Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Celcom EasyPhone™ Rent | Own 2018 : Bayaran Ansuran Bulanan Telefon Android dan iPhone

Celcom EasyPhone™ Rent | Own 2018 : Bayaran Ansuran Bulanan Telefon Android dan iPhone

/
/
/

Pada 1 hb June 2018, Celcom mengolah programnya yang popular iaitu program pemilikan telefon smartphone Android dan iPhone bersama Celcom EasyPhone™. Program ini menawarkan telefon dengan harga diskaun serta bayaran ansuran bulanan tanpa faedah kepada pelanggan baru dan pelanggan sedia ada. Hadamkan artikel ini “Celcom EasyPhone™ Rent | Own 2018 : Bayaran Ansuran Bulanan Telefon Android dan iPhone”.

  • Update pada 23/07/2018 : Syarat-syarat Kelayakan

Program Asas EasyPhone

EasyPhone Rent (sewa) – bayaran secara ansuran bulanan selama 24 bulan dan tukar telefon tersebut kepada model lain setelah habis tempoh ansuran.

EasyPhone Own (milik) – bayaran secara ansuran bulanan selama 24 bulan dan miliki telefon tersebut setelah habis tempoh ansuran.

Program Tambahan

Program EasySwitch : mana-mana pilihan EasyPhone™ samada Rent atau Own melayakkan anda untuk menukar telefon pada bila-bila masa yang anda mahu. Penukaran telefon melalui program EasySwitch menghendaki anda membayar sejumlah yuran tambahan semasa anda memohon untuk menukar telefon tersebut.

Program PhoneCare : lindungi telefon yang mahal dan masih di dalam ansuran bulanan itu daripada kecelakaan yang tidak disangka-sangkakan pada bila-bila masa. Sejumlah yuran tambahan dikenakan pada setiap bulan bagi membuang kerisauan akibat kerosakan atau kehilangan telefon kesayangan anda itu.


Syarat-Syarat Celcom EasyPhone™

Syarat-syarat kelayakan menyertai progam Celcom EasyPhone™ ada sedikit perbezaan seperti sebelum ini. Lihat jadual di bawah.

Celcom EasyPhone™ Rent | Own 2018 : Bayaran Ansuran Bulanan Telefon Android dan iPhone (23hb Julai 2018)
Celcom EasyPhone 2018 Rent | Own – Syarat Kelayakan (23hb Julai 2018)

Jumlah Ansuran Bulanan EasyPhone™ Android

Jadual di bawah adalah model-model telefon yang ada bagi program Celcom EasyPhone™ Android serta jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan (setakat 01/06/2018).

EasyPhone™ Rent (Android)
EasyPhone Rent Android Monthly Fee
EasyPhone Rent Android Monthly Fee
EasyPhone™ Own (Android)
EasyPhone Own Android Monthly Fee
EasyPhone Own Android Monthly Fee

Jumlah Ansuran Bulanan EasyPhone™ iPhone

Jadual di bawah adalah model-model telefon yang ada bagi program Celcom EasyPhone™ iPhone serta jumlah ansuran bulanan yang ditetapkan (setakat 01/06/2018).

EasyPhone™ Rent (iPhone)
EasyPhone Rent iPhone Monthly Fee
EasyPhone Rent iPhone Monthly Fee
EasyPhone™ Own (iPhone)
EasyPhone Own iPhone Monthly Fee
EasyPhone Own iPhone Monthly Fee

EasyPhone™ Rent – ‘Yuran Belian’ Sekiranya Berhajat Menyimpan Telefon Setelah Tamat Kontrak 24 Bulan

Sekiranya anda melanggan EasyPhone™ Own dan telah tamat kontrak 24 bulan langganan, telefon tersebut adalah milik anda.

Berbeza pula dengan EasyPhone™ Rent, di mana anda perlu memulangkan telefon tersebut kepada Celcom. Bagaimanapun, sekiranya berhajat untuk memiliki telefon tersebut, anda hanya perlu menjelaskan sejumlah Yuran Belian atau ‘Buyout Fee’ seperti di dalam jadual di bawah.

Yuran Belian / Buyout Fee (Android)
EasyPhone Rent Android Buyout Fee
EasyPhone Rent Android Buyout Fee
Yuran Belian / Buyout Fee (iPhone)
EasyPhone Rent iPhone Buyout Fee
EasyPhone Rent iPhone Buyout Fee

EasySwitch – ‘Yuran Naik Taraf’ Sekiranya Berhajat Menukar Telefon Baru

Anda juga layak untuk menukar atau menaik taraf kepada telefon baru pada bila-bila masa semasa anda melanggan program EasyPhone. Sejumlah yuran yang dipanggil ‘Upgrade Fee’ atau Yuran Naik Taraf dikenakan sekiranya anda berhajat menukar telefon.

Program tambahan ini dikenali sebagai EasySwitch adalah terbuka kepada semua pelanggan EasyPhone Own dan Rent. Lihat jadual di bawah.

EasySwitch – Upgrade Fee (Android)
EasySwitch Upgrade Fee for EasyPhone Own and Rent
EasySwitch Upgrade Fee for EasyPhone Own and Rent
EasySwitch – Upgrade Fee (iPhone)
EasySwitch Upgrade Fee for EasyPhone iPhone Own and Rent
EasySwitch Upgrade Fee for EasyPhone iPhone Own and Rent

Yuran Pemberhentian Kontrak 24 Bulan

Jadual di bawah menunjukkan pengiraan untuk mendapatkan jumlah yuran yang akan dikenakan sekiranya anda berhajat untuk menamatkan kontrak lebih awal daripada 24 bulan yang ditetapkan.

Formula
Formula Yuran Penamatan Kontrak 24 Bulan
* Contoh Sahaja – Lihat Cancellation Fee di Dalam Jadual Berikutnya
EasyPhone™ Android – Cancellation Fee
Cancellation Fee for EasyPhone Android
Cancellation Fee for EasyPhone Android
EasyPhone™ iPhone – Cancellation Fee
Cancellation Fee for EasyPhone iPhone
Cancellation Fee for EasyPhone iPhone

Lari Daripada Kontrak?

Terdapat kes di mana pelanggan lari daripada kontrak iaitu berhenti membayar ansuran telefon dan bil bulanan yang telah ditetapkan selama 24 bulan. Tindakan lari daripada kontrak akan mengakibatkan perkara-perkara berikut:

  1. Denda dengan jumlah seperti di dalam perenggan di atas akan dikenakan – “Yuran Pemberhentian Kontrak 24 Bulan”;
  2. Nama anda akan dimasukkan ke dalam CTOS (senarai hitam);
  3. Nombor talian telefon akan disekat;
  4. Nombor IMEI telefon akan disekat; dan
  5. Surat Mahkamah akan sampai ke rumah anda.

Celcom EasyPhone™ Rent | Own 2018 : Bayaran Ansuran Bulanan Telefon Android dan iPhone

Sila komen pendapat anda berkenaan pelan terbaru Celcom EasyPhone 2018 ini. Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

18 Comments

    • Ya betul. Bayar 3 bulan atau 6 bulan wang pendahuluan (bergantung status anda samada MNP atau kurang 12 bulan bersama celcom), ambil telefon dan terus boleh guna. Bayaran bulanan adalah Jumlah Ansuran Bulanan + Pelan Postpaid Celcom First yang anda pilih. Kontrak langganan 24 bulan.

  1. Kalau takpernh pakai celcom boleh tak terus buat permohonan ? Dan terus dapat fone ke ? Sebab kalau digi setahun. Maxiss 6bulan. Kalau celcom? Bayar utk 3bulan pertamaa terus dapat fone tak? Sebab nak jual fone lama sayang.

    • Boleh. Target program ini adalah untuk pelanggan sedia ada postpaid dan juga pelanggan MNP postpaid drpd telco lain.

      1. Bagi MNP postpaid daripada telco lain, 6 bulan upfront payment yuran ansuran telefon diperlukan. 3 bulan bil telco terdahulu juga diperlukan sebagai bukti rekod pembayaran yang cantik.
      2. Bagi pengguna prepaid, anda perlu guna celcom postpaid selama 3 bulan sebelum anda boleh mohon EasyPhone.

  2. Kalau saya guna digi lepastu nak tukar pegi postpaid celcom dan pakai pelan salah satu kat atas tu , boleh tak dapatkan handphone terus ? Kalau mcm digi kena 3bulan pakai postpaid bru boleh. Maxis 6bulan pakai postpaid bru bole beli phone ? Kalau celcom ? Byar 3bulan sekalgus dan terus dpt fon ke?

    • 1. Bagi MNP postpaid daripada telco lain, 6 bulan upfront payment yuran ansuran telefon diperlukan. 3 bulan bil telco terdahulu juga diperlukan sebagai bukti rekod pembayaran yang cantik.
2. Bagi pengguna prepaid, anda perlu guna celcom postpaid selama 3 bulan sebelum anda boleh mohon EasyPhone.

  3. Saya pengguna lama prepaid celcom. If saya bayar 3 bulan pertama sebagai upfront payment, boleh ke dapat phone dan postpaid line? Atau perlu juga tunggu 3 bulan pakai postpaid celcom.

    • Kena tunggu 3 bulan. Tujuannya kerana Celcom nak tengok rekod pembayaran bil yang cantik selama 3 bulan tu. Lepas 3 bulan melangganncelcom postpaid, barulah layak nak daftar program EasyPhone dan perlu membayar upfront payment 3 bulan ansuran telefon.

      Kalau MNP drpd Postpaid telco lain, tak perlu tunggu 3 bulan tetapi kena letak upfront payment 6 bulan ansuran telefon. DAN tetap juga kena tunjukkan bil 3 bulan terakhir dengan rekod pembayaran yang elok.

  4. Sy dh pakai postpaid celcom stahun, jdi sy kena byr 3 bulan pendahuluan ke cmne, Ada yg ckp kena pndai cri tempat pusat celcom,betul ke? Beza byr dengan dealer celcom or beli kat pusat celcom ?

    • 1. Pelanggan Celcom Postpaid melebihi 3 bulan perlu membayar upfront payment berjumlah 3 bulan ansuran telefon.

      2. Pelanggan Celcom Postpaid melebihi 12 bulan tidak perlu upfront payment KECUALI talian telefon anda pernah disekat (call barred) yang kebiasaannya disebabkan kelewatan membayar bil atau bil telefon yang telah melebihi had limit bulanan.

      3. Adalah dinasihat ke Celcom Blue Cube atau Celcom Center kerana mereka adalah pekerja Celcom. Saya ada seorang pembaca yang menghadapi masalah apabila berurusan dengan Celcom Certified Partner (mohon Device Bundle Plan tetapi diletakkan dalam pelan EasyPhone; hanya perasan kesilapan bila dapat mesej tahniah dan terima kasih daripada Celcom).

  5. so contoh kalo saya nk beli huawei mate 10, dia tulis bulanan rm 99 utk first gold, setiap bulan saya bayar rm 99 je la ehh? ke ada tambahan ?

    • RM 99 itu untuk ansuran telefon selama 24 bulan. Untuk pelan First Gold pula anda perlu bayar RM 80 sebulan selama 24 bulan. So, komitmen bulanan anda adalah RM 99 + RM 80 = RM 179 (selama 24 bulan).

  6. Jika saya ingin melanggan plan mobile oppo f9 terbaru, dan sy juga dari telco digi prepaid, boleh ke sy melanggannya dgn memiliki oppo f9 secara kontrak 24 bln.? Dan untuk melanggan plan peranti ini, apakah yg diperlukan oleh celcom store ya? Cth selain I/C… Minta penjelasan, kurang faham.

    • Program Celcom EasyPhone adalah terbuka kepada semua pelanggan Postpaid sahaja, samada daripada Telco lain atau Telco Celcom sendiri.

      1. Bagi melayakkan anda melanggan program ini, anda perlu melanggan pelan Postpaid dulu (tidak kisah samada Postpaid dengan Digi atau Celcom). Selepas 3 bulan sebagai pengguna Postpaid barulah anda layak memohon program ini.

      2. Tujuan syarat sedemikian adalah untuk melihat komitmen anda sebagai pengguna Postpaid. Celcom perlukan 3 bulan rekod penggunaan dan pembayaran bil yang baik sebelum menerima ada ke dalam program ini.

      A. Jika anda adalah pengguna Postpaid Celcom melebihi 3 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan – anda perlu membayar upfront payment yang berjumlah 3 bulan ansuran telefon.

      B. Jika anda adalah pengguna Postpaid daripada Telco lain, anda perlu membayar 6 bulan upfront payment yang berjumlah 6 bulan ansuran telefon (dan anda perlu menunjukkan 3 bulan bil terakhir sebagai bukti yang anda adalah pelanggan yang baik – tiada bil tetangguh atau sekatan panggilan).

      C. Jika anda adalah pengguna Postpaid Celcom melebihi 12 bulan, anda tidak perlu membayar upfront payment.

  7. Saya pengguna postpaid celcom sudah setahun. Tapi saya pernah dibarred august lepas. Kalau saya nak ambil handphone perlu ke saya bayar upfront payment sebab kena barred atau tidak perlu? Berapa jumlah upfront payment?

    • 1. Pengguna Celcom Postpaid melebihi 1 tahun tidak perlu Upfront Payment KECUALI jika panggilan pernah disekat di dalam tempoh 3 bulan terakhir.

      2. Jumlah Upfront Payment adalah 3 bulan nilai ansuran telefon (telefon sahaja, tidak termasuk nilai pelan Postpaid).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar