Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Kembara Krabi Thailand – Part 1/2

Kembara Krabi Thailand – Part 1/2

/
/
/

Perjalanan itu kami redah berdua sahaja, dengan azam dan nekad masing-masing menunggang motorsikal bersendirian tanpa pembonceng. Bermula jam 12 malam dalam suasana gelap gelita, berbekalkan kelengkapan minima untuk keperluan kecemasan motorsikal serta persalinan untuk 4 hari 3 malam dan berpandu-arahkan Google Maps dan signboard semata-mata.

Masing-masing tanpa pengalaman ke destinasi itu, baik melalui jalan laut, udara mahupun darat. Kisah dan cerita yang mencetuskan azam dan membakar semangat telah berulang kali dibaca dan ditonton. Hari yang ditunggu makin menjelang tiba untuk menguji ketahanan diri dan kesabaran. 805 km ke utara dari Kuala Lumpur memang tetap jaraknya dan tiada keraguan tetapi keterujaan kami adalah kepada tempoh masa perjalanan yang perlu diharungi.

Kami menunggang kenderaan pacuan roda belakang daripada kuasa enjin yang disalurkan melalui seutas rantai. Kekuatan enjin bersamaan 71 kuasa kuda diharap dapat memudah dan mempersingkatkan tempoh perjalanan. Bergerak di waktu malam pula diharap dapat mengurangkan dehidrasi dan kepenatan.

Azam?

Kisah bermula apabila masing-masing menganugerahkan diri sendiri dengan sebuah motorsikal terpakai dengan enjin bersesaran 650cc. Selepas setahun menunggang ke hulu ke hilir, perjalanan paling jauh adalah sehingga ke Pantai Songkhla di Siam. Saban masa, kami seringkali membaca cerita dan pengalaman daripada rider yang dikongsi di group Facebook dan Whatsapp. Indahnya permandangan dan manisnya pengalaman dipaparkan dalam bentuk tulisan dan gambar sebagai tatapan ahli-ahli, sambil menjadi bukti pengembaraan mereka yang semestinya mencabar.

Cabaran?

Cabaran yang sudah pasti adalah daripada diri sendiri. Perlu bersiap sedia dengan mental yang berketahanan tinggi untuk mengharungi dan mengatasi signal kepenatan yang dihantar daripada otot-otot di dalam badan ke otak penunggang. Cuaca persekitaran menyumbang kepada kelesuan, samada hujan atau panas, kedua-dua cuaca memberi kesan kepada sistem ketahanan badan. Apabila semua sel-sel otak kurang berhubung, kau akan rasa seolah-olah mahu singgah berehat di setiap perhentian dan stesen petrol yang ada di sepanjang perjalanan.

Ride Plan?

Perancangan dan persiapan adalah suatu kemestian sebelum memulakan perjalanan yang jauh, lebih-lebih lagi apabila berkenderaankan motorsikal dan destinasinya adalah di luar negara. Kapasiti tangki minyak perlu diambil kira untuk merancang lokasi-lokasi atau stesen-stesen minyak untuk refueling.

Motorsikal pula jika perlu, hendaklah dirawat terlebih dahulu supaya tidak mendatangkan masalah semasa perjalanan yang tentunya akan merosakkan segala aktiviti percutian yang kau telah rancang.

International Passport mestilah masih sah dengan minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh, bermakna pergilah perbaharui sekiranya akan tamat tempoh dalam masa kurang daripada 6 bulan. Pastikan geran motorsikal original ataupun salinan ada bersama semasa di sempadan negara. Sekiranya motorsikal yang ditunggang bukan milik kau, bawa bersama satu surat yang ditandatangani oleh pemiliknya, iaitu memberi kebenaran untuk kau gunakan ke luar negara.

Pakaian tidak perlu dibawa banyak. Pastikan seluar dan baju menunggang pergi-balik adalah seluar dan baju yang sama dan sehelai lagi seluar dan dua helai  lagi baju untuk 3 malam penginapan di destinasi. Ikutlah keselesaan kau tetapi jangan berlebihan, sebab kau hanya menunggang motorsikal bukannya menaiki lori yang membawa motorsikal. Perkara yang penting adalah setokin dan seluar dalam, bawa lebih ikut keselesaan dan fikirkan kemungkinan untuk menukar kepada yang masih kering setelah menunggang di dalam hujan.

Baju hujan adalah satu pilihan tetapi bagi aku, selagi hujan itu adalah hujan air aku redah saja tanpa baju hujan. Bagaimanapun, elakkan menunggang motorsikal di dalam hujan, itulah yang terbaik demi keselamatan semua pengguna di jalanraya. Ada masanya kau tidak boleh terlepas daripada basah kuyup terutama semasa menunggang di lebuhraya dan tiada tempat berdekatan untuk berteduh ketika hujan lebat.

Perjalanan?

Beg diikat kemas di tempat duduk belakang. Pakaian dan peralatan seperti penampal tayar bocor dan pam saiz kecil semuanya telah di muatkan di dalam beg. Power bank dan socket adapter jangan lupa pada setiap perjalanan ke luar negera – lain negara, lain pula bentuk socket-nya.

Kami menunggang dengan santai dan meredah hujan renyai-renyai beberapa kali dan kemudiannya tiba di Pekan Changlun sekitar jam 6 pagi. Memandangkan masih awal pagi (walaupun pintu sempadan telah dibuka), kami mengalas perut di warong tepi jalan sebelum pergi ke sebuah kedai berdekatan membeli insurans Thailand untuk motorsikal – Bajet < RM30.

dsc_0049
Alas perut di Changlun, Kedah.

Periksa kondisi motorsikal pada setiap perhentian supaya kerosakan awal seperti kecederaan tayar disebabkan paku dan kekeringan rantai motorsikal dapat diperbetulkan atau dirawat sebelum menyambung perjalanan.
Perjalanan yang telah dilalui adalah sejauh 470 km dan di depan ada baki sejauh 330 km. Pekan Dannok ke Krabi perjalanan yang amat meletihkan kerana terik matahari dan menunggang motorsikal di atas jalanraya sepanjang perjalanan; tiada lebuhraya. Jangkakan manusia, kenderaan dan haiwan melintas jalanraya, sama seperti di jalanraya Malaysia, jadi berhati-hatilah di jalanraya. Selepas beberapa kali berhenti untuk melepaskan lelah, kami sampai di Krabi sekitar jam 12 tengahari.

Hari pertama di Krabi

Tempoh lebih kurang 12 jam perjalanan dilalui dengan selamat tanpa sebarang masalah. Rintangan yang ditempuh hanyalah hujan renyai-renyai dan panas yang terik.

Hotel Krabi Orchid telah di tempah dan pembayaran juga dibuat awal-awal lagi. Hotel itu dipilih sebab kedudukannya di tengah bandar, ada ruang kaki lima untuk parking motorsikal dan berdekatan dengan kawasan pasar malam dan kedai 7 Eleven. Harga sebuah bilik adalah 800 Baht semalam. Selesai check-in dan memunggah beg dan peralatan ke bilik, kami bersantap di kedai makanan di sebelah hotel itu.

orchid-hotel-krabi
Alamat Krabi Orchid Hometel

Masakan apa pun akan dirasakan sedap jika perut sedang lapar. Perut yang kenyang memang syaratnya untuk tidur sebentar dengan lena bagi melepaskan kepenatan 12 jam perjalanan. Terjaga dari tidur sebelum senja, terus menuju ke Pusat Refleksologi di seberang jalan sebagai persiapan  fizikal untuk aktiviti pertama keesokan harinya.

dsc_0140
Krabi Orchid Hometel di lot tepi.

Sebelum makan malam, kami membeli tiket island hopping di sebuah agensi pelancongan di blok yang sama. Kami pilih harga yang paling murah bermakna kami akan melakukan aktiviti tersebut dengan menaiki sebuah tongkang. Itulah pakej paling murah – bajet RM60 satu orang.
Makan malam selepas itu adalah di sebuah warong di dalam kawasan pasar malam. Berbagai makanan enak boleh dipilih daripada sebilangan besar penjaja makanan halal. Bab makanan bukan bidang aku sebab aku hanya lebih suka makan apa yang aku dah pernah makan. So, dapatkan maklumat pasal makanan di Krabi di sini.

Kembara Krabi Thailand – Part 2/2 akan menyusul di lain masa. Utarakan pandangan kau di ruangan komen di bawah. Sekiranya kau ada coretan untuk tatapan kami, sila ke menu Hantar Artikel di atas.

Jangan lupa untuk Like dì Facebook dan Follow di Twitter aku untuk artikel terkini.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

Featured image: krabi-tourism.com

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar