Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / Rawatan Terbaru Sakit Pinggang

Rawatan Terbaru Sakit Pinggang

/
/
/

The Sun Daily, hari ini telah melaporkan tentang cara rawatan pelik untuk tulang belakang yang beralih (slipped disc) daripada sebuah video yang telah viral di Facebook. Video tersebut memaparkan pesakit dengan masalah tulang belakang sedang dirawat dengan cara tulangnya diketuk-ketuk. Rawatan Terbaru Sakit Pinggang

Di dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat menggunakan marker pen dan pembaris untuk melukis garisan-garisan di belakang badan pesakit. Dia kemudiannya menggunakan pengetuk besi dan sepotong kayu yang dilapik dengan kain untuk mengetuk tulang belakang pesakit supaya kembali kepada kedudukannya.

Video tersebut yang telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook Md Rosdi Hasan (Ustaz Rosdi) pada 25 Februari lepas, telah ditonton lebih 378,000 kali. Berdasarkan post, procedure itu dilakukan untuk merawat tulang belakang yang bermasalah.

Terkejut dengan perkara tersebut, Dr Mahyuddin Mohamed yang merupakan seorang pakar bedah orthopedic daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, telah memberi amaran kepada orang awam tentang bahaya procedure rawatan dengan cara tersebut di dalam akaun Facebook beliau.

Sementara itu Ustaz Rosdi mencabar Dr Mahyuddin untuk melihat sendiri procedure yang beliau lakukan sebelum membuat andaian tentangnya. Ustaz Rosdi mendakwa bahawa pesakit-pesakitnya telah menerima rawatan pakar tetapi tidak juga pulih sebelum mereka datang kepadanya untuk mendapatkan rawatan alternatif.

Saksikan video tersebut di bawah.

‘Rawatan terbaru’ sakit pinggang


Rawatan Terbaru Sakit Pinggang

Apakah pengalaman kau dengan rawatan alternatif di dalam merawat penyakit? Sila nyatakan di ruangan komen di bawah atau Hantar Artikel sekiranya kau ada artikel untuk aku siarkan di blog ini.

Sehingga di lain masa ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar