Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Seaman – Part 3

Seaman – Part 3

/
/
/

Elaun sara diri RM200 sebulan sebagai wang saku. Segala kos pendidikan, latihan dan uniform ditanggung penuh oleh MISC. Instructor yang banyak pengalaman dan terlatih. Kemudahan asas yang lengkap dan sempurna. 3 buah telefon awam (di tepi jalan) yang jarang rosak dengan barisan pelatih yang menunggu giliran. Apa lagi yang kau mahu? Seaman – Part 3.

seaman part 3Sembang ni adalah sambungan daripada kisah Seaman Part 2 yang lepas. Perjalanan hidup di Akademi Laut Malaysia dengan berbekalkan elaun RM200 sebulan bukanlah teruk sangat kalau kau berada pada zaman itu dan segala kos ditanggung oleh penaja – dalam kes aku, penaja adalah MISC. Walaupun begitu kebiasaannya memang akan habis pada setiap bulan digunakan untuk berbelanja itu dan ini. Bantuan kewangan daripada ibubapa rasanya tidak diperlukan sepanjang setahun latihan di ALAM.

Bab pelajaran adalah yang terpenting pada masa tu dan perlu diberikan penuh perhatian agar tidak tercicir berbanding rakan-rakan lain. Syukur aku mampu belajar dengan baik walaupun dengan buku dan bahasa pengantara di dalam bahasa Inggeris dengan instructor yang mempunyai accent yang berbagai. Oxford Dictionary mesti sentiasa ada sebab tiada Mr Google pada masa tu untuk memberi bantuan. Lihat hasilnya di bawah ni. Apa pandangan kau?

sijil-alam

Ilmu yang cuba diserap terasa begitu asing sekali dengan berbagai peralatan perlu dipelajari secara teori dan prakrikal.

Tahukah kau?

1. Parallel ruler – digunakan untuk chart plotting (melakar perjalanan kapal laut di atas peta).

2. Sextant – digunakan untuk membuat pengiraan lokasi kapal laut berdasarkan celestial body (matahari atau  bintang) dengan bantuan buku sifir Nautical Almanac.

3. Nautical chart – adalah peta lautan yang digunakan untuk navigasi dari satu tempat ke tempat lain.

Ketahuilah kau bahawa pembelajaran di zaman aku tu amatlah berbeza dan penuh cabaran. Kau lihat sahaja bagaimana semua ilmu di dunia ni dapat diterang dan dijelaskan melalui sumber yang teragung iaitu Youtube. Malang bagi sesiapa yang tidak menggunakan teknologi ni untuk menambah ilmu, at least.

Pendidikan amali atau praktikal juga dititik beratkan, sama pentingnya dengan ilmu teori, demi menjamin kelayakan untuk kerja di laut. Satu perkara yang terpenting di dalam setiap subjek adalah safety. Safety first, mudah sangat dipraktikkan sekiranya kita berilmu. Apa? Kat mana nak belajar? Youtube lah, jangan bertanguh-tangguh.

Di bengkel, pelajaran yang diterima adalah seperti penggunaan peralatan secara betul, do and don’t. Aku diajar bagaimana menyimpul tali untuk dibuat monkey fist, cara menggunakan staging, cara membuat berbagai simpulan tali untuk berbagai situasi dan berbagai lagi ilmu lain.

Lihat bagaimana monkey fist dilempar daripada atas dek kapal laut kepada petugas pelabuhan di atas quay. So, apa kegunaan monkey fist?

Kebolehan (bukan kemahiran) berenang adalah diperlukan sebagai seaman. Lahir sebagai anak kampung daripada desa yang agak jauh daripada sungai dan laut, kebolehan berenang tiada padaku. Kolam renang di ALAM telah menjadi saksi usaha bertungkus lumus aku untuk mencipta kebolehan itu.

Kau tahu tak?

Semasa dalam sesi latihan di dalam kolam renang ALAM, renangan gaya kuak dada (breast stroke) sahaja dibenarkan.

  • Alasan – berenang menjauhi kapal semasa kapal sedang tenggelam, banyak item daripada kapal akan timbul. Berenang secara kuak dada dapat mengelakkan kepala kita terhantuk dengan apa sahaja yang sedang terapung di depan kita.

Floating atau terapung dengan berbaring mesti dikuasai semua pelatih.

  • Alasan – ketika terapung di dalam laut menunggu bantuan (tanpa ada bot dan jaket keselamatan), kebolehan terapung secara berbaring di atas permukaan air adalah lebih relax, hanya menggunakan tenaga yang amat minimum dan dapat bertahan lebih lama.

Keyakinan terhadap diri sendiri dalam setiap perkara amatlah penting walau di mana kita berkerjaya atau pada bila-bila masa keadaan mendesak untuk kita bertindak-balas terhadap apa-apa situasi. Namun begitu, keyakinan diri sahaja tanpa usaha adalah tidak berbaloi dan usaha atau ikhtiar sahaja tanpa ilmu akan menjadikan istilah keyakinan diri itu sebagai sembang kosong semata-mata. Apa kata kau?

Setahun menuntut ilmu di Akademi Laut seperti baby yang berusia setahun. Tiada apa yang boleh dibanggakan sebagai seorang kadet kerana perjalanan seterusnya amat jauh lagi di hadapan. 24 bulan sea-time bermaksud setiap kadet perlu belayar selama 24 bulan sebelum layak untuk menduduki Latihan Lanjutan 3rd dan 2nd Mate Certificate of Competency yang dikendalikan juga oleh ALAM. Harus diingat bahawa apa yang direncanakan belum tentu akan menjadi kenyataan. Kesungguhan dan passion (minat yang amat mendalam) amat penting dalam pilihan kerjaya dan kebiasaannya passion akan mengatasi apa sahaja.

You come here by chance or by choice?

Itu adalah soalan pertama daripada Chief Mate aku yang pertama di atas kapal yang pertama, MV Bunga Kenari.

 

 

Seaman – Part 4 nanti akan mengisahkan perjalanan aku seterusnya dengan latihan di atas kapal laut untuk menimba ilmu secara amali bagi melayakkan aku bergelar pelaut atau seaman.


Seaman – Part 3

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa sememangnya Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar