Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Seaman – Part 5

Seaman – Part 5

/
/
/

Lautan yang terbentang luas, ombak yang acap kali menghempas, cuaca yang berubah-ubah dengan pantas dan sang perut ini senang sahaja memulas-mulas apabila sang kepala menjadi mabuk tanpa ada rasa belas. Selamat datang ke dunia pelaut – mabuk laut adalah percuma dan hukumnya harus. Seaman – Part 5.

Seaman Part 5 - contoh laluan laut kauinsanmulia
Contoh laluan kapal laut. (repositioncruises.com)

4000 km jauhnya ke selatan dan dengan kelajuan sekitar 40km sejam melayari Lautan Hindi akan mengambil masa 5 hari untuk sampai ke Pelabuhan Fremantle, Perth Australia daripada Pelabuhan Keppel di Singapura.


 

Seaman Part 5 - pirate attack kauinsanmulia

Semasa menyusuri selat-selat di kepulauan Indonesia (begitu juga di selat-selat lain di dunia), rutin yang khusus akan dipraktikan untuk sebarang kemungkinan serangan daripada lanun. Rutin yang dinamakan ‘Pirate Watch’ adalah dengan menempatkan pengawasan tambahan oleh anak kapal di atas bilik kawalan (bridge) dan menerangi kawasan dek kapal dengan lampu limpah tambahan sambil Pegawai Dek yang bertugas di dalam bridge mengawasi monitor radar seperti kebiasaannya.

Kejadian rompakan kapal semasa belayar di laut atau kejadian rampasan kapal kadangkala berlaku juga walaupun dengan kawalan yang ketat oleh anak-anak kapal kerana lanun-lanun kebiasaannya lengkap dengan peralatan termasuklah senjata api. Anak-anak kapal kargo pula bukanlah dilatih untuk berperang atau berlawan, malah senjata api adalah dilarang sama sekali di atas kapal kargo bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaannya.

Seaman Part 5 berita pasal lanun kauinsanmulia
Antara berita pasal lanun yang disiar dan dilaporkan media.

Bertugas sebagai kadet dek di atas kapal kargo, sesi latihan navigasi biasanya akan dilakukan bersama Ketua Pegawai (Chief Mate / Chief Officer). Itu bermaksud, 8 jam latihan navigasi di atas bridge – 4 jam di waktu malam dan 4 jam di waktu siang.

Pada waktu-waktu tertentu, kadet dek akan diserahkan kepada Boatswain atau Bosun (supervisor kelasi dek) untuk latihan kerja-kerja di atas dek bersama dengan kelasi-kelasi. Latihan kerja di atas dek adalah sama pentingnya dengan latihan navigasi untuk memupuk sikap dan disiplin kerja yang jitu sambil mempelajari ilmu-ilmu yang tersemat di dada kelasi-kelasi. Tanggungjawab kelasi sama beratnya dengan pegawai kerana ilmu yang mereka kumpul adalah daripada pengalaman kerja yang mereka lalui – di atas dek yang terbuka dan tengah lautan yang bergelora.

Apa sebab lautan bergelora?

Angin bertiup disebabkan oleh perbezaan tekanan di antara dua atau lebih tempat. Cuaca yang panas akan menyebabkan tekanan rendah manakala cuaca sejuk menyebabkan tekanan tinggi – berbanding tekanan standard atmosfera  14.7 psi. Angin akan terhasil dan bertiup daripada tekanan tinggi kepada tekanan rendah. Angin pula bergerak melawan arah pusingan jam di Hemisfera Utara manakala mengikut arah pusingan jam di Hemisfera Selatan – faktor geografi dan hukum fizik – Coriolis Effect.

Lihat video di atas bagaimana experimen sinki air dibuat:

  1. Di atas Garisan Khatulistiwa – air terus mengalir ke bawah.
  2. Di Hemisfera Selatan – air berpusing ikut arah pusingan jam.
  3. Di Hemisfera Utara – air berpusing melawan arah pusingan jam.

Ombak terjadi kerana tiupan angin. Arus angin yang laju atau angin yang bertiup kuat akan menyebabkan tekanan atmosfera di atas permukaan air laut menjadi rendah. Akibatnya permukaan air laut akan ‘tertarik ke atas’ iaitu sama fenomena yang berlaku sekiranya kenderaan besar seperti bas atau lori yang dipandu laju memotong motorsikal kau di jalan raya (highway). Itu adalah hukum fizik. Waves atau ombak adalah akibat daripada tiupan angin yang kuat dan hasilnya adalah buih-buih putih di permukaan laut. Lihat video di bawah bila kapal laut meredah waves atau ombak (dan campuran swell atau alunan disebabkan oleh ribut taufan).

Swell atau alunan adalah kondisi permukaan laut bilamana terdapat ribut taufan dikejauhan atau disebabkan oleh gempa bumi di dasar lautan. Lihat video di bawah iaitu swell atau alunan daripada gempa bumi dasar laut di Jepun yang kemudiannya membawa tsunami. Tiada waves atau ombak (tiada buih-buih di permukaan laut – laut tenang, angin bertiup perlahan) tetapi ada swell atau alunan.

Antara tugasan paling ‘penting’ yang dilakukan oleh seorang kadet dek adalah kerja ‘sounding‘ bagi mengenalpasti kebocoran awal hull (dinding) kapal. Double hull (dinding berkembar) adalah rekaan dinding kapal yang dibuat sedemikian rupa supaya kapal tetap selamat belayar ke pelabuhan terdekat walaupun dinding di sebelah luarnya telah bocor.

Jadual kerja dan tanggungjawab pegawai-pegawai dek adalah seperti berikut:

  • 3rd Officer jam 0800-1200 dan 2000-2400
  • 2nd Officer jam 1200-1600 dan 0000-0400
  • Chief Officer jam 0400-0800 dan 1600 – 2000

Selain daripada bertugas untuk kerja navigasi kapal daripada satu pelabuhan ke pelabuhan seterusnya dengan selamat, Pegawai Dek juga melaksanakan tugas-tugas lain. Secara ringkasnya Chief Mate adalah bertanggungjawab kepada urusan kargo kapal (cargo work) yang bernilai berjuta-juta dollar dan kerja-kerja maintenance oleh kelasi kapal adalah dibawah tanggungjawabnya. 2nd Mate menguruskan chart plotting atau menetapkan laluan perjalanan kapal dari satu destinasi ke destinasi seterusnya dan ubat-ubatan di atas kapal (macam doktor). 3rd Mate pula memastikan keselamatan kapal antaranya fire-fighting equipment, life-boat / life-raft, menganjurkan fire drill dan sebagainya.

Kapten kapal pula ‘is the owner of the ship‘. Kapten bertanggungjawab kepada keseluruhan kapal dan mempunyai kata-putus kepada setiap perkara. Semua ketua department (deck, engine dan catering/steward) di atas kapal akan melapor terus kepada kapten. Kapten boleh melakukan apa sahaja atas nama keselamatan kapal dan anak-anak kapal termasuk menghantar kau balik ke kampung pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

5 hari pelayaran ditemani ombak yang menghempas membuatkan pelayaran pertamaku seperti satu penyesalan apabila mendapat mabuk laut. Kali pertama itulah aku merasakan seperti menyesal bekerja sebagai pelaut. Hanya sesiapa yang melalui pengalaman itu dan Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan orang yang mabuk laut. Hilang selera makan walaupun perut sudah kosong adalah kesannya. Aku hanya makan roti yang telah lembik setelah dicelup air, itupun setelah dipaksa oleh anak-anak kapal lain yang senior bagi mengelakkan muntah hijau – istilahnya apabila perut kosong tetapi kau muntah juga dan yang keluar tentunya bukan makanan tetapi campuran asid di dalam perut.

Mabuk laut terjadi disebabkan kekeliruan otak kita apabila menerima signal yang berbeza daripada mata, berbanding sensor equilibrium di dalam telinga. Mata memandang sesuatu objek yang tidak bergerak manakala sensor equilibrium di dalam telinga mengesan pergerakan badan disebabkan kapal yang menghayun kiri kanan dan atas bawah. Ketahanan diri daripada mabuk laut akan dicapai setelah beberapa lama melaluinya iaitu apabila otak kita telah synchronize untuk menjadikan mata kita sebagai reference (rujukan) dan bukannya sensor equilibrium di dalam telinga.

Setelah 5 hari yang mencabar jiwa dan mental, akhirnya kapal MV Bunga Kenari berlabuh di Pelabuhan Fremantle, Perth Australia.

Then everything has changed. That day I officially arrived in Australia, a Mat Saleh country with so much things to be experienced as a teenager and a sailor.


Seaman – Part 5

Apa komen kau tentang sembang aku kali ni? Sekiranya kau ada cerita apapun untuk dikongsi pembaca, sila Hantar Artikel.

Seaman Part 6 akan menyusul dengan sambungan coretan tentang sejarah hidup aku ini, sebagai pelaut suatu masa dahulu.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa  Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar