Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Aku Sembang Lebih / Celcom Cuba Memperdaya Pelanggan Dengan Tawaran Telefon Percuma

Celcom Cuba Memperdaya Pelanggan Dengan Tawaran Telefon Percuma

/
/
/

Sebentar tadi aku menerima panggilan daripada Celcom Customer Service (daripada talian 03-7661 9272 ). Beliau seorang wanita memperkenalkan majikannya sebagai Celcom dan memberi alasan mengapa panggilan dibuat kepada aku. Apa yang tidak aku sangkakan adalah cubaan beliau yang wewakili Celcom cuba memperdaya pelanggan dengan tawaran telefon percuma.

Celcom Cuba Memperdaya Pelanggan Dengan Tawaran Telefon Percuma

Celcom Cuba Memperdaya Pelanggan Dengan Tawaran Telefon Percuma Do not be conned kauinsanmuliaAku selalu bertukar-tukar telco (MNP) dan yang terkini adalah Celcom iaitu sejak 6 bulan yang lepas. Tadi, aku dihubungi Celcom kerana telah menjadi pelanggan setianya selama 6 bulan dan kononnya sebagai menghargai langganan aku kepada pelan Postpaid Celcom First Gold, sebuah telefon akan diberikan percuma kepadaku.

Apa syaratnya?

Aku diminta bertukar kepada pelan Celcom First Gold Supreme yang berharga RM30 lebih mahal daripada pelan yang aku langgan sekarang.

Apa model telefon?

Beberapa model telefon yang berharga lingkungan RM1000 termasuklah iPhone 6 32GB.

Berapa lama tempoh kontrak?

24 bulan dengan RM1000 penalti (kadar baki berkurangan) sekiranya menamatkan kontrak di dalam tempoh tersebut.

Cubaan Memperdaya Pelanggan (iaitu Aku)

Jika diteliti daripada laman web Celcom di pautan ini, iPhone 6 adalah sememangnya percuma jika kita melanggan kepada pelan Celcom First Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus.

iPhone 6 32GB Front View
iPhone 6 32GB Front View
iPhone 6 32GB Rear View
iPhone 6 32GB Rear View
  • iPhone 6 32GB dengan pelan Gold Plus adalah berharga RM 258
  • iPhone 6 32GB tanpa pelan adalah RM 1149

Oleh itu, ayat manis daripada wanita tersebut adalah satu penipuan dengan cubaan untuk memperdaya aku, kononnya telefon itu adalah percuma kerana menghargai langganan berterusan pelan Celcom First Gold Plus melebihi 6 bulan.

Celcom Cuba Memperdaya Pelanggan Dengan Tawaran Telefon Percuma
iPhone 6 32GB Bersama pelan Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus Adalah Sememangnya Percuma.

Aku Tidak Terpedaya

Aku membalas cubaan memperdaya itu dengan mengusulkan bahawa aku boleh mempertimbangkan tawaran beliau sekiranya telefon percuma tersebut adalah model iPhone 6s Plus ke atas sahaja. Mendengar kenyataan tersebut, beliau mula berdalih kononnya model yang ada untuk tawaran istimewa itu adalah hanya telefon iPhone 6 32 GB dan beberapa model telefon Android sahaja.

Pengajaran Hidup

Jangan mudah percaya kepada sebarang tawaran daripada sesiapa pun. Selidik dan bincangkan dengan rakan lain yang lebih tahu sesuatu isu atau perkara sebelum kita membuat sebarang keputusan.

Kebiasaannya tiada benda yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan (nothing is too good to be true).


Celcom Cuba Memperdaya Pelanggan Dengan Tawaran Telefon Percuma

Adakah kau pernah mengalami peristiwa sebegini? Sila komen di dalam ruangan di bawah. Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di FacebookTwitterInstagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar