Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Jenama Smartphone Popular di Malaysia Tahun 2016

Jenama Smartphone Popular di Malaysia Tahun 2016

/
/
/

Adakah kau turut sama menyumbang kepada jumlah peratusan yang dikeluarkan ini? Menurut laporan terkini International Data Corporation (IDC), jumlah jualan smartphone yang direkodkan di Malaysia adalah lebih kurang 8.8 juta unit pada 2016, iaitu berkurangan sebanyak 5.9% berbanding tempoh masa yang sama tahun sebelumnya.

Jumlah penjualan berkurangan disebabkan beberapa faktor, bagaimanapun aktiviti penjualan yang direkodkan adalah disumbang oleh permintaan pengguna untuk menaik-taraf kepada smartphone yang lebih baik, yang secara lumrahnya dilengkapi dengan spesifikasi terkini seperti saiz memori yang lebih besar, bateri yang berkapasiti besar dan kualiti kamera yang lebih canggih dan lain-lain. Sementara itu, penjual mengalami sedikit kemerosotan dari segi keuntungan disebabkan kejatuhan matawang Ringgit berbanding Dollar Amerika.

Situasi pasaran sebegitu mendorong penjual smartphone tempatan memilih untuk menjual jenama smartphone yang mempunyai margin keuntungan lebih besar iaitu jenama yang telah menjadi semakin popular di kalangan pengguna, seperti Samsung dan jenama-jenama dari China seperti Huawei, OPPO dan Vivo. Pengguna yang mementingkan faktor bajet adalah semakin meningkat dan mereka memilih jenama-jenama alternatif yang telah menjadi popular di serata dunia.

top 5 smartphone vendor.png
5 Pengeluar Teratas Penjualan Telefon di Malaysia

Berdasarkan jadual di atas:

  • Samsung kekal berada di nombor satu kerana dipandu oleh populariti model siri Galaxy J di kalangan pengguna yang mementingkan bajet.
  • OPPO mengekalkan pertumbuhan dengan inisiatif pemasaran yang biasa dilakukannya. Ia juga memfokus kepada produk-produk utama seperti model siri F1 yang telah mendapat perhatian daripada pengguna yang gemar kepada selfie.
  • Huawei dengan model siri P9 kekal popular walaupun hampir setelah setahun di pasaran. Kamera berkembar adalah pemacu kepada pertumbuhannya kerana menjadi sebilangan kecil peranti Android dengan fungsi sebegitu yang terdapat di pasaran tempatan.
  • Asus terpinggir berbanding smartphone Android lain disebabkan inisiatif pemasaran yang tidak sehebat OPPO dan Vivo. Model Zenfone 3 kekurangan publisiti berbanding model Zenfone 2 yang dilancarkan setahun sebelumnya.
  • Apple juga bersaing hebat dengan pengeluar-pengeluar daripada smartphone Android lain dengan majoriti penjualan  iPhone adalah dengan kontrak bersama syarikat telekomunikasi tempatan.

Pada tahun 2017, IDC menjangkakan para pemborong-pemborong utama smartphone akan melaraskan model-model yang ditawarkan sebagai usaha untuk berubah kepada peranti-peranti model pertengahan dan model utama demi menjana pendapatan yang lebih baik dan kekal di dalam pasaran tempatan.  Peranti-peranti model terendah akan dibekalkan oleh jenama-jenama yang kurang popular. Daripada segi harga pula, peranti-peranti generasi baru akan dijual lebih mahal berbanding model sebelumnya disebabkan fungsi dan ciri-ciri terbaru yang diperkenalkan dan juga disebabkan oleh impak kejatuhan nilai matawang.

Apakah model smartphone tahun 2016 popular yang kau rasakan? Sila nyatakan di ruangan komen di bawah atau Hantar Artikel sekiranya kau ada artikel untuk aku siarkan di blog ini.

Lihat artikel mengenai pemilikan Apple iPhone 7 bersama Maxis, Digi, U Mobile dan Celcom.

Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

sumber : http://www.idc.com

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar