Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views : Ad Clicks : Ad Views :
Kau Insan Mulia

Sembang dan Jual Apa Saja

img
Home / Kembara Sakan / Panduan Menyewa | Menempah Rumah Sewa | Homestay | Airbnb

Panduan Menyewa | Menempah Rumah Sewa | Homestay | Airbnb

/
/
/

Setiap orang mempunyai keperluan tertentu semasa mengembara, melancong atau bercuti. Mungkin kau perlukan suasana tidur yang betul-betul sunyi sepi, unit keperluan untuk orang kelainan upaya (OKU), atau mungkin hanya kemudahan WiFi yang boleh diharapkan. Pasal itulah kita perlukan panduan menyewa homestay atau rumah sewa dan lain-lain dengan harapan segalanya akan berjalan lancar. Usaha dulu tawakal kemudian.

Panduan Menyewa Homestay dan Lain-lain.

Jika kau sedang mempertimbangkan untuk bermalam atau tinggal menginap di homestay, rumah sewa atau menggunakan kemudahan Airbnb bagi trip selepas ini, kau harus melakukan kajian atau pertanyaan sebelum melakukan tempahan. Ianya amat penting kerana maklumat yang kau dapat daripada pencarian internet tidaklah selengkap mana. Kau harus perhatikan panduan ini betul-betul, lebih-lebih lagi sekiranya terdapat cancellation policy yang ketat.

Langkah 1 – Cari Review

Jika tiada sekurang-kurangnya 2 review terkini dan positif daripada bekas-bekas penginap di tempat tersebut, kau perlu lebih curiga. Ramai yang akan berperangai cerewet bila menyentuh bab tempat tidur, jadi luangkan masa mencari review yang mungkin bertaburan di merata website atau blog. Kau perlu juga mencari gambar-gambar tempat tersebut dan suasana persekitarannya.

Contoh review daripada laman web Airbnb dan Google Map
Airbnb Review
Airbnb Review
Homestay Review
Homestay Review
Contoh lokasi daripada Google Maps.
Google Map Street View
Aku tiada mengena dengan owner homestay ni. Sekadar hiasan.
Google Maps Homestay
Aku tiada mengena dengan owner homestay ni. Sekadar hiasan.

Salah satu cara adalah menggunakan Google Map, Earth dan Street View, walaupun gambar yang akan didapati mungkin bukan yang terbaru tetapi sekurang-kurangnya kau dapat membayangkan lokasi persekitarannya.

Langkah 2 – Teliti Polisi

Teliti cancellation policy. Fahamkan samada kau boleh menuntut semula pembayaran yang telah dilakukan sekiranya terpaksa membatalkan penginapan. Pastikan berapa jumlah atau peratus yang dibenarkan untuk dituntut semula.

Contoh polisi daripada laman web Airbnb.
Airbnb Policy
Airbnb Policy

Langkah 3 – Bandingkan Harga

Klik gambar untuk lihat perbandingan harga penginapan, sekiranya hotel yang menjadi pilihan kau.

Lihat perbandingan harga yang ditawarkan bagi tempat yang sama. Rekodkan perbezaan di antara membeli melalui ejen-ejen dan harga yang dikenakan sekiranya menelefon sendiri ke tempat yang kita idamkan itu. Ejen-ejen di dalam website mudah.my juga menawarkan pilihan rumah sewa dan homestay, ianya bermakna berlaku sedikit peningkatan harga untuk meraih keuntungan. Sekiranya bajet adalah keutamaan, kau harus mencari tempat yang ditawarkan dan diiklankan oleh pemiliknya sendiri.

Langkah 4 – Berapa Tingkat

Adakah tempatnya di tingkat bawah atau di tingkat 5? Adakah lif di bangunan kediaman tersebut? Perihal ini penting sekiranya kau bersama anak-anak kecil yang masih lasak atau bersama warga-warga emas yang sudah kurang larat tenaganya.

Langkah 5 – Suasana Persekitaran

Pastikan tiada pembinaan di kawasan sekitar sekiranya kau tidak boleh tahan dengan bunyi lori dan mesin pasak. Kebiasaannya kawasan sekitar akan kotor dengan tanah lumpur pada musim hujan dan tidaklah dapat kau meleset di tepi kereta mewah kau tu untuk berselfie.

Apa yang diperlukan adalah menelefon pemilik tempat tersebut untuk bertanya apa sahaja yang menjadi keraguan sebelum kau membuat pembayaran.

Langkah 6 – Jumlah Kunci

Sekiranya berkelana dengan beberapa anak / orang dewasa lain, pastikan jumlah kunci yang akan diterima dan minta untuk dapatkan jumlah kunci yang kau mahu.

Langkah 7 – WiFi

Hidup di dalam zaman canggih bertelefon pintar sekarang ini, data internet adalah hampir wajib jadinya. Sekiranya data internet adalah sangat penting bagi kau, pastikan tempat tersebut dilengkapi kemudahan WiFi yang boleh diharapkan.

Perkara 8 – Yuran Tambahan

Pemilik mungkin menyediakan berbagai kemudahan sampingan seperti WiFi, air-conditioner, water heater, extra tilam dan lain-lain dengan tambahan yuran dikenakan kepada setiap satu daripadanya. Kau pastikan dulu berapa nilai tambahan sekiranya ada.

Perkara 9 – Pengangkutan Awam

Kemudahan awam ini adalah keperluan kepada kau andaikata bersama-sama anak / orang dewasa untuk mereka ke sana-sini tanpa perlu bergantung kepada penggunaan sesebuah kereta.

Perkara 10 – Kejiranan Selamat

Ini antara yang penting kerana kebiasaannya terlepas pandang dan sudah terhantuk baru nak terngadah. Perasaan curiga adalah kurniaan kepada manusia. Kau perlu curiga dengan harga yang terlalu rendah atau terlalu banyak tempat untuk disewa di dalam kejiranan yang sama. Adakah jenayah bunuh, pecah kereta, culik, dadah dan lain-lain berleluasa di situ?


Lihat juga artikel-artikel lain berkaitan kembara yang aku telah sembangkan di dalam blog ini.

Sila kongsi maklumat ini kerana mungkin akan bermanfaat kepada orang lain juga. Follow aku di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Linkedin
  • Pinterest

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This div height required for enabling the sticky sidebar