Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / Wahai Calon SPM 2016, Jangan Bersedih! Masa Depan Mu Baru Saja Bermula!

Wahai Calon SPM 2016, Jangan Bersedih! Masa Depan Mu Baru Saja Bermula!

/
/
/

Wahai Calon SPM 2016, Jangan Bersedih! Masa Depan Mu Baru Saja Bermula! Apa pun keputusan yang akan kau perolehi bukanlah bermakna masa depanmu telah dipahat di atas batu; kekal selamanya. Tahniah kepada yang akan berjaya! Jangan bersedih kepada yang akan kurang berjaya ataupun yang akan gagal. Kenapa? Mari sini, biar aku sembangkan kepada kau semua.

Wahai Calon SPM 2016, Jangan Bersedih! Masa Depan Mu Baru Saja Bermula!
35% daripada 1500+ Fb Fan KIM adalah mereka yang berumur 18-24 tahun

Kepada yang kurang berjaya atau gagal

Lihat di sekeliling kau, lihat kepada mereka yang kau rasa boleh menjadi idola kau. Apa latar belakang mereka? Ada yang berjaya melalui pendidikan dan ada yang berjaya melalui kesungguhan membanting tulang semata-mata. Kedua-dua golongan itu tetap berjaya melalui cara dan haluan masing-masing.

Sekiranya kau tidak pandai semasa di alam persekolahan, gunakan peluang sekarang ini untuk menimba pengetahuan dalam bidang kemahiran.Belajarlah berniaga contohnya, atau belajar kemahiran-kemahiran lain seperti welding, mengecat, catering, menjahit dan sebagainya.

  • Tahukah kau berapa gaji seorang welder yang makan gaji bekerja dengan syarikat minyak? Cuba tanya Encik Google.
  • Tanya juga berapa gaji yang diperolehi oleh tukang cat kapal terbang dan tukang cat kapal laut.
  • Jangan lupa tanya berapa gaji kerja-kerja yang hanya menggunakan kemahiran ataupun skill.

Kepada yang berjaya

Menara gading adalah matlamat yang menjadi kebiasaan mereka yang berjaya dalam SPM. Harus diingat, belajar juga memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Selamat maju jaya dan jangan lupa kepada mereka yang terkandas di dalam pendidikan tinggi dan berapa ramai juga yang lulus cukup makan sahaja, yang akhirnya layak untuk kerja biasa-biasa saja dan gaji juga biasa-biasa saja. Sila ambil perhatian.

Kesimpulan

SPM hanyalah pencetus kepada alam pekerjaan. Memanglah tidak kira umur berapa pun, kita boleh mengubah nasib kita sendiri tetapi alangkah bagusnya jika sejak di usia muda lagi (lingkungan umur 25 tahun) kau telah nampak ke mana hala tuju kehidupan kau di dunia yang fana ini.

Oleh itu, gunakan 4-5 tahun daripada sekarang untuk mencorak hala tuju kau, samada kau:

  • cemerlang di menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang hebat dengan gaji yang besar; atau
  • mendapatkan kemahiran (IKM, Kolej Komuniti, IKBN dan lain-lain) dan mula bersaing dengan orang lain dari segi kemahiran dan jadikan kemahiran sebagai aset untuk berniaga atau untuk mendapatkan imbuhan yang besar; atau
  • kau mendapatkan kemahiran secara terus dengan belajar bagaimana berniaga kecil-kecilan dan seterusnya mengembangkan perniagaan; atau
  • kau belajar mengusahakan bidang pertanian dan penternakan yang memang satu sektor yang lumayan; atau
  • lain-lain perkara yang kau boleh dapatkan daripada abang, kakak dan makcik pakcik di luar sana.

Aku berharap agar artikel ini mendapat komen-komen daripada abang, kakak, pakcik dan makcik di dalam blog KIM ini untuk mengutarakan pandangan dan pengalaman kepada adik-adik dan anak-anak yang akan menuntut keputusan SPM – peperiksaan yang paling besar di dalam hidup mereka sekarang ini.

Segala pandangan boleh dibuat di ruangan komen di bawah.


Wahai Calon SPM 2016, Jangan Bersedih! Masa Depan Mu Baru Saja Bermula!

Jangan lupa follow blog ini di Twitter dan Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini. Sekiranya kau berminat untuk mengirimkan sebarang artikel untuk tatapan pembaca lain, pergi ke menu Hantar Artikel di atas.

Sehingga di lain masa, ketahuilah bahawa Kau Insan Mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar