Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Seaman – Part 4

Seaman – Part 4

/
/
/

Pelabuhan Selatan, Port Klang. Sejarah tercatit lagi, menambah-panjangkan lagi peristiwa di dalam kehidupan aku. Hati kecilku terasa cuak, rasa gembira bersulam sedih dan sikap keyakinanku seperti diragui oleh diriku sendiri, tatkala aku melangkahkan kaki memanjat gangway.

Sijil Deck Cadet telahku terima, begitu juga semua rakan yang  menamatkan latihan selama setahun di ALAM. Tiada yang hebat dengan kelulusan itu, seumpama hadir pra-sekolah sebelum layak untuk ke sekolah rendah. Ujian yang sebenar untuk menentukan kelayakan menjadi Pegawai Dek bukanlah berkiblatkan pendidikan awal di situ. Cabaran di depan adalah bukan calang-calang, cabaran itu bakal merungkai niat setiap individu termasuk diriku. Kelak akan terbongkar alasan sebenar aku kelaut sebagai seaman, samada kerana minat atau disebabkan peluang yang ada semata-mata.

You come here by choice or by chance? (Kau belayar ni disebabkan pilihan atau peluang?) – soalan daripada Chief Officer MV Bunga Kenari yang berasal daripada Pakistan.

Setelah selesai tanggungjawab sebagai pelajar di Akademi Laut Malaysia, penantian di kampung tidaklah begitu lama sebelum hari-hari yang ditunggu menjelang tiba. Terima kasih kepada ibubapa, sempat mereka menganjurkan kenduri doa selamat agar segalanya berjalan dengan lancar. Jauh di lubuk hatiku terasa sangat sayu ketika itu sambil berbagai andaian bermain di fikiran.

Seaman - Part 4 Telegram Malaysia
Contoh Telegram Bertarikh 6/10/88 (gambar oleh notatercicir.blogspot.com)

Terasa sangat teruja bila dipanggil melapor diri oleh MISC melalui telegram yang dihantar oleh posmen ke rumah. Nah, itulah waktunya yang ditunggu bilamana buat pertama kalinya aku akan berjauhan dengan keluarga tercinta. Perasaan dukacita dan hati yang sebak aku pendam seperti biasa kerana itu memang kemahiranku menyembunyikan apa yang aku rasa. Ibubapa dan keluarga aku tinggalkan demi mengejar sesuatu yang aku anggap sebagai cita-cita, iaitu untuk menjadi seorang pelaut yang berjaya.

Aku ke Kuala Lumpur menaiki bas express sebelum ke Wisma MISC di Jalan Conlay menaiki teksi. Selesai taklimat oleh Captain Azmi yang bertugas menguruskan hal ehwal kadet MISC, aku ke Hotel Wilayah di mana semua kadet dan kelasi ditempatkan sementara menunggu perjalanan seterusnya ke pelabuhan-pelabuhan di serata dunia.

Seaman - Part 4 Bunga Kenari KauInsanMulia
Bunga Kenari (gambar oleh shipspotting.com)

Sebagai kadet dek, aku ditugaskan berkhidmat di atas kapal laut MV Bunga Kenari, sebuah kapal yang membawa muatan kontena. Aku akan sign-on (mula kerja) di Pelabuhan Selatan, Port Klang. Awal pagi keesokannya, bersama beberapa kelasi yang sama tujuan dan maksud, kami dibawa dengan van ke pelabuhan. Rasa teramat bangga bila pertama kali dibawa masuk ke dalam kawasan pelabuhan melepasi pondok pengawal dan menyaksikan deretan kapal-kapal yang sedang berlabuh. Itulah hari yang memulakan sejarah hidupku sebagai seorang seaman.

Seaman - Part 4 Gangway KauInsanMulia
Gangway kapal laut atau tangga.

Gangway (tangga kapal) dipanjat dengan cermat bersama sebuah beg yang penuh dengan muatan keperluan untuk berkelana. International Passport dan Seaman Book diserahkan kepada agen syarikat untuk urusan imigresen dan kastam. Kedua-dua buku tersebut akan disimpan oleh pegawai kapal sepanjang tempoh pelayaran, bagi urusan imigresen dan kastam di setiap pelabuhan dan negara yang dilawati.

Menunggu di atas kapal adalah anak-anak kapal yang bakal sign-off (tamat kerja). Mereka akan menamatkan kerja dan tugasan di atas kapal MV Bunga Kenari dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Handing over procedure pun bermula di antara semua yang terlibat dengan sign-on dan sign-off. Seorang daripada kadet dek bakal menamatkan latihan 6 bulan di atas kapal manakala aku menggantikannya untuk berkhidmat bersama seorang lagi kadet dek yang sudah 3 bulan di situ.

Aku akan menginap di dalam sebuah bilik  yang lengkap dengan meja untuk menulis dan sebuah bilik air. Datang daripada keluarga yang ramai, itulah kali pertama aku akan menetap di dalam bilik sendiri untuk selama 6 bulan di atas MV Bunga Kenari.

Carta Organisasi di atas sesebuah kapal laut adalah lebih kurang seperti di dalam contoh di bawah. Kadet Dek akan berlatih di bawah kendalian Mualim 1 (Chief Officer) manakala Kadet Jurutera di bawah Masinis 1 (Chief Engineer).

Seaman Part 4 - Carta Organisasi Kau Insan Mulia
Carta Organisasi Kapal Laut (infopelaut.com)

Kapal laut MV (Motor Vessel) Bunga Kenari adalah sebuah kapal yang membawa muatan kontena sebagai kargonya. Laluan perjalanannya bermula di Pelabuhan Kelang, ke Singapura dan seterusnya ke 5 pelabuhan lain di benua Australia iaitu Fremantle, Melbourne, Adelaide, Perth dan Tasmania.

Seaman – Part 5 akan aku mula sembangkan pasal pelayaran ke setiap pelabuhan tersebut.


Seaman – Part 4

Sila coretkan komen kau di bawah ni. Sekiranya kau mahu menghantar artikel untuk diterbitkan ke dalam blog ini, sila ke menu Hantar Artikel di atas.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa sememangnya Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar