Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Pilihan Memiliki iPhone 7 Bersama Digi

Pilihan Memiliki iPhone 7 Bersama Digi

/
/
/

Digi menyediakan dua cara pemilikan iPhone 7 kepada semua pelanggannya. Pilihan Memiliki iPhone 7 Bersama Digi.

  1. Pelan Digi Postpaid & Postpaid EPP – harga telefon yang rendah setelah ditolak subsidi. Bayar secara tunai atau dengan kad kredit.
  2. Pelan Telefon EPP – harga telefon rendah setelah ditolak subsidi. Pilihan Telefon EPP adalah harga telefon dibayar secara ansuran bulanan.

pelan-digi
Pelan Postpaid Digi Untuk iPhone 7 | 7 Plus

Harga iPhone 7 | 7 Plus – Pelan Digi Postpaid & Digi Postpaid EPP

plan-iphone-digi
Harga iPhone 7 | 7 Plus Bersama Pelan Postpaid Digi
Dengan Pelan Postpaid More Calls & SMS (EPP), anda perlu mendahulukan pembayaran (advance payment) dengan jumlah bergantung kepada pelan yang anda langgan. Contoh di atas: Plan Advance Payment RM1,680 + Upfront Payment RM672 adalah pelan Postpaid 98 x 24 bulan = RM2,352 dan ditambah Harga iPhone RM2,088 = RM4,440.

Contoh perbezaan pelan Postpaid 98 dan Postpaid 98 (EPP) bagi iPhone 7 32GB adalah:

Postpaid 98 – anda akan dicas jumlah yang rendah iaitu RM2,858 masa pembelian. Anda boleh bayar tunai atau dengan kad kredit. Pembayaran dengan kad kredit tidak melayakkan anda untuk membuat ansuran atau EPP. Kalau mahu EPP, langgan Postpaid 98 (EPP).

Bagus sekiranya anda ada bajet wang lebih untuk bayar harga telefon secara tunai. Setiap bulan anda perlu bayar yuran pelan Postpaid 98 sahaja iaitu RM65.92 setelah ditolak rebet bayaran pendahuluan (lihat jadual di atas).

Postpaid 98 (EPP) – And perlukan kad kredit. Semasa pembelian, anda akan dicas jumlah keseluruhan harga iPhone (setelah subsidi) dan jumlah keseluruhan 24 bulan pelan Postpaid 98. Anda layak bayar secara ansuran bulanan selama 24 bulan iaitu RM4,440/24 = RM185.

Bagus sekiranya anda tiada wang tunai atau tidak mahu bayar secara tunai sebab ansuran bulanannya adalah tanpa faedah (0%) dan selama 24 bulan (RM185 sebulan).


Pelan Telefon EPP – Bersama Pelan Digi Postpaid 98 | 148

 Kad kredit diperlukan untuk pakej EPP ini. Bayaran ansuran 24 bulan tanpa faedah diberikan kepada pelanggan.Kontrak langganan adalah 24 bulan – lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut.

Sekiranya kad kredit anda masih mempunyai limit kredit yang tinggi, adalah dicadangkan untuk anda langgan Postpaid 98 (EPP) berbanding dengan dengan pakej di bawah, bezakan harga telefon, contohnya iPhone 7 32GB.

  • Pakej di bawah: RM115 x 24 bulan = RM2,760
  • Pakej Pelan Postpaid 98 | 98 (EPP) = RM2,088
 digi-plan-epp
Harga iPhone 7 Bersama Pelan Easy Payment Plan (EPP) Digi

Apa pandangan kau berkenaan pelan oleh Digi ni? Adakah kau sedang melanggan pelan ini atau pelan bersama Telco lain. Sila nyatakan komen kau di dalam ruangan di bawah. Sambil tu, kau juga boleh membandingkan kelebihan dan kekurangannya iPhone 7 bersama pelan Digi Postpaid dengan artikel aku sebelum ni berkenaan pemilikan iPhone 7 bersama Celcom First.

Adakah kau terkesan dengan reka-bentuk iPhone 7 tu, atau kau lebih rela menunggu iPhone 8 yang dijangka diumumkan sekitar September 2017?


Pilihan Memiliki iPhone 7 Bersama Digi

Jangan lupa follow blog ini di Twitter dan Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini. Sekiranya kau berminat untuk mengirimkan sebarang artikel untuk tatapan pembaca lain, pergi ke menu Hantar Artikel di atas.

Sehingga di lain masa, ketahulilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

11 Comments

  1. saya ada tgok dlm web digi smartphone & still x fhm mcm proses utk byr bulanan . Adakah sy cuma kna byr byar unfront paymemt skali dgn pakej data or just byr pakej data saja time pembelian tu ?

  2. Ya kena bayar, cash atau kad kredit. Telco yg tak perlu bayar hanya Celcom Xpax Easyphone dan uMobile uMicroCredit, kedua-duanya guna pinjaman Aeon.

    Bagaimanapun terdapat kes di mana tiada pembaran dikenakan, tetapi hanya bagi pelanggan setia yg telah lama menggunakan postpaid telco masing-masing.

    Lebih baik dapatkan maklumat terkini di service center berdekatan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar