Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / Lagi 5 Perkara Yang Wanita Mahu

Lagi 5 Perkara Yang Wanita Mahu

/
/
/

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel sebelum ini, 5 Perkara Yang Wanita Mahu yang menyenaraikan 5 perkara yang wanita jangkakan daripada seorang lelaki. Berikut pula disenaraikan lagi 5 perkara yang wanita mahu.

lagi 5 perkara yang wanita mahu

6. Bijak

Seperti mana melihat kepada ketrampilan seseorang lelaki, wanita juga melihat kebijaksanaan sebagai sesuatu yang perlu ada pada lelaki. Memang tidak dinafikan semua lelaki mahu menjadi bijaksana tetapi kebiasaannya lelaki bijak kepada sesuatu perkara tetapi kurang bijak kepada perkara lain.

Bagi mengelakkan seseorang itu kelihatan ‘bangang’, elakkan berkata-kata pada subjek yang bukan di dalam pengetahuan. Lebih baik disyaki bodoh daripada memang sah bodoh apabila berkata-kata atau mengulas perkara yang bukan dalam bidang pengetahuan kita.

7. Semangat

Apabila wanita memikirkan untuk menghabiskan masanya dengan lelaki, mereka mahu tahu apakah seseorang lelaki itu boleh membawanya kepada kehidupan yang ‘adventure‘, penuh keseronokan, penuh pengabdian dan juga seks yang hebat. Lelaki perlu tunjukkan semangat dalam apa sahaja yang dibuat, bukan sahaja semasa bermain fantasy football tetapi juga perlu menunjukkan semangat di dalam kerja-kerja lain seperti berpersatuan, menyertai gotong royong, kerja-kerja kebajikan dan sebagainya.

8. Lucu

Lelaki tidak perlu menjadi pelawak seperti peserta MLM (Maharaja Lawak Mega) untuk memenangi hati wanita. Lucu pada seseorang wanita adalah lelaki yang boleh berkata atau berkelakuan lucu dan boleh juga menerima perbuatan atau perkataan jenaka daripada orang lain.

9. Cita-cita

Memang benar segelintir wanita mementingkan duit semata-mata tetapi tanggapan mengatakan kesemuanya bermata duitan adalah tidak berasas – masakan begitu ramai keluarga yang menerima BRIM setiap tahun. Hakikatnya wanita tertarik dengan lelaki yang berjaya di dalam kerjaya adalah disebabkan personaliti pada seseorang lelaki itu; lelaki tersebut keliharan penuh komitmen, berdisiplin, etika kerja yang tinggi – ciri ciri yang menjadikan lelaki sebagai teman sesuai, yang wanita rasa hebat.

10. Keyakinan

9 perkara-perkara sebelum ini adalah sesuatu yang kebanyakan lelaki tidak mampu penuhi kesemuanya. Seseorang lelaki akan mungkin hebat pada sesuatu perkara tetapi lemah pada perkara lain. Bagaimanapun janganlah risau!

Majoriti wanita secara konsistennya mahukan lelaki yang berkeyakinan tinggi pada apa sahaja perkara yang dilakukan.

Keyakinan adalah raja. Ia bermaksud, sekiranya seseorang lelaki itu merasakan dirinya tiada pakej sempurna kepada 9 perkara tadi tetapi ada keyakinan tinggi dalam melakukan apa sahaja, itu sudah mencukupi bagi kebanyakan wanita. Jadi, tetapkan hati dan buatlah sesuatu perkara dengan penuh keyakinan.


Lagi 5 Perkara Yang Wanita Mahu

Jangan lupa follow blog ini di Twitter dan Facebook dan Instagram dan Youtube untuk maklumat terkini. Sekiranya kau berminat untuk mengirimkan sebarang artikel untuk tatapan pembaca lain, pergi ke menu Hantar Artikel di atas.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar