Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / Ini Yang Pertama Daripadaku Untuk Kau

Ini Yang Pertama Daripadaku Untuk Kau

/
/
/

Khabar baik untuk semua.

Ini sembangku yang pertama dan yang akan terpahat di atas talian, khususnya di dalam blog pertama aku ni. Aku berazam supaya dapat mencoretkan sesuatu yang diharap akan berguna kepada kau dan aku pada hari ni dan juga sehingga bila-bila masa.

Ini Yang Pertama Daripadaku Untuk Kau first blog ever kau insan muliaAku dah rangkakan berbagai kategori untuk aku sampaikan suara hati ni kepada sesiapa sahaja insan yang rajin membaca dan sememangnya aku maksudkan kau, sebab kau yang sedang membaca blog ni, Kau Insan Mulia. Jenuh mencari nama blog yang terbaik pada fikiran aku sambil macam-macam nama terlintas dalam otak ni, tapi akhirnya aku putuskan untuk guna nama ni di atas beberapa sebab yang mungkin di lain kali aku khabarkan kepada kau.

Ada apa blog ni untuk kau?

  1. Blog ni akan menghabiskan beberapa minit daripada hayat kehidupan kau kat dunia ni. Mungkin juga akan berjumlah beberapa jam sekiranya kau asyik melawat blog ni beberapa kali, jadi jangan kata aku tak peringatkan awal-awal.
  2. Blog ni akan memberi sekurang-kurangnya sedikit pengajaran atau ilmu kepada kau. Mungkin kau akan rasa seronok dengan celoteh aku ni atau tidak mustahil juga kau akan rasa bosan. Kedua-dua kemungkinan tu akan sekurang-kurangnya memberi kau sedikit pengajaran dan ilmu dan itu tidak boleh dinafikan.
  3. Blog ini akan dijadikan medan aku untuk bersembang pasal beberapa perkara yang lepas; sejarah hidup, pengalaman, kerjaya dan macam-macam lagi. Aku harap ianya boleh dijadikan tauladan atau sempadan kepada kehidupan orang lain.
  4. Blog ini juga aku akan jadikan wadah untuk kau berkongsi apa sahaja yang terlintas dalam otak kau. Aku dah wujudkan satu ruang dalam menu kat atas tu ‘Author – Contributor’ iaitu ruang khusus untuk kau kongsikan coretan atau galeri gambar atau video untuk tatapan aku dan pengunjung-pengunjung lain.

Ini Yang Pertama Daripadaku Untuk Kau

Satu bantuan permulaan yang kau boleh lalukan adalah, jangan lupa untuk follow blog ni di Twitter dan Facebook untuk artikel terkini.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia !

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar