Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Kembara Krabi Thailand – Part 2/2

Kembara Krabi Thailand – Part 2/2

/
/
/

Bangun pagi itu memang amat berat sekali rasanya hasil daripada kepenatan menunggang motorsikal dalam tempoh yang paling panjang dalam hidup ini, bagi diri aku lah. Terasa sengal pada kedua-dua bahu dan pinggang juga tidak berasa selesa.

Sejurus sahaja bersarapan pagi di kedai berhampiran, kami bergegas ke tempat berkumpul seperti yang di arahkan petang semalam, untuk menunggu van yang akan mengangkut kami ke Pantai Aonang di mana kami akan menaiki bot untuk aktiviti island hopping.

Boats for island hopping Krabi Phuket
Sebelah kanan tu adalah tongkang

Ketika sampai sahaja di sana, kelihatan beratus-ratus pelancong sedang berkumpul untuk menunggu arahan seterusnya. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diasingkan mengikut harga yang kami bayar untuk aktiviti tersebut. Bayaran sekitar RM60 seorang bermaksud, kami akan hanya menaiki sebuah tongkang iaitu pengangkutan island hopping untuk pakej yang paling murah, bersama lebih 30 pelancong lain  – ada 6 buah tongkang ke semuanya.

 

Low budget island hopping boat
Tongkang untuk island hopping- bajet rendah
Speed boat island hopping Krabi Phuket
Speed boat yang mereka naik
dsc_0120-1
Tongkang yang kami naik – 15
Island hopping destination Krabi Phuket
Salah satu destinasi island hopping

Perjalanan menaiki tongkang untuk aktiviti tersebut memang memakan masa yang lama berbanding menaiki bot laju tetapi itulah pengalaman yang harus dilalui dengan bayaran serendah itu. Dari segi harga, aku percaya bahawa harga yang dikenakan adalah berbeza di antara satu agensi dengan agensi yang lain, seperti juga aktiviti island hopping di Langkawi – lihat artikel Kembara Langkawi di pautan ini.

Island hopping Krabi Phuket
Aktiviti mandi di tengah laut
dsc_0117
Mereka beratur untuk mendapatkan makanan percuma

Walaubagaimanapun, pengalaman itulah yang paling berharga sebab seumur hidup aku itulah pertama kali menaiki tongkang – lihat artikel Pengalaman Pertama di pautan ini.

Apa yang menariknya semasa menaiki tongkang tersebut, berbagai perangai manusia aku lihat yang berpunca daripada kepenatan duduk berkerusi plastik di dalam perjalanan sambil dibuai oleh ombak dan di dalam suasana berangin tetapi tetap terasa panas terik matahari – lihat artikel Sifat vs Sikap di pautan ini.

Aku berdua menghabiskan masa di dalam tongkang dengan bermain telefon – media sosial. Perjalanan dengan tongkang di antara pulau-pulau bukanlah terlalu jauh ketengah-tengah laut Andaman, bermakna perkhidmatan telefon masih boleh digunakan. Lihat artikel Data Backpack U Mobile di pautan ini.

Aktiviti island hopping tersebut mengambil masa lebih kurang 5 jam. Jika pagi tadi kami diangkut ke pantai dengan van, kali ini diangkut pulang dengan menaiki lori yang diubah suai menjadi pengangkutan awam semacam bas. Sampai di hotel, tiada aktiviti lain yang kami lakukan, hanya persiapan mental untuk bermotorsikal semula pada keesokan harinya.

Selesai menjamu selera dan membeli sedikit souvenir untuk dibawa pulang, kami hanya bersantai sambil berehat menunggu hari esok.

Floating Market Hatyai
Floating Market Hatyai

Jam 10 pagi kami mula bermotorsikal meneruskan perjalanan tetapi bukan terus menerus pulang ke Malaysia. Kami mengambil keputusan untuk singgah bermalam di Hatyai dan makan malam di pasar terapung sebelum pulang ke rumah pada pagi keesokannya.

Bagaimana dengan pengalaman kau melancong ke negara lain? Sila coretkan di ruangan komen di bawah atau Hantar Artikel sekiranya kau ada artikel yang panjang untuk diterbitkan di dalam blog ini.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar