Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Maklumat Apa Saja / Skim Perantisan (Apprenticeship)

Skim Perantisan (Apprenticeship)

/
/
/

Artikel ini Skim Perantisan (Apprenticeship), aku cedok bulat-bulat daripada laman web Human Resource Development Fund iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Program ini adalah untuk rakyat Malaysia yang berumur 16 – 30 tahun. 

OBJEKTIF

Tujuan skim ini adalah untuk meningkatkan penawaran tenaga kerja mahir untuk industri. Ini ditentukan bersama oleh PSMB serta industri yang terlibat. Skim ini juga membolehkan majikan yang berdaftar dengan PSMB terlibat secara aktif untuk menjadi majikan penaja.

KUMPULAN SASARAN

Perantis dipilih dari adalah merupakan pelajar lepasan PMR atau SPM atau pelajar yang tercicir dari aliran pendidikan.

PEMILIHAN PERANTIS

Pemilihan pelatih dilakukan melalui sesi temuduga yang dikendalikan oleh majikan dan PSMB.

KAEDAH LATIHAN

Latihan ini adalah gabungan teori dan praktikal di pusat latihan yang diluluskan dengan penekanan kepada latihan praktikal dan berstruktur iatu off-the-job di premis penyedia latihan. Kurikulum telah dibangunkan secara modular. Setelah selesai gabungan modul di pusat latihan, perantis akan menjalani latihan on-the-job di premis majikan penaja mengaplikasi latihan teori dan praktikal yang telah dipelajari di pusat latihan.

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan adalah antara 8-21 bulan bergantung kepada keperluan industri.

YURAN LATIHAN

Yuran latihan yang ditanggung akan dibayar sepenuhnya oleh PSMB.

ELAUN BULANAN

Mulai 1 April 2012, elaun perantis di bawah Skim Perantisan PSMB telah meningkat kepada RM500.00 sebulan. Kadar baru ini adalah terpakai semasa latihan off-the-job dan on-the-job bagi Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Elaun ini akan ditolak dari akaun levi majikan. Kelayakan untuk bayaran penuh elaun bergantung kepada kehadiran perantis. Perantis akan dibayar elaun penuh sebanyak RM500.00 jika kehadiran mereka mencapai 80% dan ke atas. Peruntukan ini akan dikira secara pro rata berdasarkan jumlah hari latihan jika kehadiran kurang daripada 80%.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN PENAJA

Selain daripada elaun bulanan perantis, bahan guna habis semasa latihan on-the-job, majikan penaja juga bertanggungjawab bagi perlindungan insurans perantis semasa sepanjang perlaksanaan program . Majikan penaja layak menuntut bantuan kewangan pada kadar 100% daripada kos yang dibenarkan (elaun bulanan perantis, insuran dan habis, jika berkenaan).

PENSIJILAN

Setelah tamat latihan dengan jayanya, perantis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 (berdasarkan program) oleh Jabatan Pembangunan dan Sijil Perantisan Kemahiran dikeluarkan oleh PSMB.

PROGRAM DITAWARKAN

  • Mechatronics
  • Hotel Industry
    • Module 1A (Housekeeping)
    • Module 1B (Front Office)
    • Module 2 (Food & Beverage)
    • Module 3 (Kitchen Practice)
  • Wood Based (Furniture)
  • Plastics Injection Moulding
  • Tool & Die (Mould)
  • Tool & Die (Press Tool)
  • Industrial Sewing Machine Technician
  • Multimodal Transport Operator
  • Welding Technician
  • IT Technician
  • Electrical Technician
  • QA Technician

BAGAIMANA MEMOHON (PENYEDIA LATIHAN)

  1. Daftar masuk dan lancarkan eTRiS
  2. Klik pada ‘Application’
  3. Pilih dari menu ‘Apprenticeship’
  4. Pilih ‘Apply Online Apprenticeship’ dan isi sewajarnya
  5. Pilih ‘Verify Online Application’ dan isi seawajarnya
  6. Pilih ‘Create New Training’ dan isi sewajarnya dan klik ‘submit’ untuk hantar permohonan
  7. PSMB dan majikan akan mengadakan temuduga untuk memilih calon-calon dan calon yang berjaya dikehendaki menandatangani kontrak perantisan dengan majikan.
  8. Dua (2) salinan kontrak perantisan bagi setiap pelatih yang telah diisi, ditandatangani dan dicop hendaklah dihantar kepada PSMB.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

  1. Login ke Portal HRDF dan lancarkan eTRiS.
  2. Sila klik ikon ‘Application’
  3. Pilih daripada menu dan klik ‘Claims’
  4. Pilih ‘Submit Claims with Grants – TP’
  5. Sila isikan  borang tuntutan online beserta dengan dokumen sokongan kemudian klik  ‘Submit’. Untuk penerangan lanjut sila download User Guide (External) – Section 4 (4.1)
  6. Klik disini untuk memulakan proses tuntutan

BAGAIMANA MEMOHON (CALON)

  1. Isikan borang DISINI

Skim Perantisan (Apprenticeship)

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar