Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

Home / Kembara Sakan / Kembara ke Langkawi – Sedikit Panduan Yang Berguna

Kembara ke Langkawi – Sedikit Panduan Yang Berguna

/
/
/

Khabar baik semua.

Langkawi, Kedah sebuah pulau dengan banyak pantai untuk berkelah, pulau yang penuh daya tarikan, pulau yang dikelilingi oleh banyak pulau-pulau lain dan juga adalah sebuah pulau bebas cukai. Pulau bersejarah ni membuktikan betapa besarnya negeri Melaka sebab Ulu Melaka ada di Langkawi manakala Hilir nya di Bandar Hilir, Melaka. Kau percaya? Kembara ke Langkawi – Sedikit Panduan Yang Berguna.

Teknik berjimat adalah dengan cara berkongsi sesuatu dengan orang lain.

Banyak aktiviti berfaedah (mahupun yang tidak) boleh kau lakukan dengan menggunakan modal yang berpatutan nilainya. Antara teknik penjimatan adalah dengan berkongsi apa sahaja bersama orang lain; kongsi bersama isteri, adik beradik atau dengan kawan-kawan.

Apa yang aku kongsikan di bawah adalah itinerary kembara aku ke sana semasa suku kedua tahun 2016. Tempoh percutian ke Langkawi seelok-eloknya adalah 5 hari / 4 malam sebab banyak sebenarnya aktiviti yang boleh kau lakukan bersama keluarga atau kawan-kawan.


Hari 1

Pengangkutan

  • Grab (teksi) dari rumah
    • RM5
  • bas ke airport
    • RM20
  • kapal terbang ke Langkawi
    • RM60
  • kereta sewa dan petrol di Langkawi 4 hari / 3 malam
    • RM45 (RM180 / 4 orang)

Penginapan

  • 4 hari / 3 malam – 1 bilik 2 katil queen-size.
    • RM127.50 (RM510 / 4 orang)

Aktiviti 

  • pakej cable car
  • pantai/kolam
    • free
  • dataran helang
    • free

Hari 2

Aktiviti 

  • island hopping
  • underwater world
  • parasailing
  • jetski
  • banana
  • pantai/kolam

Hari 3

Aktiviti 

  • mangrove tour
    • RM50
  • telaga tujuh waterfall
    • free
  • shopping
    • bergantung individu
  • pantai/kolam
    • free

Hari 4

Aktiviti 

  • pantai/kolam
    • free
  • shopping
    • bergantung individu

Pengangkutan 

  • kapal terbang daripada Langkawi
    • RM60
  • bas daripada KLIA
    • RM20
  • Grab (teksi) ke rumah
    • RM5

Apa Cadangan Aku Untuk Kau?

Kehidupan kita zaman abad ke 21 sekarang ni makin lama makin sibuk tetapi pelbagai urusan ni telah dipermudahkan (sedikit-sebanyak) dengan kemajuan teknologi yang begitu canggih – terima kasih. Aku sangat-sangat recommend kepada kau untuk manfaatkan segala inovasi yang muncul saban hari untuk membuatkan urusan lebih berjalan lancar. Di bawah ni aku senaraikan yang mana aku teringat untuk kau jadikan panduan.

Buat survey secara online tentang tempat yang kau nak lawati. Bayangkan anak-anak kau bersemangat bangun pagi sebelum subuh hanya untuk melihat notis ‘Cable Car Ditutup Untuk Penyelenggaraan’ di kaunter tiket.

Sesiapa yang boleh dan pandai menambah-nambah, silakan guna ruang komen di bawah untuk memuntahkan segalanya. Kalau terasa sembang kau tu panjang berjela dan boleh jadi satu artikel, sila guna pautan yang disediakan untuk Hantar Artikel kau di sini.

1.Grab atau Uber – memudahkan kita memanggil teksi/kereta sewa untuk ke mana-mana sahaja. Anggaran kos terpapar di skrin handphone sebelum kita setuju atau tidak.

2. Tiket Bas – perjalanan dari Bus station ke KLIA / KLIA 2

3. Tiket Kapal Terbang – beli awal dapat murah, biasalah kan.

Beli tiket secara online adalah kebiasaannya lebih murah berbanding beli di kaunter. Pembelian di kaunter lebih mahal sebab nak bayar duit sewa kaunter dan bayar gaji si manis di belakang kaunter tu lah. Apa kata kau?

  • AirAsia untuk tambang perjalanan murah jika kau tidak membawa berduyun-duyun beg. Airport di KLIA 2 (perasaan kita macam berada di stesen bas lah pulak).
  • Malindo untuk tambang perjalanan murah dengan muatan percuma berat beg 30kg. Sangat berbaloi. KLIA ke Langkawi dapat snacks dan air. Airport di KLIA (rasa macam ‘kerek’ lah pulak).
  • MAS untuk sesiapa yang tak kisah harga tiket. Airport di KLIA.

4. Kereta Sewa – musim cuti sekolah harga sewanya menjadi lebih mahal. Terlalu banyak kereta sewa di sana, tidak perlu risau untuk menempah awal. Aku jamin kau akan disapa oleh agen kereta sewa sebelum kau melangkah keluar dari terminal.

  1. Penginapan – seperti biasa musim cuti sekolah atau weekend akan ada surcharge, bayaran tambahan. Trip lepas, aku pergi masa weekdays iaitu Rabu hingga Sabtu. Banyak penginapan menarik di sana tetapi aku akan setia menetap di Pantai Cenang pada setiap kembara. Pantai Cenang dengan suasana menarik di tepi pantai paling top di Langkawi dengan kedai makan dan souvenir bersepah sambil tu kita boleh bersenam mencuci mata.

Penginapan aku semasa trip tu adalah 1 Bilik Family Deluxe berharga RM171 semalam di Malibest Resort.

Kembara ke Langkawi - Sedikit Panduan Yang Berguna malibest resort family deluxe room kauinsanmulia
Bilik Family Deluxe dengan kapasiti 4 dewasa – 2 kating saiz Queen

Agoda.com | Booking.com | Hotel.com semuanya ada menjual bilik untuk kau booking dan bayar. Laman web tu semua memang ada kelebihannya, bagaimanapun jangan lupa bandingkan harga dengan resort atau hotel yang kau berkenan sebab besar kemungkinan harganya lebih murah jika tempahan dibuat terus melalui telefon atau melalui laman web resort / hotel tersebut.

malibest resort trivago compare price
Perbezaan harga daripada laman web percutian – Bandingkan dengan melayari www.Trivago.com

Aktiviti air – Jangan percaya kepada tanda harga kerana harganya adalah lebih murah sekiranya kita tawar-menawar dengan sopan. Harga yang dipaparkan mereka adalah untuk pelancong asing (aku rasa lah).

Rasanya itu sahaja yang kau patut tahu berkaitan kembara aku ke Langkawi 2016. Bab-bab aktiviti tu juga memerlukan kos, oleh sebab itu aku senaraikan link untuk kau buat survey.

Barisan pesawat Malindo Air di KLIA

Panorama di Tasik Dayang Bunting
Panorama di Tasik Dayang Bunting
Aktiviti Para-Sailing di Langkawi
Aktiviti Para-Sailing di Langkawi
Bermain jetski di waktu lewat petang di Langkawi.
Bekalan untuk orang kampung.
Adik beradik banana.
Senja di Pantai Cenang.
Malibest Resort Pool by the sea kauinsanmulia

Malibest Resort ada kolam renang di tepi pantai.


Kembara ke Langkawi – Sedikit Panduan Yang Berguna

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar