Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Seaman – Part 7

Seaman – Part 7

/
/
/

Bohonglah kalau kata tidak teringat kampung halaman, rindu kepada ibubapa dan keluarga, mengidamkan masakan isteri dan terbayang ragam anak-anak tatkala bersendirian tanpa keluarga dan sanak saudara di tengah-tengah lautan yang terbentang luas.
Rutin harian semasa di luar waktu bertugas memang membosankan, apatah lagi jika belayar ke pelabuhan yang jaraknya bermingu-minggu daripada pelabuhan yang ditinggalkan. Contohnya pelayaran dari Port Klang ke Port of Fremantle Australia mengambil masa 6 hari, Port Klang ke Tokyo Bay 7 hari dan Port of Oregon USA ke Manila 35 hari. Tempoh masa pelayaran bergantung kepada kelajuan kapal yang bergantung kepada bentuk badan kapal yang bergantung kepada jenis muatan kargo dan juga bergantung kepada cuaca semasa pelayaran.

aero_img057
Berbagai bentuk badan badan kapal yang mempengaruhi kelajuan

Menonton movie daripada video cassette adalah kebiasaannya dan mungkin satu-satunya hiburan di waktu itu. Berada di dalam zaman yang belum seberapa canggih di abad ke 20 adalah satu pengalaman berharga kerana aku berpeluang merasai keperitan hidup, baik dari segi ekonomi mahupun teknologi.

videocassette
Video cassette

Medium yang menjadi tunjang perhubungan telekomunikasi adalah melalui satellite dan radio. Panggilan telefon satellite daripada kapal ke Malaysia di waktu itu adalah lebih kurang RM15 seminit dan digunakan ketika keperluan mendesak seperti malam sebelum sambutan Hari Raya Puasa. Data-data untuk kegunaan pelayaran kapal pula seperti carta cuaca diperolehi daripada transmisi gelombang radio dan juga satellite. Tiada telefon bimbit, apatah lagi media sosial seperti Whatsapp ataupun Facebook.

Jika cuaca tenang tanpa ombak dan alunan (waves and swell) iaitu ketika kapal belayar dengan stabil, sukan pinpong dan dan dart pula menjadi pilihan. Seingat aku aktiviti masa lapang adalah lebih kepada permainan kad iaitu aktiviti yang paling digemari kerana tiada batasan cuaca.

gymnasium_on_board
image : maritime-cruises.com
800px-majestic_swimming_pool_cph
image : wikimedia.org

Sembang kosong juga menjadi satu aktiviti sampingan dan memang sesuatu yang penting untuk disertai. Pengalaman, pengajaran dan pengetahuan am sebagai pelaut banyak aku perolehi daripada aktiviti sembang kosong sebegitu. Pelaut-pelaut yang lebih senior kebiasaannya akan berkongsi apa sahaja untuk manfaat pelaut-pelaut junior.

Terdapat juga kolam renang di dalam kapal-kapal tertentu. MV Bunga Tanjung misalnya direka dengan sebuah kolam renang di salah satu tingkat tetapi berada disebelah luar iaitu di belakang bilik penginapan. Kolam renang tersebut tidaklah sebesar mana dan layak dipanggil kolam berendam sahaja.

Ketika di pelabuhan iaitu selepas waktu bertugas, anak-anak kapal bebas turun ke darat untuk bersiar-siar. Waktu yang terhad di luar waktu tugasan tersebut kami akan gunakan sebaik-baiknya untuk bersiar-siar di sekitar bandar yang terdekat sambil membeli apa sahaja seperti barang-barang kegunaan peribadi mahupun souvenir. Peluang berada di pelabuhan juga digunakan untuk menelefon keluarga di kampung menggunakan telefon awam (card phone) dengan kadar cas panggilan yang sememangnya murah.

Bagaimana caranya kau menghabiskan masa lapang? Kongsi dengan aku menggunakan ruangan komen di bawah. Sekiranya kau mahu bersembang panjang, sila ke pautan Hantar Artikel untuk mengirimkan coretan kau.

Sila Subscribe Youtube, Follow Facebook atau Twitter untuk notifikasi artikel terkini.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar