Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Cara Nak Dapatkan iPhone Dengan U Mobile

Cara Nak Dapatkan iPhone Dengan U Mobile

/
/
/

 

Update: iPhone 8 | 8 Plus Bersama U Mobile iPlan dan UPackage

Update: Cara Mohon U Mobile MicroCredit untuk iPhone dan Android

U Mobile menyediakan tiga 2 cara pemilikan iPhone 7 kepada pelanggannya.

  1. Pelan iPlan biasa – harga telefon yang rendah setelah ditolak subsidi. Bayar secara tunai atau dengan kad kredit.
  2. Pelan UPackage – harga telefon tiada subsidi tetapi dibayar secara ansuran dengan kad kredit sahaja. Faedah 0%.
  3. Pelan U MicroCredit – harga telefon tiada subsidi tetapi dibayar dengan ansuran melalui pinjaman Aeon. Faedah yang rendah dikenakan.

Pelan-pelan yang ditawarkan bersama pemilikan iPhone 7 adalah berbeza dengan pelan standard U Mobile seperti P98 yang menawarkan panggilan tanpa had, data 30 GB, Video Onz dan Music Onz tanpa had, roaming dengan pakej Data Backpack dan sebagainya. Andai kau sudah memiliki iPhone 7 atau tidak mahu memiliki iPhone 7, pelan P98 adalah disyorkan untuk kaki YouTube, iFlix, Facebook ataupun Twitter sebab di media tersebut (dan banyak lagi), streaming video adalah percuma. Apa-apapun semak kawasan liputan U Mobile dahulu. Liputan 3G sudah cukup bagus untuk streaming video.


Harga iPhone 7 – Pelan U Mobile iPlan

Harga iPhone 7 32GB Bersama Pelan U Mobile iPlan
Harga iPhone 7 32GB Bersama Pelan U Mobile iPlan
Harga iPhone 7 128GB Bersama Pelan U Mobile iPlan
Harga iPhone 7 128GB Bersama Pelan U Mobile iPlan

Harga iPhone 7 Plus – Pelan U Mobile iPlan

Harga iPhone 7 Plus 32GB Bersama Pelan U Mobile iPlan
Harga iPhone 7 Plus 32GB Bersama Pelan U Mobile iPlan
Harga iPhone 7 Plus 128GB Bersama Pelan U Mobile iPlan
Harga iPhone 7 Plus 128GB Bersama Pelan U Mobile iPlan

Harga iPhone adalah seperti di dalam jadual di atas. Setiap pembelian adalah bersama sejumlah downpayment / deposit yang akan didebitkan semula ke dalam akaun kau pada setiap bulan. Jadi, bil bulanan kau akan lebih rendah daripada sepatutnya. Harus kau ingat bahawa panggilan tanpa had adalah ke semua talian tetap dan talian mobile ke seluruh Malaysia di mana-mana rangkaian samada Maxis, Celcom, Digi etc. tetapi panggilan ke nombor selain daripada tu adalah dikenakan cas.


Ansuran Bulanan iPhone 7 – Pelan U Mobile UPackage

Syarat :

  1. MNP daripada Telco lain – mesti bawa bil postpaid 3 bulan (daripada Telco lain) sebab kelulusan bergantung kepada rekod bersih pembayaran bil. Jumlah bulanan bil postpaid Telco terdahulu mesti melebihi RM70.
  2. Sekiranya anda pelanggan Prepaid – mesti ada rekod penggunaan Postpaid 3 bulan.
  3. Jika anda pelanggan UMobile sedia ada, bergantung kepada tempoh langganan anda dan rekod pembayaran – bergantung kelulusan pihak UMobile.
  4. Mesti ada kad kredit dengan baki belum guna melebihi jumlah nilai pakej yang anda mahu.
Apply UMobile UPackage
Langkah 1 : Pergi ke UMobile Store dan kemukakan 3 bulan bil langganan postpaid terbaru, yang jumlah bulannnya melebihi RM 70 | Langkah 2 : Pilih iPhone dan iPlan | Langkah 3 : Bayar ansuran telefon dan bil iPlan dengan kredit kad secara auto-billing

Terhad kepada pemilik kad kredit sahaja, bermaksud bayaran tunai tidak diterima. Ansuran bulanan telefon dan yuran bulanan pelan iPlan akan disatukan di dalam bil pada setiap bulan. Kontrak langganan bergantung kepada tempoh bayaran ansuran bulanan – lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut.

UPackage UMobile iPlan iPhone 7 32GB
UPackage UMobile iPlan iPhone 7 32GB
UPackage UMobile iPlan iPhone 7 128GB
UPackage UMobile iPlan iPhone 7 128GB

Ansuran Bulanan iPhone 7 Plus – Pelan U Mobile UPackage

UPackage UMobile iPlan iPhone 7 Plus 32GB
UPackage UMobile iPlan iPhone 7 Plus 32GB
UPackage UMobile iPlan iPhone 7 Plus 128GB
UPackage UMobile iPlan iPhone 7 Plus 128GB

Bagi melihat semua model iPhone yang ditawarkan serta jadual pembayaran seperti di atas, sila ke website UMobile UPackage di sini.


Ansuran Bulanan iPhone 7 | 7 Plus – Pelan U Mobile U MicroCredit

Beli dengan pinjaman penuh atau pinjaman sebahagian daripada nilai telefon. Borang permohanan perlu diisi untuk tapisan samada layak atau tidak untuk mendapat pinjaman. Permohonan boleh dibuat di UMobile Store atau melalui atas talian pada pautan berikut – U Mobile U MicroCredit.


Ansuran Bulanan dengan kad kredit – Easy Payment Plan

UMobile Easy Payment Plan
UMobile Easy Payment Plan
UMobile Easy Payment Plan - Banks
Tempoh Ansuran dan Nilai Minimum – Kad Kredit daripada Bank Di Atas Sahaja yang Diterima

Berhenti Daripada Kontrak – Termination of Contract atau Pembayaran Penuh

Sekirannya anda bercadang untuk samada mematikan talian telefon anda atau untuk membuat pembayaran penuh dan berhenti daripada kontrak 24 bulan langganan, anda hanya perlu membayar penalti.

Penalti tersebut adalah baki kepada nilai sebenar harga telefon anda semasa pembelian dilakukan. Jangan keliru dengan harga diskaun yang telah diberi kepada anda berbanding harga sebenar telefon semasa pembelian. Harga diskaun adalah lebih rendah, misalnya Harga iPhone 7 32GB semasa pembelian adalah RM2,300 tetapi harga diskaun adalah RM1,500 (contoh sahaja).

Sekiranya anda telah membayar ansuran telefon RM88 selama 10 bulan, ianya bermakna anda telah membayar RM88 x 10 = 880. Oleh itu baki yang perlu dijelaskan adalah harga sebenar RM2,300 – RM880 = RM1,420


Cara Nak Dapatkan iPhone Dengan U Mobile

Apa padangan kau tentang pelan ini? Sila komen di dalam ruangan yang disediakan. Sekiranya kau ada sesuatu untuk dikongsi kepada semua pembaca, sila Hantar Artikel.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa sememangnya Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

43 Comments

  1. Assalamualaikum….salam sejahtera…maaf saya bertanya …andai saya pilih plan umobile upackage….adakah perlu saya pengguna ttp u mobile?? Sekiranya saya sebagai pengguna baru u mobile …layakkah saya utk menggunakan mana2 plan

    • Wassalam. Kalau anda pelanggan baru pun layak untuk pilih UPackage tetapi mestilah:
      1. pelanggan postpaid daripada syarikat lain dan kena bawa bil 3 bulan terakhir yang menunjukkan tiada bayaran tertunggak (U Mobile nak tengok track record payment kita)
      2. dan pelan postpaid kita sekarang (bersama syarikat lain) mesti lebih daripada RM70 sebulan.

      https://www.u.com.my/tnc/7713

    • Personally, kalau anda nak buat mikro kredit, lebih elok ke Seng Heng sebab Seng Heng pun akan guna Aeon Credit. Apa yang bagusnya nanti adalah anda boleh langgan tanpa kontrak mana-mana pelan di syarikat telokumunikasi (telco). Kalau satu-satu telco tu tak bagus, boleh tukar telco lain. Bebas kontrak.

  2. hai ..nak tnya ..macam mana kalau kita pkai p70 dh lebih setahu dh ..klau nk ambik iphone installments kne tukar pakej jugak ye ???

    • Ya betul, tidak seperti celcom dan maxis yang menggunakan pelan postpaid yang sama untuk pelan telefon, uMobile mewajibkan pelanggan menggunakan pelan iPlan untuk iPhone yang dijualnya. Dari segi data, pelan iPlan sangat kedekut.

  3. Boleh saya bertanya… kalau u microcredit tu .. kalau takde aeon credit boleh ke ? Cuma bayar je kat umobile bulan2 .. dan satu lagi perlu ke bawa bill 3 bulan kan boleh check kat internet…

  4. Umicrocredit adalah program kerjasama uMobile dan Aeon, sama juga seperti program Celcom EasyPhone XPax. Mesti guna Aeon.

    Pilihan lain adalah uMobile uPackage, tapi perlukan kad kredit.

    Kalau MNP daripada telco lain kepada uMobile, mesti bawa/print bil 3 bulan sebab kelulusan bergantung kepada rekod bersih pembayaran bil, dan jumlah bulanan bil telco terdahulu mesti melebihi RM70.

    Kalau pelanggan postpaid sedia ada uMobile, uMobile memang ada rekod bil. Tapi perlu juga print, sebab uMobile center mungkin tak layan permintaan kita untuk tolong printkan bil tu.

    Kelulusan permohonan bergantung kepada uMobile bagi uPackage dan Aeon bagi program uMicroCredit.

    Setakat hari ini, program uMicroCredit telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, lihat https://www.u.com.my/devices/instalment-plans/umicrocredit

  5. Hi nak tanya. Saya guna umobile tapi guna prepaid je. Jadi kalau saya nak beli iphone tu maksudnya saya kena tukar pakai postpaid dulu ke? Then kena guna selama 3 bulan baru boleh beli ke?

  6. Ya. Pembelian secara ansuran samada pelan uPackage atau uMicroCredit mesti ada rekod penggunaan postpaid selama 3 bulan (iaitu bil bulanan postpaid daripada uMobile atau bil postpaid drpd telco lain).

  7. Saya memakai umobile pelan p78 , bolehkah saya membeli iphone dengan bayaran asuran,Tanpa menukar pelan ?

    • Beli iPhone di uMobile – mesti guna uMobile iPlan i60 (iphone 7/7 Plus) atau i90 dan i30 (iphone 8/8 Plus/ X).

      Pelan uMobile iPlan memang tidak menarik, kedekut data. Tapi itulah caranya uMobile buat duit dengan kurangkan harga telefon dan kurangkan data pada iPlan.

  8. Salam nak tanya.. kalau yg upackage tu.. utk permulaan hanya jumlah 3 bulan (plan + device) sahaja yg akan dicaj ke kad kredit.. cth plan + device adalah rm160 utk 24 bulan. Jadi utk mula2 160×3 bulan sahaja akan dicaj ke kredit.. lepas tu setiap bulan rm160 sahaja akan dicaj sampailah cukup 24 bulan? Dia xkan caj harga device trus pada kad kreditcm 0% installment yg biasa tu?

    • Ya betul tiap2 bulan akan di-cas 160 ke dalam kad kredit. TETAPI, harga keseluruhan pakej tersebut akan di-lock pada kredit kad anda.

      Contohnya, Kad kredit anda mempunyai baki nilai belum guna sebanyak RM6,000. UPackage yang anda nak langgan adalah RM5,000.

      Sebaik sahaja anda melanggan, anda akan lihat baki nilai belum guna kad kredit anda adalah RM1000 sahaja, sebab RM5000 telah di-lock bagi UPackage.

      Tiap2 bulan, nilai baki belum guna akan bertambah setelah anda membayar ansuran tiap2 bulan.

      Apa saja pembelian ansuran kad kredit menggunakan kaedah yang sama seperti di atas.

  9. Hai maaf nak tanya la , saya dah guna plan umobile yang p70 dah hampir 4 tahun , tapi kadang payment saya bayar lambat , still boleh apply lagi ke untuk dptkan fhone baru ? Sbb saya nampak sedara saya setiap 2 tahun dia tukar plan mesti dah dpt fhone baru , umobile pon boleh dpt juga ke mcmtu?? Sbb saya mcm tak faham sngat la pasal plan2 ni

    • Sekarang ini (26/4/2018) ada 2 cara mendapatkan telefon di Umobile iaitu Upackage dan Easy Payment Plan, tetapi kedua-duanya memerlukan kad kredit. Membeli telefon di mana-mana syarikat telco melayakkan anda mendapat harga diskaun tetapi anda akan terikat kepada kontrak 24 bulan. Antara yang mudah adalah dengan membeli telefon di Celcom (dengan pelan EasyPhone). Bagi pengguna Celcom Postpaid yang melebihi 3 bulan, anda boleh membayar harga telefon secara ansuran 24 bulan tanpa kad kredit (jumlah ansuran bulanan akan dibil ke dalam akaun postpaid celcom anda selama 24 bulan).

    • Installment menggunakan kad kredit dan aeon sahaja. Kalau beli di Seng Heng pun begitu juga. Kalau beli di Digi mesti guna kad kredit. Kalau di Celcom, wajib guna kad kredit (auto-billing) sekiranya anda pengguna Postpaid Celcom yang kurang 3 bulan langganan atau line anda pernah disekat.
      Pengguna Celcom Postpaid yang melebihi langganan 3 bulan layak mendapat telefon dengan harga diskaun secara ansuran. Bayaran ansuran telefon anda akan dibil di dalam bil postpaid anda setiap bulan.

    • 1. wassalam. lihat semula artikel di atas – telah dikemaskini. tempoh masa memang 2 tahun kecuali anda menggunakan kad kredit AmBank Group dengan pelan Easy Payment.
      2. pelan ansuran UMicro Credit telah dihentikan.
      3. bagi pelan ansuran UPackage iPhone 7 32GB – lihat jadual ini
      Pelan Ansuran UMobile UPackage

    • sy dh start byr dri bln 6 tahun lps . so mcm mne sy nk check balance lg brp sy kne byr kalo sy nk settlekn semua balance payment

      • Sekirannya anda bercadang untuk samada mematikan talian telefon anda atau untuk membuat pembayaran penuh dan berhenti daripada kontrak 24 bulan langganan, anda hanya perlu membayar penalti.

        Penalti tersebut adalah baki kepada nilai sebenar harga telefon anda semasa pembelian dilakukan. Jangan keliru dengan harga diskaun yang telah diberi kepada anda berbanding harga sebenar telefon semasa pembelian. Harga diskaun adalah lebih rendah, misalnya Harga iPhone 7 32GB semasa pembelian adalah RM2,300 tetapi harga diskaun adalah RM1,500 (contoh sahaja).

        Sekiranya anda telah membayar ansuran telefon RM88 selama 10 bulan, ianya bermakna anda telah membayar RM88 x 10 = 880. Oleh itu baki yang perlu dijelaskan adalah harga sebenar RM2,300 – RM880 = RM1,420

  10. hai nak tanya, saya dh pakau pakej u28 umobile dh dua tahun. kalau sy nak beli iphone secara ansuran saya perlu tukar ke u70? dan bape lama saya perlu pakai u70 untuk layak membeli iphone ansuran tu?

    • anda mesti ada rekod penggunaan postpaid selama 3 bulan dengan bil yang melebihi RM 70 (samada daripada telco UMobile atau drpd telco lain). jika tiada rekod tersebut, anda perlu melanggan selama 3 bulan, apa-apa pelan postpaid yang bernilai melebihi RM 70.

  11. bro ada dua soalan nak tumpang tanya,

    1) sekarang pkai plan unlimited call umobile, so klau nk beli iphone x, kena tukar plan?

    2) nak beli iphone x, kena bayar deposit dulu? and nak tanya la better ambk celcom plan atau umobile?atau ad suggestion len 🙂

    • 1. ya betul kena tukar plan – Umobile iPlan i90 dan i130 yang tak menarik tu sebab datanya terlalu sikit.

      2. lebih baik celcom sebab datanya yang banyak. Celcom First 98 Gold Plus (RM98 per month) 40GB + 100GB video walla.

      3. Banding harga iPhone X 64 GB – pelan Postpaid biasa :
      a) UMobile Plan i90 + D/payment = 3777 + 960 = 4737 bayar semasa pembelian.
      b) Celcom First 98 Gold Plus + D/payment = 3718 + 700 = 4418 bayar semasa pembelian.
      ### Kesimpulannya ### Celcom lebih murah dan banyak data.

      4. Banding harga iPhone X 64 GB – installment plan:
      a) UMobile Plan i90 = ansuran + pelan = 165 + 90 = 255 sebulan selama 24 bulan. Mesti guna kad kredit.
      b) Celcom EasyPhone First 98 = ansuran + pelan = 215 + 98 = 313 sebulan selama 24 bulan.
      – Mesti guna kad kredit bagi pelanggan Celcom Postpaid kurang 3 bulan atau Jika pengguna telah lebih 3 bulan, tidak perlu kad kredit.
      – Wajib 3 bulan deposit ansuran = 215 x 3 = 645 atau jika anda pengguna Celcom Postpaid melebihi 1 tahun, tidak perlu deposit.
      ### Kesimpulannya ### UMobile lebih murah tapi data sikit.

      Nota 1: Celcom EasyPhone di sini https://kauinsanmulia.com/2017/10/19/beli-iphone-8-iphone-7-iphone-6-bersama-celcom-easyphone/

      p/s: tapi yang paling penting, pilih coverage yang okay ditempat tinggal sebab tak guna data banyak tapi line internet slow.

  12. Hi, kenapa saya pergi ke umobile centre dia cakap mesti ada rekod penggunaan postpaid selama setahun dengan bil yang melebihi RM 70 dan tiada bayaran tertunggak barulah layak untuk mendapatkan pakej iphone?

    • Setakat hari ini 27/5/18 jam 5 petang, T&C dalam website Umobile masih sama seperti maklumat di atas.

      Kalau MNP daripada telco lain kepada uMobile, mesti bawa/print bil

        3 bulan

      sebab kelulusan bergantung kepada rekod bersih pembayaran bil, dan jumlah bulanan bil telco terdahulu mesti melebihi RM70.

      Kalau pelanggan postpaid sedia ada uMobile, uMobile memang ada rekod bil. Tapi perlu juga print, sebab uMobile center mungkin tak layan permintaan kita untuk tolong printkan bil tu.

  13. Salam. Tuan, klau nak beli iphone guna pakej umobile memang kena bayar down payment ke,wlaupun kita guna kad kredit. Contohnya down-payment 500,nanti bil bulan2 biasa 200.xboleh ke masuk skali dalam jumlah kad kredit tu.

    • 1. Wassalam. Ada ke downpayment? Setahu saya tiada. Dan saya tak jumpa mana-mana statement pasal downpayment bagi pakej Umobile UPackage.

      1. Memang ada downpayment (seperti di dalam T&C disini https://www.u.com.my/devices/instalment-plans/upackage-iphone ) tapi tidak dinyatakan berapa jumlah downpayment tersebut.

      2. Sekiramya ada downpayment, tiada masalah untuk bayar dengan kad kredit, selagi baki belum guna mencukupi untuk downpayment tersebut dan ditambah jumlah ansuran bulanan telefon x 24 bulan. Keseluruhan jumlah ansuran bulanan akan di lock daripada kad kredit anda. Pastikan baki belum guna yang ada pada kad kredit mencukupi.

  14. Jika saya ambil upackage, ip7 128gb dengan i90 setiap bulan saya perlu bayar rm186 kan? So mesti ada kad kredit dengan baki belum guna melebihi jumlah nilai pakej yang saya mahu. Maksudnya kad kredit saya perlu mempunyai baki belum guna melebihi rm186? Macam tu kah maksudnya. Maaf saya kurang faham.

    • iPhone 7 128GB bagi pelan i90 = 96 (ansuran) + 90 (iplan) = RM 186 sebulan. Jumlah yang akan di lock adalah 96 x 24 bulan = 2,304 ringgit. RM 186 x RM 24 = RM 4,464

      T&C UMobile mengatakan pakej tersebut adalah secara bundle, bermaksud ansuran bulanan telefon campur pelan iPlan. RM 4,464 akan di lock pada kad kredit anda.

    • ya betul. lihat gambar ‘how to apply’ di atas, step 3. bayar gunakan kad kredit dengan auto-debit.

  15. Berbaloi tak beli iphone dengan cara pakej plan umobile? Saya tak kisah pasal plan data cuma nak tahu berbaloi ke dari segi harga telefon iphone dengan pasaran luar

    • memang berbaloi jika membuat pembelian telefon di mana-mana telco. anda akan dapat harga murah setelah diskaun.

      Bagi UMobile, iPhone X 64GB, harganya adalah RM 152 sebulan dengan pelan i130, jumlah bayaran bulanan adalah RM 152 + RM 130 = 282 sebulan selama 24 bulan. Bermakana, jumlah harga iPhone X 64GB adalah RM 152 x 24 = RM 3648.

      Harga iPhone X 64GB tanpa pelan yang dijual di Apple Lazada adalah RM 4349.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar