Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Peranti dan Informasi / Beli Telefon Dengan Maxis Zerolution360

Beli Telefon Dengan Maxis Zerolution360

/
/
/

Jika sebelum ini Maxis telah memperkenalkan program Maxis Zerolution kepada pelanggan dan bakal pelanggannya, sekarang pula ia sekali lagi membawa kepada rakyat Malaysia sebuah program terbaru – Beli Telefon Dengan Maxis Zerolution360. Banyak faedah yang ditawarkan daripada program ini dan pastinya ramai yang akan tertarik untuk melanggan dan membawa pulang sebuah telefon ‘flagship’ terbaru.

Beli Telefon Dengan Maxis Zerolution360

Apakah faedahnya Maxis Zerolution 360?

  • 1-untuk-1 Pertukaran – jangan panik bila kecurian telefon atau telefon tidak boleh lagi dibaikpulih. Dapatkan telefon lain dengan cepat.
  • Perlindungan Peranti – Perlindungan daripada kecuaian termasuk skrin paparan retak dan kerosakan daripada cecair.
  • Khidmat Baikpulih – Layak mendapat telefon gantian dan baikpulih segera dalam masa 24 jam dan pertukaran telefon dalam masa 2 jam.
  • Naik Taraf Telefon Setiap Tahun – dapatkan peranti terbaru setiap tahun.
  • Sifar Pendahuluan dan Kadar Faedah – tanpa wang pendahuluan dan 0% faedah.

Apakah perbezaan Zerolution360 vs Zerolution vs Kontrak Biasa?

perbezaan zerolution 360 vs zerolution vs kontrak biasa

Apakah Kelayakan Melanggan Program Maxis Zerolution 360?

  1. Sekiranya anda pelanggan sedia ada Maxis.
    1. Rekod pembayaran bil yang baik selama 3 bulan terakhir.
  2. Sekiranya anda pelanggan Telco lain.
    1. MNP ke Maxis dan tunjukkan bil 3 bulan terakhir melebihi RM 80 dengan rekod pembayaran yang baik.
    2. atau, Langgan Maxis Postpaid dan kekalkan rekod pembayaran yang baik selama 3 bulan.
  3. Sekiranya anda pelanggan Hotlink.
    1. Langgan Maxis Postpaid dan kekalkan rekod pembayaran yang baik selama 3 bulan.

Model dan Jenama Telefon (setakat 15/08/2018)

zerolution360 model jenama telefon 21082018

Soalan-Soalan Lazim

Bilakah boleh naik taraf telefon?

Pada bila-bila masa selepas anda menyempurnakan pembayaran bil bulan ke 12. Selepas naik taraf, komitmen bayaran bulanan akan bermula semula dengan kadar baru yang bergantung kepada model dan jenama telefon baru anda.

Untuk layak naik taraf telefon, ianya mestilah:

  • Di dalam keadaan yang baik (akan dinilai oleh pihak Maxis); dan
  • Anda perlu membayar yuran naik taraf dengan kadar berkurangan setiap penggal.

Yuran naik taraf adalah percuma sekiranya anda menukar telefon selepas pembayaran bil bulan ke 24.

Bagaimana untuk naik taraf sekiranya telefon tidak berada di dalam keadaan baik?

Ada boleh gunakan faedah Perlindungan Peranti yang memang disediakan kepada setiap pelanggan Maxis Zerolution360.

Sekiranya anda telah melebihi had yang dibenarkan, masih ada pilihan dengan cara membayar yuran tambahan supaya anda tidak perlu mendapatkan telefon lain dengan harga penuh.

Apa akan berlaku sekiranya saya tidak mahu naik taraf telefon?

Anda hanya perlu menghabiskan program ini selama tempoh 24 bulan.

  • Selepas itu anda boleh terus menggunakan telefon tersebut dengan membayar komitmen bulanan sedia ada; atau
  • Menaik taraf kepada telefon baru dengan percuma setelah memulangkan telefon dalam keadaan baik; atau
  • Anda berhenti melanggan program Maxis Zerolution360 dan memulangkan telefon dalam keadaan baik.

Bagaimana sekiranya telefon saya rosak?

Semua pelanggan Maxis Zerolution360 dilindungi dengan Perlindungan Asas Peranti (daripada kerosakan, kecurian dan pertukaran segera). Yuran Perlindungan Peranti telah termasuk di dalam bayaran bil komitmen bulanan anda. Telefon 1800 886888 (Isnin-Jumaat / 09am-06.30pm) untuk membuat tuntutan.

Untuk faedah yang lebih menyeluruh, sila langgan Perlindungan Premium Peranti (Enhanced Device Protection) dengan bayaran RM10.00 sebulan untuk melayakkan perlindungan tambahan seperti pilihan baikpulih, penukaran percuma paparan skrin, pinjaman telefon backup percuma dan lain-lain.

Semua jenis tuntutan mewajibkan anda membayar Yuran Proses seperti berikut (kecuali jika anda melanggan Premium Device Protection RM 10 sebulan; kali pertama buat tuntutan, yuran adalah dikecualikan) :

yuran proses bagi device protection maxis zerolution360

terma syarat yuran proses zerolution360

Bagaimana sekiranya telefon saya dicuri?

Program Zerolution360 melindungi anda sekiranya telefon anda kecurian. Hubungi 1800 886888 (Isnin-Jumaat / 09am-06.30pm) untuk membuat tuntutan.

Adakah telefon tersebut menjadi milik saya setelah saya melanggan Zerolution360?

Tidak, telefon tersebut bukan menjadi milik anda. Ianya adalah milik Maxis. Program ini hanyalah membenarkan anda menggunakan telefon tersebut dengan menikmati faedah-faedah tambahan seperti naiktaraf. Anda perlu membayar bil komitmen bulanan selagi anda tidak menamatkan program ini. Telefon mesti dipulangkan di dalam keadaan baik ketika anda membuat naiktaraf telefon atau ketika anda menamatkan program ini.

Apa akan berlaku sekiranya saya menamatkan langganan Zerolution360?

  1. Sekiranya masih di dalam tempoh 24 bulan, anda perlu membayar baki yuran Zerolution360 tersebut; dan
  2. Pulangkan telefon yang masih di dalam keadaan baik.

Rujukan

Laman Web Maxis

Terma dan Syarat 1

Terma dan Syarat 2

Beli Telefon Dengan Maxis Zerolution360

Sila komen di dalam ruangan di bawah. Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar