Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Harga Telefon iPhone 7 Bersama Digi – Kemaskini

Harga Telefon iPhone 7 Bersama Digi – Kemaskini

/
/
/

Update: iPhone 8 | 8 Plus Bersama Digi Postpaid

Harga Telefon iPhone 7 Bersama Digi – Kemaskini. Digi baru-baru ini telah merombak pelan iPhone yang ditawarkan kepada pelanggannya. Cara pemilikan iPhone daripada Digi adalah sama seperti artikel sebelum ini iaitu seperti berikut:

  1. Pelan Digi Postpaid & Digi Postpaid (EPP) – harga telefon yang rendah setelah ditolak subsidi. Bayar secara tunai atau dengan kad kredit.
  2. Pelan Telefon EPP – harga telefon rendah setelah ditolak subsidi. Pilihan Telefon EPP adalah harga telefon dibayar secara ansuran bulanan.

Perbezaan pelan pemilikan telefon iPhone terbaru daripada Digi sekarang ini adalah dari segi jumlah dan nilai pelan bersama ciri-ciri yang ditawarkan.

digi11

Pelan Postpaid Digi Untuk iPhone 7 | 7 Plus


Harga Telefon iPhone 7 | 7 Plus – Pelan Digi Postpaid & Digi Postpaid (EPP)

Harga Telefon iPhone 7 | 7 Plus Bersama Pelan Digi PostpaidHarga Telefon iPhone 7 | 7 Plus Bersama Pelan Digi Postpaid

Dengan pelan Digi Postpaid (EPP), kau perlu mendahulukan pembayaran (advance payment) dengan jumlah yang bergantung kepada pelan yang kau langgan dan model iPhone yang kau mahukan.
Contoh Digi Postpaid 78 (EPP) iPhone 7 32GB di atas: 
  • Jumlah Perlu Dibayar Semasa Pembelian adalah RM 4082 (iaitu harga telefon RM 2210 dicampur bayaran pendahuluan RM 1872).
  • Bil bulanan adalah bil kad kredit iaitu RM 170.08 (RM 4082 dibahagi 24 bulan).

Contoh perbezaan pelan Digi Postpaid 78 vs Digi Postpaid 78 (EPP) bagi iPhone 7 32GB adalah:

Digi Postpaid 78  – kau akan dicas jumlah yang rendah iaitu RM2,838 masa pembelian. Kau boleh bayar tunai atau dengan kad kredit. Pembayaran dengan kad kredit tidak melayakkan kau untuk membuat ansuran bulanan atau EPP. Kalau mahu EPP, langgan Digi Postpaid 78 (EPP).

Bagus sekiranya kau ada bajet wang lebih untuk bayar harga telefon secara tunai. Setiap bulan kau perlu bayar yuran pelan Postpaid 78 sahaja iaitu RM51.83 setelah ditolak rebet bayaran pendahuluan (lihat jadual di atas).

Digi Postpaid 78 (EPP) – Kau perlukan kad kredit. Semasa pembelian, kau akan dicas jumlah keseluruhan harga iPhone (setelah subsidi) dan jumlah keseluruhan 24 bulan pelan Digi Postpaid 78. Kau layak bayar secara ansuran bulanan selama 24 bulan iaitu RM4,082/24 = RM170.08

Bagus sekiranya kau tiada wang tunai atau tidak mahu bayar secara tunai sebab ansuran bulanannya adalah tanpa faedah (0%) dan selama 24 bulan (RM170.08 sebulan).


Pelan Telefon EPP – Bersama Pelan Digi Postpaid 78 | 108 | 138

Kad kredit diperlukan untuk pakej EPP ini. Bayaran ansuran 24 bulan tanpa faedah yang diberikan kepada pelanggan untuk pakej ini, adalah ansuran untuk harga telefon sahaja. Bayaran untuk pelan Digi Postpaid adalah mengikut pelan yang kau langgan. Kontrak langganan adalah 24 bulan – lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut.

Sekiranya kad kredit kau masih mempunyai limit kredit yang tinggi, adalah dicadangkan untuk kau langgan Postpaid 78 (EPP) berbanding dengan dengan pakej di bawah, bezakan harga telefon, contohnya iPhone 7 32GB.

  • Harga Telefon untuk pelan EPP di bawah: RM115 x 24 bulan = RM2,760
  • Harga Telefon untuk pelan Digi Postpaid 78 (EPP) di atas adalah = RM2,210

EPP - Harga Telefon iPhone 7 | 7 Plus Bersama Pelan Digi PostpaidApa pandangan kau berkenaan pelan oleh Digi ni? Adakah kau sedang melanggan pelan ini atau pelan bersama Telco lain. Sila nyatakan komen kau di dalam ruangan di bawah. Sambil tu, kau juga boleh membandingkan kelebihan dan kekurangan iPhone 7 bersama pelan Digi Postpaid dengan artikel aku sebelum ni berkenaan pemilikan iPhone 7 bersama Celcom First dan MaxisOne atau U Mobile.

Adakah kau terkesan dengan reka-bentuk iPhone 7 tu, atau kau lebih rela menunggu iPhone 8 yang dijangka diumumkan sekitar September 2017?


Harga Telefon iPhone 7 Bersama Digi – Kemaskini

Jangan lupa follow blog ini di Twitter dan Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini. Sekiranya kau berminat untuk mengirimkan sebarang artikel untuk tatapan pembaca lain, pergi ke menu Hantar Artikel di atas.

Sehingga di lain masa, ketahulilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar