Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / 3 Kisah Yang Ada Di Dalam Dinding Bukumuka | Facebook

3 Kisah Yang Ada Di Dalam Dinding Bukumuka | Facebook

/
/
/

Kau sedang membaca satu post di Bukumuka lalu tertarik dengan cerita yang penuh mistik lagi luarbiasa. Sejurus membacanya, kau terasa seperti keimanan kau bertambah dan benarlah segala yang dianuti dan diimani selama ini. “Padan mukanya, rasakan balasan Tuhan yang datang tanpa mungkir”, bisik suara hati.

Facebook penuh dengan warna-warni teks, gambar dan video, juga penuh dengan kisah suka duka, pengajaran dan nasihat. Apa sahaja kisah yang berlaku di dunia ini, tanpa tapisan dimuatkan dengan gigihnya oleh para pengguna ke Bukumuka di halaman dindingnya. Apa yang aku coretkan di bawah adalah beberapa kisah yang aku yakin dialami oleh ramai pengguna samada pengguna tegar atau pengguna sekali-sekala Bukumuka dewasa ini.

Kisah 1 – Menambah Pendapatan dan Memperdaya Pembaca

Berbagai alasan menjadi dakwaan si tukang pos dengan hashtag yang kreatif lagi memikat. Kebanyakan artikel tersebut datang daripada blog-blog persendirian yang kemudiannya dikirim ke dinding Facebook Fanpage seperti artikel aku ini.

‘Sebagai renungan’, ‘sebagai iktibar’, ‘untuk para gadis’, ‘lihat apa terjadi bila…’ dan bermacam-macam frasa dipersembahkan untuk memancing minat kau. Paling sedih adalah tajuk-tajuk misleading seperti “Lihat apa terjadi apabila si suami pulang ke rumah dan melihat isteri ….”. Setelah dibaca dan terklik berbagai iklan yang dipaparkan tanpa henti, rupa-rupanya “….. mengupas kelapa dengan parang pusaka arwah ayahnya. Si suami pun sangatlah berdukacita lalu memarahi isterinya sambil menyarung kembali satu-satunya harta peninggalan arwah ayahnya”.

Di dalam senario di atas, kau sebenarnya telah tertipu dengan Tajuk Artikel, tetapi sekurang-kurangnya dapat jugalah sedikit pengajaran daripada kisah itu – jangan guna parang pusaka ketika mengupas kelapa. Si blogger pemilik blog tersebut pula, beroleh untung beberapa sen atau dollar USD kerana kau telah berkali-kali terklik tanpa sengaja kepada iklan di dalam artikelnya tadi.

Kisah 2 – Membesarkan Tuhan dan Memfitnah Makhluk

Menghayati kehidupan dan mengambil peduli persekitaran dunia yang luas ini adalah amalan terpuji. Kau terpesona dengan keindahan alam ciptaan Tuhan yang dipotretkan di dalam gambar yang dikongsi di dinding Bukumuka hingga lidah kau tidak putus-putus memuji kebesaran Ilahi. Kau scroll lagi ke bawah dan ternampak satu post yang disertai dua gambar dengan caption ‘Sebelum’ dan ‘Selepas’.

Tanpa berlengah-lengah, kau pun terus klik Share untuk berkongsi menjadikannya tatapan Friends and Follower. Sejurus selepas share, kau terasa seperti keimanan sedang meningkat tinggi dan menyakini bahawa benarlah segala yang dianuti dan diimani selama ini. “Padan mukanya, rasakan balasan Tuhan yang datang tanpa mungkir”, bisik suara hati.

Sebenarnya Lelaki Ini Menderita Tumor
Sebenarnya Lelaki Ini Menderita Tumor (sumber: https://www.oddee.com/item_96597.aspx)

Di dalam senario di atas, penyebaran fitnah pun berlaku walaupun tanpa lidah yang mengungkapinya. Jari-jemari kau yang sehebat keyboard warrior di alam maya, laju saja menekan Share kepada apa sahaja yang sensasi tanpa selidik dan bukti. Fuyoo! Terasa seperti seorang mujahid memperjuangkan agama padahal berita disebar fitnah belaka, merosakkan peribadi orang lain malah menggugat ketenteram hidup bertolak ansur di antara berbilang kaum dan agama.

Kisah 3 – Berlipur Lara Menggunakan Nabi dan Tuhan

Semua manusia yang percaya kepada kewujudan Tuhan mahu ke syurga dengan berbuat amal baik di dunia ini. Semua agama mengajarkan panduan-panduan untuk menempah tempat di syurga dan Islam mewajibkan kepada pegangan, amalan dan keyakinan kepada setiap ayat Al Quran sambil menjadikan Hadis sahih sebagai panduan.

Lalu, siapa yang tergamak mahu berkata-kata seperti di bawah ini?

Begitu hebatnya seorang manusia ini sehingga Tuhan berbisik kepadanya walhal wahyu diturunkan kepada nabi s.a.w pun melalui malaikatNya Jibril a.s. dan tidak disangkal kehebatan bayi di bawah sehingga kononnya Allah bersembang dan menjanjikan bayi itu dengan malaikat yang akan melindungi dengan taruhan jiwanya – manakala nabi s.a.w patah gigi dalam peperangan Uhud.

Siapa Tu Yang Berbisik Kepada Kau?
Siapa Tu Yang Berbisik Kepada Kau?
Hikayat Pak Pandir ke Ni?
Hikayat Pak Pandir ke Ni?

Demikianlah manusia yang tergamak mereka-cipta perkara-perkara yang nampak sensasi dan berbagai berita palsu. Kau tahu apa tujuan mereka? Demi ribuan/jutaan share dan likes serta imbuhan duit daripada iklan-iklan.

Apa komen kau berkaitan kisah-kisah ini. Sekiranya kau ada cerita menarik untuk dikongsi bersama-sama, sila Hantar Artikel.

Follow aku di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Sememangnya kau insan mulia.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar