Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Pelaut Malaysia | Seaman – Part 6

Pelaut Malaysia | Seaman – Part 6

/
/
/

Berada pada kedudukan Latitude 32 darjah di Hemisfera Selatan, musim sejuk adalah pada bulan 6 dan maksudnya sambutan Krismas bagi masyarakat di benua Australia ini adalah di dalam musim panas pada bulan Disember. Bagaimanapun kejatuhan suhunya di musim sejuk tidak membawa kepada turunnya salji. Di sini aku sembang pasal pelaut Malaysia.

Kami semua yang berjumlah 24 orang adalah anak-anak kapal dari berbagai latar belakang keluarga dan sosio ekonomi, masing-masing dengan berbagai sifat tersendiri. Keutuhan hubungan sesama anak kapal amat dititik berat demi menjamin kehidupan yang harmoni untuk tempoh 6 bulan berkhidmat di atas kapal. Sebarang pertikaian akan diselesaikan segera secara professional supaya hubungan kembali erat.

Alongside

Sebaik sahaja merapati ‘pintu’ pelabuhan, pihak berkuasa pelabuhan (Port Authority) mestilah dihubungi untuk melaporkan kedudukan kapal dan mendapatkan jadual masa terkini giliran untuk berthing atau merapat ke pelabuhan. Prosedur berthing akan dibuat oleh ‘Pilot’ pelabuhan yang biasanya di hantar menggunakan bot Pilot atau helikopter sekiranya pelabuhan terlalu jauh daripada ‘pintu’nya atau ketika laut bergelora – dalam kes semacam itu, kapal pula mestilah ada helipad (kawasan helikopter mendarat).

Sekiranya waktu menunggu giliran terlalu lama, kapal akan berlabuh di kawasan laut yang disediakan (anchorage area) dengan menurunkan sauh (anchor).

Pilot pelabuhan adalah pakar kepada pelabuhan masing-masing, mereka tahu kekuatan arah arus air laut dan tindakan kerja mereka menjadikan sesebuah kapal dilindungi insurans sekiranya terjadi kemalangan semasa prosedur berthing iaitu merapat ke tepi pelabuhan dan kapal diikat dengan tali pada bollard.

Pelabuhan Fremantle di Perth Australia adalah sebuah pelabuhan seperti pelabuhan lain yang terbuka kepada kondisi laut maka dibina benteng yang di panggil water breaker untuk menghalang ombak menghempas pelabuhan secara langsung.

Fremantle Port
Pelabuhan Fremantle, Perth Australia.

Cargo Work

Sebagai pelaut, waktu kerja bagi kelasi adalah sama sahaja seperti pekerjaan lain di darat – jam 0800 hingga jam 1700 pada setiap hari kecuali kerja separuh hari Sabtu dan cuti pada hari Ahad. Rutin kerja akan berubah mengikut keadaan, cuaca dan jadual kapal berlabuh di pelabuhan.

Bagi seorang kadet dek, jadual kerja di pelabuhan adalah sama seperti jadual kerja pegawai-pegawai semasa di lautan. Setiap pegawai dek berkewajipan untuk memastikan kerja memunggah naik dan turun kontena/kargo adalah sempurna; kargo yang betul, proses yang betul dan selamat. Pegawai dek akan berurusan dengan cargo surveyor dan cargo supervisor serta agen syarikat MISC bagi memastikan kelancaran urusan loading dan unloading kargo – kontena yang betul dibawa turun atau dibawa naik ke kapal. Checklist dan update terkini setiap kontena pada pegawai dek bertugas mestilah sama dengan yang ada pada cargo supervisor pelabuhan.

Semasa kerja pemunggahan kargo yang dilakukan oleh pekerja pelabuhan menggunakan kren ship-to-shore (s-t-s) dan kren gantry, pegawai dek bertugas bertanggungjawab memastikan kapal berada pada kedudukan tegak. Water Ballast Pump digunakan untuk menyeimbang kapal dengan mengisi atau mengosongkan tangki ballast sewajarnya tetapi pada bila-bila masa keupayaan pam tersebut tidak dapat menandingi kepantasan kerja pemunggahan kargo, pegawai dek mesti bertindak menghentikan sementara operasi kargo sehingga semuanya di dalam kawalan.

Kapal MV Bunga Kenari adalah sebuah kapal kargo dengan muatan kontena. Kontena disusun dengan begitu kemas dan teratur (antaranya) dengan memastikan:

  1. Kontena untuk pelabuhan berikutnya adalah ditempatkan di bahagian atas atau di satu bahagian lain bagi memastikan kelancaran operasi.
  2. Kontena disusun dengan mengambil kira kestabilan kapal (ship stability) supaya kapal tetap stabil dan terapung walaupun dihempas ombak besar di tengah lautan bergelora.
  3. Kontena di ikat dengan rapi dengan menggunakan metal bar dan turnbuckle.
  4. Kontena yang membawa muatan sejuk atau beku mesti ditempatkan pada kedudukan dan ketinggian yang sesuai bagi memastikan kerja pengawalan suhu dan baikpulih motornya dapat dilakukan.

Shore Leave

Sesebuah kapal kontena tidak singgah lama di pelabuhan-pelabuhan kerana kerja pemunggahan kargo dilakukan oleh s-t-s dan gantry crane dengan cekap dan pantas. Tempoh masa berlabuh adalah bergantung kepada jumlah s-t-s crane yang digunakan, jumlah shift yang bertugas dan tahap keselamatan kerja kargo. Beberapa kali semasa di pelabuhan-pelabuhan di benua Australia ini, persatuan pekerja pelabuhan melakukan mogok disebabkan tidak berpuas-hati dengan faktor keselamatan dan juga isu-isu lain. Bagi sebuah kapal kontena, cuaca kurang memberi kesan kepada proses kerja kargo.

Pertama kali turun ke bandar Fremantle semasa di luar waktu bertugas adalah pengalaman yang mengujakan. Berada di benua terkecil di dunia dan di negara mat saleh amat membanggakan kami pelaut Malaysia. Semua yang dulunya hanya dilihat di kaca television, yang dirasakan mustahil untuk sampai tanpa kos yang tinggi, akhirnya menjadi kenyataan. Aku berada di luar negara tanpa sebarang kos yang aku keluarkan dan hanya berbekalkan pengalaman setahun jagung sebagai kadet dek di Akademi Laut Malaysia.

Apa Kata Kau

Bagaimana pengalaman kau pertama kali ke luar negara? Kongsi dengan aku menggunakan ruangan komen di bawah. Sekiranya kau mahu bersembang panjang, sila ke pautan Hantar Artikel untuk mengirimkan coretan kau.

Sila Subscribe Youtube, Follow Facebook atau Instagram dan Twitter untuk notifikasi artikel terkini.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar