Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Benar atau Palsu / Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1

/
/
/

Antara topik hangat yang dibincangkan di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah bentuk muka bumi, samada ianya bulat seperti bola (globe) atau mendatar seperti hamparan permaidani sambil dikelilingi dan disempadani oleh ais (Antartika). Mari hayati artikel ini “Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1”.

Setiap orang tertakluk kepada pemikiran dan kepercayaan diri sendiri dalam apa sahaja, baik di dalam hal politik mahupun pegangan akidah beragama. Membaca dan menilai serta mengkaji apa sahaja sangat digalakkan agar minda tidak terkongkong dengan sesuatu idea tertentu sehingga menutup kebijaksanaan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan dalam memilih untuk mempercayai sesuatu, samada untuk menyakini ianya hak (benar) atau batil (palsu).” – Perintih KIM

1. Objek-objek di horizon atau ufuk atau kaki langit sentiasa dilihat rata (tidak melengkung dan tidak juga senget ke belakang) walaupun anda berpusing 360 darjah dan walaupun anda melihatnya daripada mana-mana ketinggian. Semua gambar dan video daripada belon, roket, kapal terbang dan dron amatur menunjukkan horizon yang rata walaupun pada ketinggian melebihi 20 batu atau 105,000 kaki atau 32 km. Hanya NASA (National Aeronautics and Space Administration) dan agensi angkasa lepas kerajaan sahaja yang menunjukkan horizon yang melengkung di dalam gambar dan video CGI (computer-generated imagery) mereka.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Semua horizon adalah ‘horizontal’ daripada ketinggian mana sekalipun.

2. Horizon atau ufuk atau kaki langit sentiasa pada paras ketinggian mata, jadi anda tidak akan sesekali terpaksa menjenguk ke bawah untuk melihat horizon. Sekiranya Bumi adalah bulat (sebesar mana sekalipun), anda mesti menjenguk ke bawah kerana paras posisi horizon akan kekal tidak berubah.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Semua kaki langit (horizon) adalah rata (horizontal) walau daripada ketinggian apa sekalipun. (Horizon is always horizontal and it is not called Curvature).

3. Fizik semulajadi air akan mengalir ketempat terendah dan bertakung rata. Sekiranya Bumi adalah bulat (dan sedikit condong 23.5 darjah, berputar selaju 1,000 batu/jam (1,600 km/jam) dan bergerak menerjah angkasa sepantas 67,000 batu sejam (107,000 km/jam), maka air tidak akan bertakung rata sambil permukaannya yang tenang. Oleh kerana Bumi adalah hakikatnya rata atau mendatar, maka sifat cecair untuk kekal bertakung rata sangat konsisten dengan pengalaman hidup seharian dan akal fikiran manusia.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Air bertakung yang sentiasa tenang dan rata di permukaan bumi.

4. Air sungai mengalir ke tempat rendah menuju ke laut atau tasik mencari tempat yang rendah (sea-level) melalui jalan mudah baginya, ke Utara, Selatan, Timur dan Barat dan ke semua arah, pada setiap masa. Sekiranya Bumi ini bulat, banyak sungai akan mengalir ke atas atau ke tempat lebih tinggi (up-hill), misalnya Sungai Mississippi yang sepanjang 3,000 batu (4,828 km) akan terpaksa mengalir 11 batu (18 km) melengkung ke atas mengikut permukaan Bumi bulat, sebelum sampai ke Teluk Mexico.

5. Satu bahagian daripada Sungai Nile mengalir melengkung mengikut permukaan Bumi bulat, sejauh 1,000 batu (1600 km), iaitu mengalir ke tempat lebih yang hanya 1 kaki (0.3 meter) lebih rendah. Sebahagian daripada sungai-sungai di West African Congo, menurut kecondongan dan pergerakan Bumi bulat, akan kadang-kadang mengalir ke atas (up-hill) dan kadang-kadang mengalir ke bawah (down-hill). Itulah juga yang akan berlaku kepada Sungai Parana, Paraguay dan sungai-sungai lain yang panjang.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Adakah air Sungai Nil mengalir melengkung daripada A ke B? Air sungai sepatutnya mengalir daripada tempat tinggi ke tempat rendah.

6. Sekiranya Bumi adalah bulat dengan ukur lilitnya 25,000 batu (40,234 km) seperti yang didakwa oleh NASA dan ahli astronomi moden, maka ‘trigonometry spherical’ menyatakan bahawa permukaan bumi (dan juga lautan) akan melengkung ke bawah pada kadar 8 inci bagi setiap batu didarab dengan gandaan kuasa dua bagi jarak. Ianya bermaksud bahawa, sebuah terusan air sepanjang 6 batu, permukaan bumi akan melengkung 6 kaki ke arah hulu terusan dan 6 kaki lagi ke arah hilirnya. Rekod menunjukkan pada setiap kali experimen ini dilakukan, tiada lengkungan yang dilihat dan permukaan bumi dan air tetap rata.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Formula Lengkungan Permukaan Bulat atau Sfera.

7. Surveyor, jurutera dan arkitek tidak sesekali mengambil kisah kepada permukaan bumi yang dikatakan melengkung kerana mereka tahu bahawa ianya adalah rata. Terusan, landasan keretapi, jambatan dan terowong adalah sentiasa dibuat rata dan mendatar beratus-ratus batu tanpa mengambil kira apa-apa lengkungan pada permukaan bumi.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Landasan keretapi yang lurus mendatar dan rata.

8. Terusan Suez yang menghubungkan laut Mediterranean dengan Laut Metah adalah sepanjang 100 batu tanpa ada sekatan yang menghalang pengaliran air di antara 2 laut tersebut. Semasa ianya dibina, lengkungan permukaan Bumi tidak dikisahkan langsung. Ianya digali secara mendatar sedalam 26 kaki di bawah paras air laut (sea-level), merentasi beberapa tasik di antara 2 laut (Laut Mediterranean dan Laut Merah), dengan permukaan air laut selari di sepanjang 1oo batu terusan tersebut.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Terusan Suez yang lurus dan permukaan airnya yang sentiasa mendatar rata. (Water level is always level and it is not called water curve).

9. Seorang jurutera, W. Winckler dilaporkan berkata di dalam majalah Earth Review Bulan Oktober 1893 mengenai lengkungan permukaan bumi, “Sebagai seorang jurutera yang bekerja bertahun-tahun, saya hanya melihat formula pelik ini hanya di dalam buku sekolah…”

“As an engineer of many years standing, I saw that this absurd allowance is only permitted in school books. No engineer would dream of allowing anything of the kind. I have projected many miles of railways and many more of canals and the allowance has not even been thought of, much less allowed for. This allowance for curvature means this – that it is 8” for the first mile of a canal, and increasing at the ratio by the square of the distance in miles; thus a small navigable canal for boats, say 30 miles long, will have, by the above rule an allowance for curvature of 600 feet. Think of that and then please credit engineers as not being quite such fools. Nothing of the sort is allowed. We no more think of allowing 600 feet for a line of 30 miles of railway or canal, than of wasting our time trying to square the circle”

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Landasan keretapi yang sentiasa rata hingga bukit dipotong dan terowong dibina semasa pembinaannya.

10. Landasan keretapi ‘London and Nortwestern Railway’ membentuk 180 batu (290 km) garisan lurus di antara London dan Liverpool. Stesen Birmingham yang terletak di antaranya adalah pada kedudukan 240 kaki (73 meter) di atas paras laut. Sekiranya bumi ini bulat dan permukaan bumi ini melengkung, maka stesen Birmingham tersebut adalah pada paras ketinggian 5,400 kaki (1,646 meter) di atas London dan Liverpool.

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Lokasi dan rekabentuk rumah dari jarak 50 kaki.
Adakah Bumi Ini Rata Mendatar atau Bulat? Part 1
Pantai / batu, tingkat 1 dan 2 masih jelas kelihatan pada jarak 4.4 batu. Sepatutnya persekitaran rumah tersebut telah tenggelam 12.9 kaki sekiranya bentuk muka bumi ini melengkung.

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar