Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Benar atau Palsu / Fakta-Fakta Mengenai Bumi

Fakta-Fakta Mengenai Bumi

/
/
/

Bumi adalah planet yang ketiga jauhnya daripada matahari dan yang terbesar di antara planet-planet terrestrial. Fakta-Fakta Mengenai Bumi.

Planet terrestrial adalah planet-planet yang terkandung di dalamnya bahan-bahan yang sama dengan planet Bumi (Earth); Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus) dan Marikh (Mars).

  • Sangat mengejutkan dengan planet Bumi yang hanya kelima terbesar dari segi saiz dan jirim, tetapi ia adalah yang paling tumpat atau padat di antara semua planet dari segi isipadu iaitu 5,513 kg/m3. Planet bumi adalah satu-satunya planet di dalam sistem solar yang tidak dinamakan daripada makhluk mitos. Nama ‘earth’ atau bumi berasal daripada perkataan Old English ‘ertha’ dan daripada perkataan Anglo-Saxon ‘erda’ yang membawa maksud ‘ground or soil’ ataupun tanah.
  • Planet Bumi berusia sekitar 4.54 bilion tahun dan satu-satunya planet yang diketahui menampung kehidupan.
Fakta-Fakta Mengenai Bumi semua planet keliling matahari kauinsanmulia
Matahari di paling kiri sekali. (www.needpix.com)

Saiz Bumi berbanding Bulan

All planet diameter kauinsanmulia
Perbandingan saiz diameter atau ukur lilit (www.planetfacts.org)

Lagi fakta berkaitan Bumi

  • Suatu masa dahulu, planet Bumi dipercayai sebagai pusat cakerawala (centre of the universe).
    • Selama 2000 tahun lamanya, ahli astronomi (pengkaji planet dan bintang) percaya bahawa bumi ini statik iaitu tidak bergerak malah dikatakan bahawa planet dan bintang lain yang mengelilingi planet Bumi.
    • Pada tahun 1543, Copernicus mengumumkan sebuah model Sistem Solar yang menegaskan bahawa Matahari sebagai pusat cakerawala.
  • Planet-planet lain dinamakan sempena nama dewa dan dewi bangsa Roman. 5 planet yang boleh dilihat dengan mata kasar (Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal) dinamakan sejak zaman Roman Purba manakala planet Uranus dan Neptun juga dinamakan dengan kaedah yang sama setelah ditemui.
  • Tarikan graviti di antara planet Bumi dan bulan menyebabkan air pasang surut. Kesan daripada tarikan graviti tersebut juga menyebabkan masa putaran bulan sama dengan masa kitarannya mengelilingi Planet Bumi, bermaksud permukaan bulan yang sama menghadap bumi pada sesuatu tempat.
  • Putaran planet Bumi semakin lama semakin perlahan. Putaran bumi menjadi perlahan pada kadar 17 mili-saat setiap 100 tahun dan secara tidak langsung memanjangkan masa dalam sehari tetapi ianya akan mengambil masa selama 140 juta tahun sebelum kita boleh menukar 24 jam kepada 25 jam sehari.
  • Kandungan udara planet Bumi adalah 78% gas nitrogen, 21% oksigen dan baki 1% peratus adalah gas-gas lain termasuk argon dan karbon dioksida.
  • Sejumlah besar daripada kandungan oksigen di Bumi dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang menggunakan gas karbon dioksida semasa proses photosynthesis.
  • Bumi menghasilkan medan magnet yang sangat berkuasa. Medan magnet ini melindungi bumi daripada kesan tiupan angin solar.
  • Terdapat lapisan Ozon yang melindungi planet Bumi daripada radiasi solar. Lapisan solar adalah terdiri daripada satu jenis gas oksigen yang menyerap hampir keseluruhan sinaran Ultra Violet daripada Matahari.
  • 70% daripada permukaan bumi dilitupi air – selebihnya adalah benua-benua dan pulau-pulau yang mengandungi banyak tasik dan sumber air lainnya.
  • Kehidupan pertama di muka bumi berkembang di dalam lautan melalui proses yang dipanggil ‘abiogenesis or biopoesis’. Proses tersebut adalah proses semulajadi di mana kehidupan bermula daripada satu jirim yang tidak hidup iaitu seperti sebatian organik.
  • Air di Bumi asalnya terperangkap di dalam perutnya sebelum di bawa keluar ke permukaan melalui aktiviti letusan gunung berapi.
  • Puncak tertinggi di dunia adalah Gunung Everest yang mencecah ketinggian 8.8 km.
  • Gaung terdalam di dunia adalah Challenger Deep iaitu mencecah kedalaman 10.9 km iaitu angka ukuran yang melebihi Gunung Everest.
  • Kitaran Bumi adalah yang paling hampir seperti sebuah bulatan. Paksi putarannya pula senget 23.4 darjah daripada sudut tegak kitarannya yang mana menghasilkan musim-musim panas, luruh, sejuk dan bunga.
  • Setahun di Bumi berakhir 365.25 hari, bermaksud 1 tahun lompat pada setiap 4 tahun.

Fakta-Fakta Mengenai Bumi

Sekiranya ada fakta-fakta lain yang kau ingin kongsikan, sila nyatakan di ruangan komen di bawah atau Hantar Artikel sekiranya kau ada artikel untuk aku siarkan di blog ini.

Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

sumber : https://theplanets.org/earth/

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar