Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Seaman – Part 2

Seaman – Part 2

/
/
/

4 pasang seluar panjang putih dan 4 helai kemeja putih sebagai uniform di samping sepasang epaulette dan 1 cap, 2 helai baju batik dan 2 pasang seluar panjang navy-blue sebagai baju prep class / outing, 2 pasang seluar pendek dan 2 helai t-shirt sukan bersama sepasang kasut sukan, 4 pasang setokin hitam dan 2 pasang setokin putih keparas lutut bersama sepasang kasut hitam, dan baju overall putih 2 pasang. Mewah tak rasa kau?

Seaman - Part 2
Bangunan Pentadbiran Akademi Laut Malaysia

Pakaian tu semua adalah untuk tempoh setahun training di ALAM dan 24 bulan seatime training di atas kapal laut.

Kisah ini adalah sambungan daripada Seaman Part 1 yang lalu. Zaman aku join ALAM, pegawai kadet dek di tempatkan di dalam dorm bangunan asrama 2 tingkat, berdekatan dengan bengkel dan berhadapan dengan tanah perkuburan Kg Tanjung Dahan. Setiap batch adalah seramai lebih kurang 60 pelatih. Pengambilan batch pelatih baru adalah setiap 6 bulan, maknanya ada satu batch senior yang sudah sedia ada semasa aku join.

Sebeban buku diterima pada hari pertama termasuklah alatan tulis, file folders, stapler dan sebagainya. Buku-buku rujukan dan buku nota setiap subjek juga diberikan kepada setiap pelatih.

Pelatih ALAM di dalam kelas pembelajaran.
Pelatih ALAM di dalam kelas pembelajaran.

Makanan dan minuman 7 kali sehari – breakfast, morning tea, lunch, afternoon tea, dinner dan supper. Bab makan memang mewah tapi tubuh badan masa tu memang sangat fit.

Ada club house, peralatan sukan laut (canoe, laser sailing, wind surfing), cafe, dewan makan, dewan perhimpunan, kolam renang, court takraw, court basketball berbumbung dan padang bola/hoki.


Aktiviti harian Isnin hingga Jumaat adalah sama kecuali beberapa perkara sedikit berbeza.

  • Jam 0600 hingga jam 0630 wajib aktiviti PT (physical training) – Selasa, Khamis dan Sabtu.
  • Jam 0730 dan jam 1730 ada assembly untuk upacara naik bendera dan turun bendera – waktu pagi dengan uniform putih dan petang dengan pakaian sukan.
  • Jam 0800 hingga jam 1600 ada kelas pembelajaran.
  • Jam 1730 petang hingga jam 1830 wajib bersukan (Isnin, Rabu dan Jumaat) – hari lain aktiviti bebas.
  • Jam 2000 hingga jam 2200 ada prep class.

Hari Sabtu pula, jam 0800 hingga 1200 ada aktiviti latihan kawad. Bermula jam 1200 hingga keseluruhan hari Ahad adalah aktiviti bebas.

Menjamu selera di Akademi Laut Malaysia
Menjamu selera di Akademi Laut Malaysia

Masa 36 jam itu lah waktu aku dan rakan lain menjalankan aktiviti-aktiviti bebas melayan hati dan keinginan masing-masing. Maklumlah waktu itu kami masih muda belaka, budak mentah lagi. Berbagai kisah yang telah menjadi sejarah hidup. Kenangannya memang manis tetapi disulami dengan rasa pahit, tawar dan masam. Hiking sekitar pantai dan kampung-kampung, sewa van ke Pantai Teluk Kemang, sewa kereta ke Langkawi, lepak kedai snooker dan kedai game (tak ada internet lagi masa tu bro), disco dan macam-macam lagi.

Apa kau akan lakukan jika hidup berjauhan ibubapa dan ada masa 36 jam setiap minggu untuk berbuat bebas apa sahaja? Cuba komen sikit kat bawah ni atau Hantar Artikel kau untuk aku terbitkan di dalam blog ini.


Training Module - Survival at Sea (Akademi Laut Malaysia)
Training Module – Survival at Sea (Akademi Laut Malaysia)

Kau perlu tahu beberapa perkara tentang Akademi Laut Malaysia.

  1. Warden asrama adalah bekas pegawai waran Tentera Laut (TLDM). Encik Yusof. Okay tapi strict gila.
  2. Instructor sukan / renang / PT adalah Jay Jay (rasanya nama Mustafa) bekas Tentera Laut juga. Garang gila.
  3. Instructor bengkel (tak ingat namanya) Garang gila.
  4. Semua instructor setiap subjek adalah foreigners, kebanyakannya bekas Captain kapal laut.
  5. Bahasa pendidikan adalah 100% Bahasa Inggeris.
  6. Buku rujukan keseluruhannya Bahasa Inggeris.
  7. Antara subjek yang diajar adalah Mathematics, English, Meteorology, Nautical Studies, Cargo Works, Ship Building dan lain-lain.
  8. Masa tu di ALAM hanya ada kursus asas Deck Cadet dan Rating (kelasi dek, engine dan catering) sahaja – tiada kursus Marine Engineering Cadet (mereka kursus di Politeknik Ungku Omar, Ipoh).
  9. Kursus Lanjutan adalah 3rd Mate, 2nd Mate dan 1st Mate serta Master Course (Captain). Mereka ni di gelar Post-Sea Student sebab mereka sudah ada pengalaman kerja di atas kapal laut.
  10. Kursus sampingan lain adalah Swimming, Fire Fighting at Sea, Personal Survival at Sea dan First Aid. Semua pelatih wajib lulus.
  11. Semasa beruniform putih atau baju batik, pergerakan ke mana-mana adalah di dalam kumpulan minimum 3 orang dan mesti berkawad, no excuse.

Kejutan budaya begitu terasa apabila pada hari pertama setelah pendaftaran masuk ke ALAM, kehidupan kau bukan lagi apa yang biasa kau lalui setiap hari sebelumnya.

Kehidupan dan perjalanan aktiviti harian tiada banyak berbeza dengan kehidupan semasa di alam persekolahan. Disiplin ketat dan nilai pengajaran di sebalik setiap aktiviti itulah yang mencorakkan sikap dan cara pemikiran aku sekarang ini. Keterasingan daripada dunia yang biasa dilalui selama 17 tahun sebelum itu, kini diganti pula dengan kehidupan ala-ala tentera secara total pada usia 18 tahun. Rambut ala komando adalah kemestian. Hujung kasut yang sentiasa berkilat – perlu di polish setiap malam. Bahasa pengantaraan yang dulunya selama 11 tahun menggunakan Bahasa Melayu kini beralih pula kepada Bahasa Inggeris. Apa kau rasa?


Seaman – Part 2

Sekiranya kau ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, gunakan ruang komen di bawah. Apa? Mahukan celoteh kau sebagai satu artikel? Guna menu di atas untuk Hantar Artikel supaya aku boleh terbitkan di dalam blog ini.

Part 3 akan menyusul dengan lanjutan peristiwa dan sejarah aku semasa latihan di Akademi Laut Malaysia. Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar