Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / CTOS dan CCRIS – Bagaimana Membuat Semakan

CTOS dan CCRIS – Bagaimana Membuat Semakan

/
/
/
CTOS dan CCRIS – Bagaimana Membuat Semakan. Kau biasa mendengar CTOS dan CCRIS bukan? Laporan daripada kedua-duanya adalah yang menentukan samada pinjaman bank atau institusi kewangan lain, lulus atau gagal. Bagaimana mahu mendapatkan laporan ini untuk melihat samada rekod kita bersih atau tidak?

Apakah CCRIS?

CCRIS diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Ia mengumpulkan informasi dan merekodkan aktiviti berkaitan kewangan setiap individu. Rekod pinjaman bank dan rekod bayaran semula pinjaman yang kau lakukan, rekod pembelian insurance dan bayaran bulanan, semuanya disimpan rapi untuk dikeluarkan kepada institusi kewangan apabila diminta. Rekod langganan syarikat telekomunikasi dan tv satellite serta langganan jalur lebar juga disimpan. Tunggakan pembayaran, saman dan notis bankrapsi juga direkodkan. Kau boleh dapatkan salinan report CCRIS ini dengan pergi sendiri ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia.

Apakah CTOS?

CTOS adalah syarikat persendirian yang menyediakan laporan yang sama seperti CCRIS. Perbezaannya adalah cara kedua-duanya mendapatkan maklumat kewangan kita. CTOS merekodkan informasi individu daripada berbagai sumber antaranya:
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Notis mahkamah daripada akhbar-akhbar.

Apakah Kegunaan CCRIS dan CTOS?

Kedua-dua laporan ini akan diguna pakai oleh syarikat-syarikat kewangan untuk menentukan samada kau gagal atau lulus semasa kau membuat pinjaman. Laporan-laporan tersebut juga diguna oleh syarikat-syarikat telekomunikasi semasa kau memohon untuk menjadi pelanggan postpaid mereka. Selain itu, permohonan jalur lebar dan juga apa sahaja perkara yang berkaitan dengan pinjaman dan langganan akan bergantung kepada laporan-laporan tersebut.

Laporan Percuma CTOS

Untuk mendapatkan Laporan Percuma CTOS, kau hanya perlu mendaftar di pautan berikut: CTOS disini Masukkan Referral Code berikut (pendaftaran melalui laman web sahaja – Terima Kasih):
CTOS dan CCRIS - Bagaimana Membuat Semakan - unique referral code
Masukkan Kod Ini
Pendaftaran juga boleh dilakukan di aplikasi mobile seperti di pautan ini:
Download daripada App Store
Download daripada App Store
Download daripada Google Play
Download daripada Google Play
Laporan percuma diberi semasa mendaftar dan seterusnya laporan-laporan percuma yang dikemaskini dua kali setahun akan di-email kepada kau.

Contoh Laporan Berbayar CTOS

Contoh laporan lengkap adalah seperti di bawah, kau juga boleh dapatkannya dengan bayaran sebanyak RM 26.50 sahaja.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar