa seekor haiwan tu sebenarnya lebih PANDAI daripada kita, sebab walaupun ia seekor haiwan tetapi ia boleh berkata-kata macam KAU?

 

Bijak

Bila kau boleh melakukan sesuatu perkara atau kerja dengan sempurna atau dengan hebat tanpa perlu berlatih berulang-ulang kali, maknanya kau memang BIJAK.

  • Kau bijak sebab kau belajar jurusan sastera tetapi kau hebat dalam bercucuk tanam – tak semua orang boleh berladang.
  • Kau bijak sebab kau membawa kuih-muih daripada rumah dan menjualkannya untuk mendapatkan wang belanja di sekolah – tak semua orang boleh berniaga.
  • Kau bijak sebab kau menambah rakan-rakan di Facebook dan selepas kau ada 1000 Friends, kau mula membuat jualan di Facebook untuk menambah pendapatan – tak semua orang terfikir peluang ni.
  • Kau bijak sebab kau tak suka dibelanja oleh rakan-rakan sekerja kerana tidak mahu rasa terhutang budi bila berdepan ‘tanggungjawab vs friendship‘ di tempat kerja – tak ramai yang boleh menolak.
  • Kau bijak sebab berjaya membodek boss untuk kenaikan pangkat dan gaji, bukannya berdasarkan merit (kualiti yang bagus yang layak dihargai dan diberi imbuhan) – tak ramai yang bijak mengampu.

Pengajaran?

  1. Kita boleh jadi PANDAI sekiranya kita mahu berusaha untuk jadi PANDAI dan diberi peluang untuk menjadi PANDAI. Ada insan yang mahu menjadi PANDAI tetapi tidak berpeluang, contohnya tiada wang untuk sambung belajar.
  2. Jadilah insan yang BIJAK. BIJAK untuk menggunakan peluang untuk menjadi PANDAI atau BIJAK untuk berjaya di dalam hidup walaupun tidak PANDAI semasa di alam persekolahan.

TETAPI jangan sesekali mengukur kepandaian dan kebijaksanaan seseorang berdasarkan harta dan gaya hidup. Kau setuju tak?


Bijak atau Pandai?

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa sememangnya Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar