Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / Itu Semua Wanita Bujang!

Itu Semua Wanita Bujang!

/
/
/

Aku nak khabarkan berita yang dipetik daripada akhbar pada hari Ahad lepas berkaitan bilangan wanita bujang yang semakin bertambah, Sunday Star meraikan sumbangan wanita-wanita ini terhadap pembangunan bangsa dan pertumbuhan ekonomi negara dengan artikel yang panjang lebar.

single-females-pink-chart-0502
Alasan Memilih Untuk Bujang
  • 56.5% – belum bertemu pasangan sesuai
  • 22% – kehilangan data / sebab-sebab lain
  • 11% – pilihan peribadi
  • 4.5% – kematian pasangan
  • 3% – penceraian
  • 3% – tidak berminat dengan lelaki

Dengan jumlah wanita bujang di negara ini yang semakin meningkat – melebihi tiga juta orang – kredit yang lebih sepatutnya diberikan oleh kerajaan kepada golongan ini, lapor Sunday Star. Terdapat banyak program dan bantuan kewangan untuk keluarga-keluarga dan ibu tunggal yang memang diperlukan tetapi jarang sekali kita dengar polisi daripada kerajaan untuk golongan wanita bujang.

Jadi, apa yang menariknya seperti yang dilaporkan adalah berkaitan dengan angka. 3 juta wanita bujang ini membayar cukai pendapatan berjumlah RM 3.461 bilion dalam tahun 2013 hingga 2015 – sumber daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

single-ladies-malaysian-chart-0502
Insan Paling Penting di Dalam Kehidupan Wanita Bujang

Insan paling penting:

  • ibu
  • bapa
  • adik-beradik
  • kawan-kawan

Cukai Pendapatan yang dibayar oleh wanita bujang:

  • 2013 – 259,685 orang wanita bujang – jumlah cukai dibayar RM0.966 bilion
  • 2014 – 268,453 orang wanita bujang – jumlah cukai dibayar RM1.311 bilion
  • 2015 – 294,297 orang wanita bujang – jumlah cukai dibayar RM1.184 bilion

Seorang professor daripada Universiti Sains Malaysia memberitahu bahawa menurut kajian oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekarang ini terdapat peratusan yang tinggi wanita bujang di dalam negara berbanding sedekad yang lalu. Nisbah wanita bujang kepada populasi negara telah meningkat daripada 7.8% dalam tahun 2000 kepada 10.8% peratus dalam tahun 2010.

Tidak seperti ibu tunggal, wanita bujang yang tidak mempunyai anak tidak menerima bantuan disebalik fakta yang mereka ini kebiasaannya memainkan peranan penting di dalam keluarga dan masyarakat.

Walaupun golongan ini masih minoriti, kerajaan diseru lebih sensitif kepada keperluan dan kemahuan mereka. Ambil contoh pinjaman kewangan, disebabkan mereka ini bujang maka susah untuk mendapatkan penjamin. Di dalam keadaan ini mereka akan menghadapai isu keselamatan sosial apabila mereka tidak boleh memiliki rumah tanpa terlebih dahulu mendapatkan pinjaman.

Pemikiran rakyat kebanyakan juga amat tidak betul bila menyentuh soal tanggungjawab. Hanya kerana seseorang itu belum berkahwin, bukanlah bermaksud tanggungjawab mereka tidak seberat yang sudah berkahwin. Mindset ramai orang mengatakan jika sesesorang itu bujang, merekalah yang perlu menjaga ibubapa yang telah berusia  atau adik-beradik yang kurang upaya. Tanggapan itu salah. Anak-anak tanpa mengira status perkahwinan mestilah bersama-sama memikul apa jua tanggungjawab sebagai sebuah keluarga.

Umur purata bagi perkahwinan pertama wanita di Malaysia adalah 28.6 tahun. Kebanyakan wanita berpendapat bahawa mencari calon yang sesuai adalah satu masalah. Perwatakan yang ideal bagi pasangan yang dicari adalah baik, ikhlas, bertanggungjawab dan matang.

Pada masa kini, umur minimum untuk perkawinan di Malaysia adalah 18 tahun tetapi bagi wanita Muslim adalah 16 tahun. Umur di bawah 16 tahun perlu mendapat persetujuan Mahkamah Syariah.

single-ladies-our-chart-0502
Jumlah Wanita Bujang

Berdasarkan data pada 2010, terdapat 3,106,673 wanita berumur 16 tahun dan lebih, yang belum berkahwin dan 111,729 yang lain sedang dalam proses penceraian atau sedang berpisah daripada pasangan mereka. 5,746,896 wanita pula sedang dalam perkahwinan manakala 697,058 adalah ibu tunggal.

Mereka semestinya tetap insan yang mulia, mungkin ada kisah lain di sebalik keputusan yang mereka ambil yang kita tidak tahu atau saja tidak mahu ambil tahu. Kalau kita di tempat mereka atau berdiri dengan memakai kasut mereka, apakah situasi kita sekarang ini?

Apa pandangan kau berkaitan isu ini? Komen dalam ruangan di bawah atau Hantar Artikel untuk diterbitkan di dalam blog ini.

Sila Subscribe Youtube, Follow Facebook dan Twitter untuk maklumat terkini. Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa mereka (wanita bujang itu) dan Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar