Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Benar atau Palsu / Adakah Bumi Ini Rata Mendatar Atau Bulat? Part 3

Adakah Bumi Ini Rata Mendatar Atau Bulat? Part 3

/
/
/

Bahagian ketiga ini “Adakah Bumi Ini Rata Mendatar Atau Bulat? Part 3”, turut memaparkan hujah-hujah pihak yang berpandangan bahawa bumi ini mendatar rata dan bukannya berbentuk bulat seperti bola atau sfera.

Setiap orang tertakluk kepada pemikiran dan kepercayaan diri sendiri dalam apa sahaja, baik di dalam hal politik mahupun pegangan akidah beragama. Membaca dan menilai serta mengkaji apa sahaja sangat digalakkan agar minda tidak terkongkong dengan sesuatu idea tertentu sehingga menutup kebijaksanaan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan dalam memilih untuk mempercayai sesuatu, samada untuk menyakini ianya hak (benar) atau batil (palsu).” – Perintih KIM

21. Jarak di antara matahari dan Bumi dikatakan sejauh lebih 93,000,000 batu (152,000,000 km). Fikirkan bagaimana dengan jarak matahari sebegitu jauh boleh memberi kesan panas di dalam sekitar bulan Jun kepada penduduk di sebelah atas garisan Khatulistiwa, tetapi Benua Antartika di Selatan yang hanya 4,000 batu atau 0.00004% lebih jauh daripada matahari sebegitu sejuk dengan suhu jauh di bawah takat beku 0 darjah Celcius.

Matahari dikatakan sejauh 93,000,000 batu jauhnya daripada bumi.
Matahari dikatakan sejauh 93,000,000 batu jauhnya daripada bumi.

22. Suhu purata di Antartika adalah lebih kurang -57° F (-49° C) manakala purata suhu di Artik adalah sekitar 4° F (-15° C). Sekiranya Bumi ini bulat seperti bola, sedikit senget 23.5° berpusing 24 jam sehari dan mengelilingi bumi 365 hari setahun, tiada penjelasan yang masuk akal bagi perbezaan ketara suhu di antara Artik dan Antartika.

23. Iceland pada kedudukan Latitud 65° Utara menampung 870 spesis tumbuhan (dan berbagai spesis kehidupan) berbanding Isle of Georgia yang hanya di kedudukan Latitud 54° Selatan tetapi menampung 18 spesis tumbuhan (dan hampir tiada spesis kehidupan).

24. (Pada kedudukan Latitud yang sama di Utara dan Selatan Khatulistiwa) Hari siang pada musim panas di Hemesfera Utara adalah lebih panjang daripada hari siang pada musim panas di Hemesfera Selatan. Hari siang pada musim sejuk di Hemesfera Utara adalah lebih pendek daripada hari siang pada musim sejuk di Hemesfera Selatan.

Jarak antara Khatulistiwa (Equator) dan Artic Circle dan Antartic Circle hanyalah lebih kurang 4000 batu, iaitu hanya 0.00004% daripada jarak Bumi dengan matahari. Apakah perbezaan tersebut boleh memberi kesan ketara kepada perbezaan suhu di antara Artic Circle, Equator dan Antartic Circle?
Jarak antara Khatulistiwa (Equator) dan Artic Circle dan Antartic Circle hanyalah lebih kurang 4000 batu, iaitu hanya 0.00004% daripada jarak Bumi dengan matahari. Apakah perbezaan tersebut boleh memberi kesan ketara kepada perbezaan suhu di antara Artic Circle, Equator dan Antartic Circle?

Sekiranya Bumi ini bulat, tiada perbezaan di antara kedua-dua hemesfera Utara dan Selatan kerana Bumi dikatakan kekal condong dan tidak berubah pada 23.5° manakala kadar putaran Bumi kekal sama dan tidak berubah pada kelajuan 1000 batu sejam (1,600 km/jam).

25. The Royal Belgian Geographical Society di dalam rencana ‘Expedition Antarctique Belge’ melaporkan setelah menjelajah ke Benua Antartika, bermula pada Latitud 71° Selatan di dalam musim sejuk di sana, matahari telah terbenam pada 17 hb May dan kekal terbenam dan hanya terbit semula pada 21hb Julai. Laporan ini amatlah janggal sekiranya Bumi ini adalah bulat atau sfera tetapi ianya amat bertepatan dengan bentuk muka Bumi rata mendatar.

26. Ujikaji yang dijalankan oleh Samuel Rowbotham di Old Bedford Level membuktikan bahawa Bumi adalah rata mendatar. Beliau meneropong (ketinggian 8 inci daripada paras permukaaan air terusan) ke arah sampan rakannya yang berada 6 batu jauhnya dan dapat melihat keseluruhan bentuk sampan dan juga rakannya. Sekiranya Bumi adalah bulat seperti bola, kedudukan sampan rakannya akan tersorok 15.2 kaki di sebalik lengkungan Bumi.

Ketinggian 8 inci, kejauhan 6 batu. Sampan masih jelas kelihatan.
Ketinggian 8 inci, kejauhan 6 batu. Sampan masih jelas kelihatan.

Ujikaji kedua yang dijalankan oleh Samuel Rowbotham di Old Bedford Level membuktikan bahawa Bumi adalah rata mendatar. Beliau memacakkan bendera di kaki air sepanjang 6 batu (1 bendera pada setiap batu) dan mula meneropong. Semua bendera terebut jelas kelihatan. Sekiranya Bumi adalah bulat, bendera-bendera akan kelihatan tenggelam dan tersorok di belakang lengkungan Bumi.

Semua bendera jelas kelihatan dan terpacak pada ketinggian yang sama, membuktikan Bumi adalah rata mendatar.
Semua bendera jelas kelihatan dan terpacak pada ketinggian yang sama, membuktikan Bumi adalah rata mendatar.

27. Pada 2015, seorang jurugambar Joshua Nowicki merakamkan gambar ini dan beberapa rangkaian televisyen cepat-cepat mendakwa bahawa ianya adalah fenomena ‘mirage’, suatu dakwaan yang begitu tidak masuk akal kerana ‘mirage’ sepatutnya membuatkan imej terapung dan terbalik di atas horizon. Pada jarak 59 batu, bangunan-bangunan tersebut sepatutnya tersorok sedalam 2,320 kaki di sebalik lengkungan bumi.

Bangunan-bangunan tersebut sepatutnya tersorok di sebalik lengkungan Bumi kalaulah Bumi ini bulat.
Bangunan-bangunan tersebut sepatutnya tersorok di sebalik lengkungan Bumi kalaulah Bumi ini bulat.
Contoh Mirage 1 - objek kelihatan terapung dan TERBALIK.
Contoh Mirage 1 – objek kelihatan terapung dan TERBALIK.
Contoh Mirage 2

28. Pulau-pulau berikut boleh dilihat daripada Genoa Italy pada ketinggian 70 kaki atau 21 meter.

  • Pulau Gorgona (jauhnya 81 batu atau 130 km) sepatutnya telah tenggelam 3,332 kaki (1,016 meter) di sebalik lengkungan bumi.
  • Pulau Corsia (jauhnya 99 batu atau 159 km) sepatutnya telah tenggelam 5,245 kaki (1,597 meter) di sebalik lengkungan bumi.
  • Pulau Capria (jauhnya 102 batu atau 164 km) sepatutnya telah tenggelam 5,605 kaki (1,708 meter) di sebalik lengkungan bumi.
  • Pulau Elba (jauhnya 125 batu atau 201 km) sepatutnya telah tenggelam 8,770 kaki (2,673 meter) di sebalik lengkungan bumi.
Pulau Elba, Gorgona, Capria dan Corsia jelas dilihat daripada Genoa Italy pada ketinggian 70 kaki (21 meter).
Pulau Elba, Gorgona, Capria dan Corsia jelas dilihat daripada Genoa Italy pada ketinggian 70 kaki (21 meter).
Pulau Elba (jauhnya 125 batu atau 201 km) sepatutnya telah tenggelam 8,770 kaki (2,673 meter) di sebalik lengkungan bumi.
Pulau Elba (jauhnya 125 batu atau 201 km) sepatutnya telah tenggelam 8,770 kaki (2,673 meter) di sebalik lengkungan bumi.
Pulau Corsia (jauhnya 99 batu atau 159 km) sepatutnya telah tenggelam 5,245 kaki (1,597 meter) di sebalik lengkungan bumi.
Pulau Corsia (jauhnya 99 batu atau 159 km) sepatutnya telah tenggelam 5,245 kaki (1,597 meter) di sebalik lengkungan bumi.

The Statue of Liberty di New York berdiri setinggi 326 kaki dan boleh dilihat sejauh 60 batu (97 km). Sekiranya Bumi ini bulat seperti bola atau sfera, tugu tersebut telah tenggelam 2,074 kaki (632 meter) di sebalik lengkungan bumi.

Statue of Liberty masih boleh dilihat daripada jarak 60 batu (97 km).
Statue of Liberty masih boleh dilihat daripada jarak 60 batu (97 km).

29. Kita boleh nampak Bintang Utara atau Polaris berkedudukan betul-betul di atas Kutub Utara, tidak bergerak dan sentiasa di sana semenjak dulu hinggalah sekarang. Bumi pula berputar 1,000 batu sejam dan mengelilingi matahari 67,000 batu sejam sambil juga berpusing 500,000 batu sejam mengelilingi Milky Way dan seluruh galaksi ini dikatakan bergerak 670,000,000 batu sejam di angkasa lepas.

Semuanya dikatakan bergerak dengan kelajuan berjumlah 670,568,000 batu sejam dan menerjah pelbagai arah, tetapi peliknya apabila Polaris tetap tidak bergerak walau seinci. Gambar ‘time-lapse’ di bawah pula menunjukkan Bumi tidak bergerak sebab ianya tidak akan boleh digambarkan sekiranya Bumi ini yang berputar dengan kelajuan berjumlah 670,568,000 batu sejam dan menerjah pelbagai arah.

Gambar 'time-lapse' Polaris kekal tidak bergerak manakala bintang-bintang lain di sekelilingnya berputar pada orbit masing-masing.
Gambar ‘time-lapse’ Polaris kekal tidak bergerak manakala bintang-bintang lain di sekelilingnya berputar pada orbit masing-masing mengelilingi Bumi yang rata mendatar.

30. Operasi menggali Bumi telah dilakukan oleh Russian Kola Ultradeep yang berjaya menembusi permukaan Bumi sedalam 7.6 batu (12,262 meter) dan memegang rekod lubang paling dalam digali secara menegak ‘vertical’ dan juga rekod lubang yang digali paling panjang. Pada tahun 2011, rekod lubang yang digali paling panjang (bukan paling dalam) dipegang oleh Shakalin-I Odoptu OP-11 sepanjang 12,345 meter (beza 83 meter).

Kola Superdeep Borehole - daripada Wikipedia.com
Kola Superdeep Borehole – daripada Wikipedia.com

Memang pelik sekiranya mata-pelajaran Sains di sekolah seluruh dunia memberi gambaran seperti gambar rajah di bawah padahal lubang paling dalam pernah digali adalah sekitar 8 batu.

Siapa percaya dengan gambarajah ini bila mana lubang paling dalam yang berjaya digali di dunia hanya sedalam 7.6 batu sahaja?
Siapa percaya dengan gambarajah ini bila mana lubang paling dalam yang berjaya digali di dunia hanya sedalam 7.6 batu sahaja?

Kedalaman bumi dan isi kandungannya pun penuh penipuan, bagaimana pula dengan fakta tentang ketinggian ruang udara, langit, angkasa, putaran bumi dan sebagainya?


Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar